Minggu Ke-50

Minggu Ke-50

Waktu 14 hari kuarantin baru-baru ni, buah biasanya akan diberi.

Kalau bukan epal, lai. Kalau bukan lai, epal.

Walaupun saiznya tidaklah besar mana, tetapi cukup untuk

menenangkan perut yang biasanya berkeroncongan luar waktu makan.

Kebiasaan ini berterusan untuk beberapa hari selepas dilepaskan sebab memang ada lebihan.

Bayangkanlah, dalam 3 kali makan, 2 kali buah akan disekalikan. Bahagian anak isteri pun ada.

Bila habis, terfikir untuk cari lagi tetapi kita tangguhkan bila nampak ini dalam simpanan.

Nikmatnya!

Minggu Ke-7

Minggu Ke-7

PERLU KEPADA KELAJUAN?

Aku percaya, antara punca kemalangan adalah pada sikap sewaktu memandu. Perlu diingatkan bahawa bukan kita sahaja, bahkan orang lain pun mengambil manfaat daripada kemudahan jalanraya. Maka, sebolehnya kawal diri. Kebumikan ego siap-siap sebelum memulakan perjalanan.

Memandu dengan cermat dan berhemah, bukan bermaksud kita langsung tidak akan buat silap. Tetapi, secara tidak langsung ia mengurangkan mudarat kepada pengguna lain dan membawa kebaikan bersama.

Pandu cermat, insyaallah selamat.

GOANZENNI!!

KEAMANAN

Baru-baru ini, ada terbaca satu artikel. Pengalaman Alex Owumi, seorang pemain bola keranjang kelahiran Amerika Syarikat, yang terperangkap dalam kancah perang di Libya yang tercetus akibat tempias revolusi dari negara jiran. Takut bercampur ngeri bila membaca pengalaman beliau. Moga Allah lindung di samping kita sendiri juga perlu turut serta mengekalkan keamanan negara.

Alex Owumi: I played basketball for Gaddafi

Minggu Ke-23

Minggu Ke-23

File:SDO's Ultra-high Definition View of 2012 Venus Transit (304 Angstrom Full Disc 02).jpg

KERJA

Keghja memang penat.

5 hari bekerja, rutinnya sama.

Balik, solat, makan, baca berita, tumbang atas katil.

Dan, Ramadan pun dah dekat. Dah nak kena sedia mental dan fizikal untuk bekerja waktu puasa.

Moga dapat kejar dua-dua. Amin.

PTPTN

Kesal. Terkilan.

Mudah benar orang yang ada kuasa ni. Suka-suka bertindak. Mangsanya orang yang tiada kaitan pun.

Mujur isu ni panas 3 hari. Takut keluar isu baru ke? Huhu.

 p/s: ujian kekuasaan.

EURO2012

Euro 2012 Group B: Germany face near-impossible task

Tak larat aih kalau nak tengok siaran langsung. Tengok highlight sudah.

Pasukan pilihan?

Buat masa sekarang ni, Perancis. Kerana menunjuk peningkatan yang baik akhir-akhir ini. Cuma, kena tunggu habis peringkat kumpulan. Baru boleh nampak siapa yang lebih bersedia untuk bergelar juara.

Pada pandangan aku, tak sama keadaan sebelum kejohanan dengan semasa kejohanan. Waktu Piala Dunia lepas, jurulatih Jepun teruk dikritik kerana persembahan yang tidak memberangsangkan oleh anak buahnya pada perlawan persahabatan. Tapi, waktu Piala Dunia…gempak.


p/s: mungkin benar Piala Eropah ini lagi menarik daripada Piala Dunia.