@batuterang

Ikon

Minggu Ke-23

File:SDO's Ultra-high Definition View of 2012 Venus Transit (304 Angstrom Full Disc 02).jpg

KERJA

Keghja memang penat.

5 hari bekerja, rutinnya sama.

Balik, solat, makan, baca berita, tumbang atas katil.

Dan, Ramadan pun dah dekat. Dah nak kena sedia mental dan fizikal untuk bekerja waktu puasa.

Moga dapat kejar dua-dua. Amin.

PTPTN

Kesal. Terkilan.

Mudah benar orang yang ada kuasa ni. Suka-suka bertindak. Mangsanya orang yang tiada kaitan pun.

Mujur isu ni panas 3 hari. Takut keluar isu baru ke? Huhu.

 p/s: ujian kekuasaan.

EURO2012

Euro 2012 Group B: Germany face near-impossible task

Tak larat aih kalau nak tengok siaran langsung. Tengok highlight sudah.

Pasukan pilihan?

Buat masa sekarang ni, Perancis. Kerana menunjuk peningkatan yang baik akhir-akhir ini. Cuma, kena tunggu habis peringkat kumpulan. Baru boleh nampak siapa yang lebih bersedia untuk bergelar juara.

Pada pandangan aku, tak sama keadaan sebelum kejohanan dengan semasa kejohanan. Waktu Piala Dunia lepas, jurulatih Jepun teruk dikritik kerana persembahan yang tidak memberangsangkan oleh anak buahnya pada perlawan persahabatan. Tapi, waktu Piala Dunia…gempak.


p/s: mungkin benar Piala Eropah ini lagi menarik daripada Piala Dunia.

Advertisements

Filed under: coretan, , , , , , ,

Minggu Ke-22

KERJA

Alhamdulillah. Dah masuk minggu kedua bekerja di pejabat. Bahagian quotation. Buat anggaran harga produk syarikat. Awalnya agak kabur dengan cara perkiraan. Sekadar ikut ajaran (baca: arahan) senpai. Tekan-tekan keyboard dan akhirnya keluar harga. Haha.

Tetapi, sekarang ok sedikit sebab dah mula biasa dengan flow kerja. Dan dah tetapkan Ogos ini sebagai matlamat jangka pendek, waktu yang ditunggu-tunggu. Sebab ada cuti seminggu. Hoho.

DEBAT

Antara cerita yang menarik pada minggu ini adalah debat antara orang politik muda. Antara Rafizi dan KJ. Khairy Jamaludin. Tajuknya berkenaan dengan PTPTN.

Aku tak sempat ikuti perdebatan tersebut. Namun, aku cukup gembira dengan perkembangan ini kerana agak sukar untuk kita lihat dan dengar orang politik bersedia membentangkan idea masing-masing. Atas satu pentas dan satu isu.

Tambahan lagi, saya lihat mereka berdua sebagai pemimpin negara akan datang. Masing-masing ada kualiti. Masing-masing ada aura. Mungkin tidak lama lagi, akan sampai masanya pakcik-pakcik kita akan serahkan tanggungjawab negara kepada abang-abang kita. Dan semoga mereka dapat terus memberikan nafas baru kepada politik tanah air sepertimana yang telah mereka tunjukkan pada acara tersebut.

p/s:Lama aku menunggu sejak ‘debat’ antara Shabery Chik dengan Anwar Ibrahim. Selepas ini tidak tahu pula bila. Antara Perdana Menteri dengan Ketua Pembangkang? Mungkin lepas tukar kerajaan kot.

IRSHAD MANJI

“Tuuu dia aih!!”

Macam itulah reaksi saya bila baca apa yang dia bawa. Agak berani dan ‘nampak-seperti’ seorang intelektual. Tahukan apa reaksi masyarakat Islam di Malaysia? Namun saya tertarik dengan cara pemikiran Ustaz Hasrizal bila berhadapan dengan isu ini. Boleh ‘hadam’ artikel  beliau di sini.

Melihat sisi emosional. Ada cerita di sebalik tabir yang boleh diambil iktibar. Daripada subjek dakwah kita.

ECL

Heroes' welcome for triumphant Chelsea

Chelsea juara.  (^^)

Filed under: coretan, , , , ,

Badminton Terbuka Jepun 2010

Yosh. Hari ini perlawanan akhir.

Tumpuan pada perlawanan perseorangan. Chong Wei lawan Lin Dan.

Beregu lelaki pun menarik.

Tak dapat streaming TV1, tengok score bergerak pun jadi.

Boleh lihat score bergerak di http://tournamentsoftware.com/sport/matches.aspx?id=F68BF11F-50C4-4F50-A011-B9B3DF6E35FC&d=20100926

Klik situ, kemudian tekan visual score.

Filed under: coretan, , , , ,

Cerita Minggu ke-28

Beberapa peristiwa yang berlaku akhir-akhir ini  menggarukan kepala yang tak gatal. Terkejut. Tetapi tidak pelik.

BUNUH DIRI?

Mayat seorang setiausaha pegawai kerajaan negeri Selangor yang dijumpai bersebelahan bangunan SPRM menimbulkan persoalan. Benarkah dia membunuh diri? Sebab apa? Sebab ditekan sewaktu disoal siasat? Ke sebab dia nak larikan diri?

Baca baki entri ini »

Filed under: coretan, , , , ,

Gentleman

“God, is killing me.”

Sayu aku melihat rakaman di youtube. Tangisan Roger Federer, sang juara. Sungguhpun cuba ditahan, mengalir jua air matanya sewaktu sedang menyampaikan ucapan.

Baca baki entri ini »

Filed under: coretan, , , , , ,