@batuterang

Ikon

Pusing-pusing Mesir #3

'classmate'

'classmate'

Kuliah tamat.

Aku biarkan ‘rakan-rakan’ dan pensyarah keluar dari dewan terlebih dahulu kerana aku ingin duduk sebentar, ingin menyimpan betul-betul kenangan pertama dan terakhirku di sini.

Terasa sedikit perbezaan suasana pengajian antara Mansoura dan Zarqaziq. Mungkin kerana aku menghadiri kuliah yang tidak sama bidang pengajiannya. Syari’ah di Zarqaziq, perubatan di Mansoura.

tamat kuliah

kelas syari'ah

Di Zarqaziq, muridnya memberi tumpuan yang penuh terhadap butir-butir ucapan yang disampaikan oleh syeikh di depan. Jika ada yang kurang jelas, mereka akan terus mengemukakan soalan. Adakalanya seakan sedang melawan hujah.

Walaupun tidak dapat menangkap topik yang sedang dibincangkan, aku kagum melihat kepetahan syeikh berkot itu. Lancar sahaja. Namun, beberapa minit kemudian aku (termasuk Zul)  hanya mampu ‘mengiyakan’ sahaja.

Di Mansoura, suasana dalam dewan kuliah hampir sama dengan suasana tempat aku belajar. Pensyarah mengajar di hadapan, pelajar-pelajar akan menyalin nota atau menulis point tambahan. Ada juga yang bersembang di belakang.

Jika ada perkara yang kurang jelas, tidak seperti di Zarqaziq, mereka akan tanya rakan di sebelah. Maka, akan berlakulah perbincangan kecil. Hmm, mereka buat begitu mungkin kerana tempat duduk pensyarah jauh di hadapan.

Kuliah hari itu mengenai pencemaran udara dan kesan-kesannya. Tidak susah untuk memahami tajuk tersebut kerana pensyarah menggunakan bahasa rojak (sekejap bahasa arab ‘ammi, sekejap bahasa inggeris) di samping slaid kuliah yang penuh dengan tulisan rumi.

bangunan kuliah medic

bangunan kuliah medic

HARI KETIGA

Syafi membawa kami cuci mata jalan-jalan sekitar kampus universiti. Kawasan yang luas, ada taman dan pelajar yang ramai.

Fuuh, mengujakan. Tak sabar rasanya nak melanjutkan pelajaran di universiti.

(Sekarang sebelah kaki sudah memijak. Moga dipermudahkan langkah yang satu lagi.)

menuju ke kelas

menuju ke kelas

youtube?

youtube?

jalan bersih

jalan bersih

macam cantik je bila berbunga nanti

macam cantik je bila berbunga nanti

taman

taman

Zul dan Mat Sabu

Mat Sabu dan Zul

NATSUKASHII

Kami singgah di restoran makanan segera berdekatan dengan pintu utama kampus. Hampir tiada orang yang makan di situ. Lengang. Rupanya waktu makan tengahari sudah lama berlalu.

“Lapar…Lapar…” perut merayu.

“Sabar…sekejap saja lagi.” aku cuba memujuk.

Burger

burger

“Ha, ambik ko. Tak abis saja je.”

Menu tengahari aku hari itu ialah burger ikan Mansoura (saja aku bagi nama). Melihatkan rupa bentuk itu lantas aku teringatkan burger ikan Marrybrown , salah satu restoran segera di Malaysia.

Nostalgianya…

Entah berapa lama aku tidak makan burger itu hingga terlupa bagaimana rasanya. Nampaknya selain RFC, burger ikan juga perlu dimasukkan dalam senarai  to eat list. Mudah bagi aku untuk buat keputusan bila pulang nanti.

Selesai menjamu selera, Syafi membawa kami mengelilingi kawasan luar kampus sebelum ke kedai jus tebu dan kedai aiskrim. Kiranya, lepas sedikit senaman, kami pekena pencuci mulut pula.

all for one=perut

syafi, zul, lah husin, aku

suasana petang

suasana petang

Proton Gen 2

Proton Gen 2

Malamnya pula, kami makan di restoran-dalam-rumah yang diusahakan oleh mahasiswa Indonesia di sini.

Melihatkan jarak yang dekat dari rumah,  hanya perlu menuruni beberapa anak tangga, tidak hairanlah aku mengapa Syafi, kawan aku yang berbadan sedang masih boleh mengekalkan selera makannya yang marvelous. Burger ikan yang besar itu pun, dia habis paling awal!!

“Memang tepatlah engkau pilih ke Mesir. Kalau pilih Ireland, merana rasanya nanti.” getus hatiku.

Selain tuan-tuan rumah, makan malam kami disertai Uzair dan kawannya, pelajar Universiti Madinah. Mereka ini juga seperti aku dan Zul, sedang mengembara.

antara tuan rumah yang hadir

antara tuan rumah yang hadir

Habis makan, kami bersiap-siap sebelum bertolak ke destinasi seterusnya, Iskandariah (Alex). Sebelum itu, kami akan singgah di Tanta untuk bermalam…

Filed under: kisah atok, , , , , , , , ,

6 Responses

  1. zulfahmi berkata:

    bila nk smpi tanta ni..
    haih..
    lmbt la pulak..
    hehe

  2. batuterang berkata:

    @zulfahmi
    haa….update blog dulu. :-p

  3. syafi berkata:

    cet mengata aku eh.
    takpe2.

  4. batuterang berkata:

    @syafi
    itu fakta, bukan?😀

  5. Ustaz Nazmi berkata:

    Bila nak sampai jepun ni….pi mesir hari tu tak singgah pun Tanta dan Mansura…

  6. batuterang berkata:

    @Ustaz Nazmi
    slow and steady, Bang Mi. nanti sampai la tu. hehe..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Laman

Arkib @batuterang

Kalendar Entri

Oktober 2009
S M T W T F S
« Sep   Nov »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Kategori

%d bloggers like this: