@batuterang

Ikon

Minggu Ke-7

PERLU KEPADA KELAJUAN?

Aku percaya, antara punca kemalangan adalah pada sikap sewaktu memandu. Perlu diingatkan bahawa bukan kita sahaja, bahkan orang lain pun mengambil manfaat daripada kemudahan jalanraya. Maka, sebolehnya kawal diri. Kebumikan ego siap-siap sebelum memulakan perjalanan.

Memandu dengan cermat dan berhemah, bukan bermaksud kita langsung tidak akan buat silap. Tetapi, secara tidak langsung ia mengurangkan mudarat kepada pengguna lain dan membawa kebaikan bersama.

Pandu cermat, insyaallah selamat.

GOANZENNI!!

KEAMANAN

Baru-baru ini, ada terbaca satu artikel. Pengalaman Alex Owumi, seorang pemain bola keranjang kelahiran Amerika Syarikat, yang terperangkap dalam kancah perang di Libya yang tercetus akibat tempias revolusi dari negara jiran. Takut bercampur ngeri bila membaca pengalaman beliau. Moga Allah lindung di samping kita sendiri juga perlu turut serta mengekalkan keamanan negara.

Alex Owumi: I played basketball for Gaddafi

Advertisements

Filed under: coretan, , , ,

Minggu Ke-22

KERJA

Alhamdulillah. Dah masuk minggu kedua bekerja di pejabat. Bahagian quotation. Buat anggaran harga produk syarikat. Awalnya agak kabur dengan cara perkiraan. Sekadar ikut ajaran (baca: arahan) senpai. Tekan-tekan keyboard dan akhirnya keluar harga. Haha.

Tetapi, sekarang ok sedikit sebab dah mula biasa dengan flow kerja. Dan dah tetapkan Ogos ini sebagai matlamat jangka pendek, waktu yang ditunggu-tunggu. Sebab ada cuti seminggu. Hoho.

DEBAT

Antara cerita yang menarik pada minggu ini adalah debat antara orang politik muda. Antara Rafizi dan KJ. Khairy Jamaludin. Tajuknya berkenaan dengan PTPTN.

Aku tak sempat ikuti perdebatan tersebut. Namun, aku cukup gembira dengan perkembangan ini kerana agak sukar untuk kita lihat dan dengar orang politik bersedia membentangkan idea masing-masing. Atas satu pentas dan satu isu.

Tambahan lagi, saya lihat mereka berdua sebagai pemimpin negara akan datang. Masing-masing ada kualiti. Masing-masing ada aura. Mungkin tidak lama lagi, akan sampai masanya pakcik-pakcik kita akan serahkan tanggungjawab negara kepada abang-abang kita. Dan semoga mereka dapat terus memberikan nafas baru kepada politik tanah air sepertimana yang telah mereka tunjukkan pada acara tersebut.

p/s:Lama aku menunggu sejak ‘debat’ antara Shabery Chik dengan Anwar Ibrahim. Selepas ini tidak tahu pula bila. Antara Perdana Menteri dengan Ketua Pembangkang? Mungkin lepas tukar kerajaan kot.

IRSHAD MANJI

“Tuuu dia aih!!”

Macam itulah reaksi saya bila baca apa yang dia bawa. Agak berani dan ‘nampak-seperti’ seorang intelektual. Tahukan apa reaksi masyarakat Islam di Malaysia? Namun saya tertarik dengan cara pemikiran Ustaz Hasrizal bila berhadapan dengan isu ini. Boleh ‘hadam’ artikel  beliau di sini.

Melihat sisi emosional. Ada cerita di sebalik tabir yang boleh diambil iktibar. Daripada subjek dakwah kita.

ECL

Heroes' welcome for triumphant Chelsea

Chelsea juara.  (^^)

Filed under: coretan, , , , ,

Cerita Minggu ke-19

Tu diaaa.

Lima minggu.

Lama benar aku tak tulis padahal ada sahaja cerita baru semenjak aku bermukim di Yamaguchi. Di tanah air juga ada isu hangat yang timbul, namun malas hendak aku sentuh. Bukan depa baca pun. Lagipun, manalah aku reti ulas. Nanti, cerita A terjadi cerita B. Oleh itu, lebih baik aku play safe. Diam.

PIALA THOMAS

Jumaat lepas, sewaktu menonton siaran langsung di kaca televisyen aku terlihat satu sepanduk yang tertulis (lebih kurang) “Bring home, Thomas Cup“. Terus aku tersenyum. Bukan hendak memperkecilkan. Tetapi memang masanya belum tiba lagi. Lihat saja permainan pemain negara kita waktu set kedua. Semuanya tidak mampu mengikut rentak pemain China. Banyak kesilapan setelah diasak.

Ya. Banyak lagi yang perlu diperbaiki. Perlu juga melakukan perubahan. Bukan ke atas pemain utama negara sahaja. Tetapi, termasuklah juga pemain pelapis.

Apapun, Lin Dan masih jauh di atas Lee Chong Wei dan China memang hebat. Sungguhpun begitu, aku harapkan Indonesia dapat mencuri satu mata menerusi beregu pada perlawanan akhir petang ini. Mana boleh kita biarkan China menang bergaya, betul tak?  🙂

MUSIM PANAS

Sedikit masa lagi, musim panas akan tiba. Cuti hampir 2 bulan. Ingin sahaja keluar melancong. Sedang memikir hendak ke mana. Tetapi, Mesir bukan destinasinya. Semestinya di sana panas membahang. Aah, elok balik rumah dahulu.

Filed under: coretan, , , , , , ,

Lee Chong Wei Menang!!

(credit: TheStar)

Berdebar juga menunggu keputusan perlawanan akhir Seluruh England semalam. Bermacam-macam cara aku cuba bagi menonton siaran langsung perlawanan tersebut. Namun, apakan daya, E-Mobile aku seperti sudah sampai had. Terputus-putus saja gambarnya. Maka, terpaksalah aku mengikutinya secara virtual di laman tournamentsoftware.com (link).

Apapun, tahniah kepada Lee Chong Wei. Si Kenichi Tago itu pasti akan memberi tentangan yang lebih sengit selepas ini. Mungkin rakan senegaranya juga begitu.

Berkaitan:

Tago beaten by Chong Wei in All England Open final (JapanToday)

Filed under: coretan, , , , ,

7 Kes Baru H1N1

Tujuh lagi kes Influenza A (H1N1) disahkan dalam negara, tiga daripadanya melibatkan pelajar sekolah, menjadikan jumlah kes bagi penyakit itu menjangkau 49 kes setakat ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata seorang daripada pelajar sekolah yang terlibat adalah pelajar tahun lima, yang merupakan rakan kelas pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Jalan Davidson yang dilaporkan semalam menghidap penyakit itu selepas melawat Melbourne.

“Kes nombor 36 semalam yang balik dari Melbourne, menjangkiti pelajar di dalam kelasnya di SRJK Cina Jalan Davidson. Ini menunjukkan bahawa sekolah itu (kini) ada dua kes,” katanya selepas menyebarkan risalah mengenai penyakit itu kepada peniaga dan pengunjung Pasar Batu 11 Cheras hari ini, lapor Bernama.

Menurutnya kelas yang melibatkan dua pelajar SRJK Cina Jalan Davidson itu iaitu kelas 5(I) kini dikuarantin oleh Kementerian Kesihatan.

“Dua lagi pelajar yang terlibat ialah pelajar tahun lima Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Assunta 2 Petaling Jaya dan pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Seksyen 9 Shah Alam,” kata Liow dan menambah pegawai Kementerian Kesihatan akan memasuki sekolah-sekolah berkenaan untuk memastikan ia dalam keadaan terkawal.

“Kami juga akan cadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara dan berbincang dengan Kementerian Pelajaran untuk menutup sekolah-sekolah itu sementara waktu,” katanya.

Liow berkata jika dipersetujui semua pihak, sekolah terbabit akan ditutup sekurang-kurangnya seminggu.

Dalam tujuh kes terbaru ini, beliau berkata enam daripadanya adalah kes import dan satu merupakan kes penularan tempatan.

Katanya daripada enam kes import itu, dua kes melibat lawatan ke Melbourne, dua kes ke Amerika Syarikat, satu ke Toronto Kanada dan satu ke Thailand, manakala satu kes penularan tempatan adalah kes yang melibatkan pelajar SRJK Cina Jalan Davidson.

Beliau berkata kesedaran orang ramai mengenai wabak itu perlu ditingkatkan memandangkan penyakit itu didapati merebak dengan pantas.

Liow berkata semua pesakit yang terlibat sedang dirawat dengan antivirus Influenza A (H1N1).

Sumber: Malaysiakini

Afiq: Masa kes H1N1 ni merebak kat Jepun dulu, riuh sungguh la. Tu baru beberapa kes. Tak sampai 10. Bayangkan 49 kes. Jatuh darurat pa…

Filed under: coretan, , , ,