Minggu Ke-14

Minggu Ke-14

Minggu pertama memulakan karier. Sekarang sedang berkursus di Tokyo selama 2 minggu. Banyak slot hanyalah untuk mengenali syarikat di samping group work.

Persekitaran banyak berubah. Asrama di kawasan kampung. Lebih ‘kampung’ daripada Ube. Mungkin Mansoura lebih baik. Tapi suasananya lebih tenang. Udara segar.

Dapat kenal rakan sekerja. Kebanyakannya orang tempatan. Mungkin untuk tahun pertama kami akan banyak bersama. Namun lepas itu, mungkin ada yang akan ditempatkan di ibu pejabat. Di Tokyo.

20120409-174642.jpg

目標へ向かってゆっくりと歩んで行こう!

=============
penin bila tulis atas bas.

Cerita Minggu ke-2

Cerita Minggu ke-2

Giliran Rusydan.

Semalam ada perlawanan bowling.

Seingat aku ianya merupakan kali kedua aku bermain selama di Jepun ini.

Namun, markah yang diperolehi adalah yang tertinggi sepanjang karier aku bermain boling. Termasuk di Malaysia.

Game 1

Yang di atas itu aku, dua yang di bawah itu Rusydan.

Game 2

Kali ini, yang di tengah itu Rusydan, yang lainnya aku.

Puas.

Boleh dijadikan batu loncatan untuk peperiksaan akhir nanti kerana aku mensasarkan CGPA 3.0. Walaupun agak mustahil, tapi bak tulisan pada papan blog Kak Inda, “Impossible is Nothing”.

Ganbaruyo~

Cerita 8 Bulan

Cerita 8 Bulan

3 orang senior lab dan professor (tengah)

Sedar tak sedar, sudah (lebih) tiga tahun berlalu. Kehidupan sebagai seorang pelajar kolej teknikal berakhir secara rasmi selepas majlis graduasi. Dengan kata lain, aku sudah dapat Diploma. Beberapa hari sebelum majlis tersebut, lab aku ada buat majlis perpisahan. Bukan untuk seorang sahaja, tetapi untuk semua. Professor Marumo yang akan bersara terus selepas menyambung kontrak beberapa kali sebelum ini dan kami- anak-anak buah beliau, yang akan tamat belajar.

Majlis graduasi yang nampak macam grand. Tetapi, hiasan sahaja yang kemas. Sebenarnya, perjalanan majlisnya ringkas sahaja. Mungkin boleh dikatakan sederhana. Tidak mengambil masa yang lama. Dan diakui, tidak semeriah suasana di Malaysia. Namun, dari satu sudut, pihak sekolah dapat jimat kos. Tidak perlu berbelanja lebih dan kerja yang sedia ada bertimbun di pejabat tidak bertambah sangat. Ok. Itu hanya pendapat aku.

Read more

Pusing-pusing Mesir #3

Pusing-pusing Mesir #3

'classmate'
'classmate'

Kuliah tamat.

Aku biarkan ‘rakan-rakan’ dan pensyarah keluar dari dewan terlebih dahulu kerana aku ingin duduk sebentar, ingin menyimpan betul-betul kenangan pertama dan terakhirku di sini.

Terasa sedikit perbezaan suasana pengajian antara Mansoura dan Zarqaziq. Mungkin kerana aku menghadiri kuliah yang tidak sama bidang pengajiannya. Syari’ah di Zarqaziq, perubatan di Mansoura.

Read more