@batuterang

Ikon

Cerita 8 Bulan

3 orang senior lab dan professor (tengah)

Sedar tak sedar, sudah (lebih) tiga tahun berlalu. Kehidupan sebagai seorang pelajar kolej teknikal berakhir secara rasmi selepas majlis graduasi. Dengan kata lain, aku sudah dapat Diploma. Beberapa hari sebelum majlis tersebut, lab aku ada buat majlis perpisahan. Bukan untuk seorang sahaja, tetapi untuk semua. Professor Marumo yang akan bersara terus selepas menyambung kontrak beberapa kali sebelum ini dan kami- anak-anak buah beliau, yang akan tamat belajar.

Majlis graduasi yang nampak macam grand. Tetapi, hiasan sahaja yang kemas. Sebenarnya, perjalanan majlisnya ringkas sahaja. Mungkin boleh dikatakan sederhana. Tidak mengambil masa yang lama. Dan diakui, tidak semeriah suasana di Malaysia. Namun, dari satu sudut, pihak sekolah dapat jimat kos. Tidak perlu berbelanja lebih dan kerja yang sedia ada bertimbun di pejabat tidak bertambah sangat. Ok. Itu hanya pendapat aku.

Selepas itu, bermulalah episod hidup baru di tempat yang serba baru, iaitu di Yamaguchi. Wilayah yang terletak di hujung Kepulauan Honshuu. Dekat dengan Kepulauan Kyuushuu.

KENAPA YAMAGUCHI?

“Kenapa kamu memilih di sini (Yamaguchi)?”

Aku masih lagi teringat akan soalan tersebut. Sewaktu ditemuduga pensyarah. Aku hanya menjawab,” Sebab dekat dengan Kyuushuu, kawasan persekitaran seperti kampung dan ada orang Malaysia ramai.”

Langsung tiada jawapan yang berkaitan dengan universiti.

AKTIVITI

Secara logiknya, di mana orang Malaysia ada, di situ adanya aktiviti. Dan, itu bertepatan dengan suasana di sini. Selain ada buat halaqah, rajin juga keluar jalan-jalan.

Tengok bunga.

BBQ sambil tengok bunga.

Tengok bunga waktu malam.

Lawan bola di Tokushima.

Tengok bola di Fukui.

Mencari lokasi yang sesuai untuk penggambaran.

Salah satu babak.

Pertama kali mandi laut di Tsunoshima.

BBQ pada malamnya.

Sukaneka pada esok paginya.

Itu baru sebahagian. Sebahagian lagi (seperti jamuan 2 Hari Raya) tak teringat nak rakam. Ada juga aktiviti yang tak dapat nak ikut serta dek perlu siapkan report.

BELAJAR

Semester satu memang sibuk. Lagi-lagilah kalau minggu tu ada buat eksperimen. Jenuh nak siap dan fahamkan laporan yang ditulis pada hujung minggu. Kadang-kadang terpaksa bersekang mata untuk siapkan. Tapi, itu bila asyik sangat berseronok, keluar makan beramai-ramai dan lain-lain lagi. Senang cerita, itu kalau buat pada minit terakhir. Memang tak berbaloi. Penat yang dapat.

Berbanding dengan semester satu, semester dua ini agak lapang. Subjek yang perlu diambil kurang sedikit. Namun, sekali lagi, tak dapat juga ikut keluar jalan-jalan. Sebabnya, report (lagi). Sekali waktu tu eksperimen dengan pensyarah muda yang agak tegas pula. Maka, terpaksalah berkurung kat rumah untuk siapkan.

Namun, jujur aku katakan, minggu eksperimen ni, minggu yang aku tunggu. Bila difikirkan balik, seronok juga. Sebabnya, setiap kali eksperimen dan waktu perbincangan, aku dapat lihat perwatakan berbeza antara pensyarah-pensyarah yang aku temui. Pernah sekali aku hampir tergelak di depan pensyarah sendiri kerana perwatakan lagak ‘samseng’nya yang agak berbeza dengan pensyarah yang sebelumnya, yang agak pendiam.

Walaupun aku kata seronok, bukan bermaksud aku ingin alami sekali lagi. Cukuplah sekali aku alami pengalaman yang menarik. Sekarang ini, aku tak sabar untuk naik ke tahun 4 sebab tumpuan waktu ni lebih kepada penyelidikan. Kiranya masuk lab dan kelas, paling sedikit pun ada dua subjek sahaja. Cumanya, sebelum itu kena lulus semua subjek pada peperiksaan akhir hujung bulan ni. Moga dipermudahkan.

MAKAN

Adnan dan Rusydan.

Sejak aku bertiga-tigaan dengan Adnan dan Rusydan,  menu makanan agak meriah. Ada variasi. Kadang-kadang Nazih pun ada masak. Agak gempak juga masakannya. Aku yang hanya pandai campak apa yang ada, tak boleh komen lebih kalau diorang yang masak. Taraf berbeza. Huhu.

Ikan bakar.

Kek coklat di atasnya buah kiwi.

Pizza.

Kek lagi.

Ini belum lagi dengan nasi ayam, nasi beriyani dan macam-macam lagi.

KESIMPULANNYA

Walaupun study di universiti agak susah-memerlukan dua kali ganda usaha berbanding di kolej, bercampur dengan rakan-rakan di sini, ikut aktiviti di sini, kadang-kadang membuatkan berat kesusahan itu terasa ringan.

Moga suasana yang ada sekarang ini berkekalan. Amiin.

Filed under: kisah atok, ,

11 Responses

  1. langitjuara berkata:

    salam alaik,apa kbr?…cam lepas geram je…sbbnya,ayat2 dalam artikel ni,xmacam bahasa melayu.adakah anda telah menterjemahkan ayat2 di sini,dari bahasa jepun?…bang,salinlah resepi2 makanan tu,nanti balik msia,boleh buatkan kat kitaorang…hehehe….;P

  2. batuterang berkata:

    eh, rasanya masih lagi bahasa melayu. tapi, sebab dah lama tak tulis, berkaratlah sedikit.

    haish, hari tu dah buat roti dan kuih-muih, tak cukup lagi ke?

    mujurlah semuanya jadi belaka. hehe.

  3. langitjuara berkata:

    yela,bang translate dari bahasa jepun ke bahasa melayu kot…jadi,trpaksala kite baca 2 kali ulang..

    hmmm,haritu kebetulan sahaja,ditambah dengan sokongan dari semua pihak…alhamdulillah semua menjadi…:p

    pernah dengar tak?..
    “behind a succesful man,there is a woman”…
    haaa,itulah salah satu resepi kejayaan abang haritu,kan,kan…sila mengaku..hehe…:p

  4. batuterang berkata:

    oooo, kiranya dah terbalik la bahasa melayu ni. (T _T)

    tu dia, awat ke situ pulak tu?

  5. langitjuara berkata:

    somewhat….maybe..haha…dah macam ayat melayu pasarla..

    ke situ tu,ke mana????

    …laa…kan senang kalau ngaku je… haritu,kite yg sokong dia main masak2…kiranya kitela watak ‘woman’ tu…buat lupa plak…huhuhu..

  6. batuterang berkata:

    a ah la. kenapala fikir susah-susah. (cover cover. hehe.)

  7. am berkata:

    asyik gambar org len aje, gambar sendri x de tapi cite pasal dia……. hmm…

    gambar kueh & masakan tu yg mana yg awk buat?
    ngaku je laah…. bkn org tau…….. hehehe

    all the best to all of you…..

  8. batuterang berkata:

    hehe… kalau camtu, lepas ni cuba sekali sekala masukkan gambar sendiri pulak.

    sankyuu.

  9. langitjuara berkata:

    eh,haah..knapa x terfikir langsung ya,entah2 makanan2 dlm gambar tu semua bang yang buat,erm..kalau bukan semua,satu dua ke…ish..knp x terfikir langsung ek?..
    hehehe…

  10. langitjuara berkata:

    …sebab xpercaya abang boleh buat semua tu..maaf abang,kite jujur nih..:D :p

  11. batuterang berkata:

    hoho…no comment. :p

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Laman

Arkib @batuterang

Kalendar Entri

Januari 2011
S M T W T F S
« Sep   Mar »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Kategori

%d bloggers like this: