@batuterang

Ikon

Minggu Ke-23

File:SDO's Ultra-high Definition View of 2012 Venus Transit (304 Angstrom Full Disc 02).jpg

KERJA

Keghja memang penat.

5 hari bekerja, rutinnya sama.

Balik, solat, makan, baca berita, tumbang atas katil.

Dan, Ramadan pun dah dekat. Dah nak kena sedia mental dan fizikal untuk bekerja waktu puasa.

Moga dapat kejar dua-dua. Amin.

PTPTN

Kesal. Terkilan.

Mudah benar orang yang ada kuasa ni. Suka-suka bertindak. Mangsanya orang yang tiada kaitan pun.

Mujur isu ni panas 3 hari. Takut keluar isu baru ke? Huhu.

 p/s: ujian kekuasaan.

EURO2012

Euro 2012 Group B: Germany face near-impossible task

Tak larat aih kalau nak tengok siaran langsung. Tengok highlight sudah.

Pasukan pilihan?

Buat masa sekarang ni, Perancis. Kerana menunjuk peningkatan yang baik akhir-akhir ini. Cuma, kena tunggu habis peringkat kumpulan. Baru boleh nampak siapa yang lebih bersedia untuk bergelar juara.

Pada pandangan aku, tak sama keadaan sebelum kejohanan dengan semasa kejohanan. Waktu Piala Dunia lepas, jurulatih Jepun teruk dikritik kerana persembahan yang tidak memberangsangkan oleh anak buahnya pada perlawan persahabatan. Tapi, waktu Piala Dunia…gempak.


p/s: mungkin benar Piala Eropah ini lagi menarik daripada Piala Dunia.

Advertisements

Filed under: coretan, , , , , , ,

Minggu Ke-22

KERJA

Alhamdulillah. Dah masuk minggu kedua bekerja di pejabat. Bahagian quotation. Buat anggaran harga produk syarikat. Awalnya agak kabur dengan cara perkiraan. Sekadar ikut ajaran (baca: arahan) senpai. Tekan-tekan keyboard dan akhirnya keluar harga. Haha.

Tetapi, sekarang ok sedikit sebab dah mula biasa dengan flow kerja. Dan dah tetapkan Ogos ini sebagai matlamat jangka pendek, waktu yang ditunggu-tunggu. Sebab ada cuti seminggu. Hoho.

DEBAT

Antara cerita yang menarik pada minggu ini adalah debat antara orang politik muda. Antara Rafizi dan KJ. Khairy Jamaludin. Tajuknya berkenaan dengan PTPTN.

Aku tak sempat ikuti perdebatan tersebut. Namun, aku cukup gembira dengan perkembangan ini kerana agak sukar untuk kita lihat dan dengar orang politik bersedia membentangkan idea masing-masing. Atas satu pentas dan satu isu.

Tambahan lagi, saya lihat mereka berdua sebagai pemimpin negara akan datang. Masing-masing ada kualiti. Masing-masing ada aura. Mungkin tidak lama lagi, akan sampai masanya pakcik-pakcik kita akan serahkan tanggungjawab negara kepada abang-abang kita. Dan semoga mereka dapat terus memberikan nafas baru kepada politik tanah air sepertimana yang telah mereka tunjukkan pada acara tersebut.

p/s:Lama aku menunggu sejak ‘debat’ antara Shabery Chik dengan Anwar Ibrahim. Selepas ini tidak tahu pula bila. Antara Perdana Menteri dengan Ketua Pembangkang? Mungkin lepas tukar kerajaan kot.

IRSHAD MANJI

“Tuuu dia aih!!”

Macam itulah reaksi saya bila baca apa yang dia bawa. Agak berani dan ‘nampak-seperti’ seorang intelektual. Tahukan apa reaksi masyarakat Islam di Malaysia? Namun saya tertarik dengan cara pemikiran Ustaz Hasrizal bila berhadapan dengan isu ini. Boleh ‘hadam’ artikel  beliau di sini.

Melihat sisi emosional. Ada cerita di sebalik tabir yang boleh diambil iktibar. Daripada subjek dakwah kita.

ECL

Heroes' welcome for triumphant Chelsea

Chelsea juara.  (^^)

Filed under: coretan, , , , ,

Cerita Minggu ke-28

Beberapa peristiwa yang berlaku akhir-akhir ini  menggarukan kepala yang tak gatal. Terkejut. Tetapi tidak pelik.

BUNUH DIRI?

Mayat seorang setiausaha pegawai kerajaan negeri Selangor yang dijumpai bersebelahan bangunan SPRM menimbulkan persoalan. Benarkah dia membunuh diri? Sebab apa? Sebab ditekan sewaktu disoal siasat? Ke sebab dia nak larikan diri?

Baca baki entri ini »

Filed under: coretan, , , , ,

Hijau Negeri Kedahku

PENDAHULUAN

resah dibuatnya semalam. menunggu keputusan pilihan rakyat negara tanah airku. ternanti-nanti samada ada cakap-cakap yang ku baca selama waktu berkempen ini akan menjadi realiti.

TERKEJUT

sebelum mata terlelap (ingat nak gagahkan diri sampai habis), BN sudah tersungkur di 3 negeri-kedah, kelantan, pulau pinang. bila baca keputusan keseluruhan kat internet pagi tadi, BN rebah lagi di 2 negeri !!!! kali ini di selangor dan perak. dua negeri ni terutamanya selangor, negeri kelahiranku tak sangka pula boleh bertukar tangan.

tapi, kejutan yang aku rasa masih di tahap yang rendah. sebabnya, ada orang yang lagi terkejut.

ULASAN

ingat nak ulas mengenai PRU ni. tapi ada terjumpa ulasan yang best. aku tak berani nak copy sebab cik abang ni macam ganas je. so, klik je kat sini.

PENUTUP

kepada yang menang jangan lupa janji manis mu. jangan besar kepala. nanti aku sekeh kepala tu sampai licin. yang kalah, perbanyakkanlah muhasabah diri. banyak yang kurang sebenarnya. jumpa lagi 5 tahun dengan harapan kamu semua lebih gentleman.

p/s: statistik bagi dewan rakyat kat sini. dewan undangan negeri pula kat sini. nak yang lagi detail kat sini. tapi, aku rasa mungkin link ni tak akan kekal. harap maklum.

jya ne…


now u knew their power

Filed under: coretan, ,

Selamat Mengundi Semua

sungguhpun suhu di sini masih rendah, tetapi bahang kehangatan pilihan raya di malaysia, tanah airku dapat dirasai disebabkan internet yang semakin berkembang pesat penggunaannya.

COUNTDOWN

hari ini, waktu berkempen hampir tamat dan esok rakyat akan berpusu-pusu membuang undi bagi memilih pemimpin di kawasan masing-masing. aku di perantauan tak senang duduk membaca perkembangan PRU apatah lagi menuggu keputusan, samada akan menjadi berita gembira atau sebaliknya.

~resah o la ni cik abang dan cik akak sekalian~

KU BUKA MATA

aku mula ambil tahu pasal perkembangan politik negara ni waktu sekolah rendah bilamana rakan sekelasku mengatakan, “CetDet jahat!!”. apa yang boleh aku buat waktu tu hanyalah mengangkat kening, membeliakkan mata.

“awat hang kata lagutu?”, aku pon bertanya.
” hang tak dengaq pasai memali ka?”, dia bertanya kembali.
“dak pun”, balas aku.

apalagi… kawan aku tu terus cerita pasal memali tu. waktu tu aku hanya mendengar sahaja. tidak terima 100%. iye la…sebab penceritanya budak-budak lagi, kebarangkalian kisah itu ditokok tambah ada. bermula dari situ aku cuba mencari maklumat yang berkaitan, tetapi apakan daya, sumber terhad. tak banyak yang diperolehi.

pada tahun yang sama juga, satu negara gempar dengan kes pemecatan TPM waktu itu.

“apsal kena pecat pulak pakcik sorang ni”, hati aku tertanya.

tetapi pada waktu itu, akhbar-akhbar selain UM, BH dan harakah tumbuh macam cendawan dan laris seperti pisang goreng panas. sumber-sumber waktu tu banyak. macam-macam cerita yang keluar. kenapa dia dipecat dan lain-lain lagi. aku baca hampir semua. cuma, apa yang jadi pencarian aku waktu tu hanyalah kisah latar belakang pakcik tersebut.

“itu perkara biasa bagi orang politik”.
“orang politik macam-macam ‘buat’ “.
tetapi….
“pakcik ni kena naya“, kata sebahagian besar juri awam dalam hati aku.

pilihan raya selepas peristiwa itu menyaksikan kehadiran ramai pembangkang dalam sidang parlimen. semakin ramai pembangkang dalam tu semakin hangat dewan parlimen, aku dengar kata orang. bukan kata aku ye…hehe

beberapa tahun lepas tu pulak, ketua pembangkang dewan parlimen meninggal dunia. waktu tu, seakan suasana suram melanda persekitaran. awan mendung, masa dirasakan berjalan perlahan, aku seperti keseorangan di sekolah. lengang.

“jom kita ke darul ulum. dengar kata nak kebumi kat sana. kena awai. kalo tak, sesak”, aku terdengar perbualan rakanku.

tekaan kawanku itu benar. ketika aku dalam perjalanan pulang, kereta berduyun-duyun kiri dan kanan. tidak seperti hari-hari biasa. itu baru di highway. belum kat jalan untuk menuju ke sana.

setahun lepas tu kot, CetDet kita bersara dan diganti dengan minister yang dianggap clean bagi orang, bukan bagi aku. walaupun dia keturunan ulama sekalipun, itu bukan jaminan kualitinya akan sama. cukup untuk kulihat sejarah 5 bulan yang lepas.

bermula dengan ungkapan “saya pantang dicabar” sebagai memberi amaran supaya rakyat tidak keluar membuat perarakan aman. paklah kita ingat, mereka akan gerun dengan amaran itu. tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan. rakyat keluar beramai-ramai pada 10nov.

ketika itu, ayat “democracy malaysian style” keluar dari mulut pengulas berita stesen luar negara. dan aku sebagai rakyat malaysia malu dengan jawapan yang diberikan oleh salah seorang menteri kepada anchor stesen berita tersebut. hampeh. macam itu ke adab seorang menteri yang ditugaskan untuk memberi keterangan? mengecewakan. pastu nak kaitkan dengan negara luar pula. bahaya tu..

untuk membuktikan mereka berlaku adil, stesen tv tu pon ajak berforum. kesimpulannya masing-masing boleh buat, kan? V(^-^

PRU12

sebelum pembubaran parlimen, ambo rasa tak sedap hati. iye la….paklah pernah, bagi ambo, membuat pembohongan mengenai world competitiveness apebende ntah…pastu sebelum nak bubar parlimen pon sempat lagi dia nak kelentong. tak perlu la ambo ulas pasai ni. rasanye semua tahu.

oleh itu, ambo berpendapat, kalo yang no.1 pon buat seperti itu, apatah lagi yang no.2 dan seterusnya.

dan adakah pilihan raya kali ini bersih jika suruhanjayanya pon tak konsisten? sekejap buat tu, sekejap buat ni. kasihan orang bawahan. duit pon abis banyak.

KESIMPULAN

negara kita negara yang sedang membangun. bukan negara yang sudah membangun, apatah lagi negara yang maju. untuk menuju ke negara yang maju, rakyat perlu menolak pemerintah dan memilih pemimpin. pemimpin itu pula perlu cukup syarat. bagi ambo, cukuplah dengan berkata benar, bijaksana, amanah dan menyampaikan.

kepada yang merasakan sang juara susah dikalahkan, ingatlah bahawa yang di atas tidak akan kekal di atas. yang di bawah tidak akan kekal di bawah.

p/s: undi betul2 yer. tak perlu undi online. V(^-^

Filed under: coretan, ,