@batuterang

Ikon

Minggu Ke-23

File:SDO's Ultra-high Definition View of 2012 Venus Transit (304 Angstrom Full Disc 02).jpg

KERJA

Keghja memang penat.

5 hari bekerja, rutinnya sama.

Balik, solat, makan, baca berita, tumbang atas katil.

Dan, Ramadan pun dah dekat. Dah nak kena sedia mental dan fizikal untuk bekerja waktu puasa.

Moga dapat kejar dua-dua. Amin.

PTPTN

Kesal. Terkilan.

Mudah benar orang yang ada kuasa ni. Suka-suka bertindak. Mangsanya orang yang tiada kaitan pun.

Mujur isu ni panas 3 hari. Takut keluar isu baru ke? Huhu.

 p/s: ujian kekuasaan.

EURO2012

Euro 2012 Group B: Germany face near-impossible task

Tak larat aih kalau nak tengok siaran langsung. Tengok highlight sudah.

Pasukan pilihan?

Buat masa sekarang ni, Perancis. Kerana menunjuk peningkatan yang baik akhir-akhir ini. Cuma, kena tunggu habis peringkat kumpulan. Baru boleh nampak siapa yang lebih bersedia untuk bergelar juara.

Pada pandangan aku, tak sama keadaan sebelum kejohanan dengan semasa kejohanan. Waktu Piala Dunia lepas, jurulatih Jepun teruk dikritik kerana persembahan yang tidak memberangsangkan oleh anak buahnya pada perlawan persahabatan. Tapi, waktu Piala Dunia…gempak.


p/s: mungkin benar Piala Eropah ini lagi menarik daripada Piala Dunia.

Filed under: coretan, , , , , , ,

Bola~

Manchester United   5  Gamba Osaka   3

Begitulah keputusan akhir perlawanan bola sepak antara Juara Eropah dan Juara Asia yang aku saksikan di kaca televisyen bersama ryuugakusei yang lain.

Seperti yang diramalkan, MU menang perlawanan ini tetapi bukan dengan kemenangan gol tidak berbalas. Maksud aku, bukan dengan kemenangan yang selesa.

Baca baki entri ini »

Filed under: coretan, , , , , , , ,

1 Oktober : Second Eid di Jepang

“Aik?! Apsal jadi kuning pulak ni?”

Aduuh…

Hasil pertukangan aku tidak menjadi lagi. Lain yang hendak dibuat, lain pula jadinya. Tetapi, aku tetap merasakan lauk berbuka di petang akhir Ramadhan adalah istimewa. Kerana itulah yang pertama kali.

“Assalamu’alaikum. Ummi, kenapa rendang kita bertukar jadi masak lemak?”

Aku terus bertanya saat suara ibuku kedengaran di talian. Sambil bercerita bermula dari input sehinggalah ke output, seperti diduga, ibuku gelak sayang kepadaku.

Baca baki entri ini »

Filed under: kisah atok, , , , , , , , , , , ,

Merah Hijau Kuning

pasukan kedah

1. Berjayakah pasukan hijau negeriku, Kedah menewaskan negeri kelahiranku, Selangor pada perlawanan malam ini?

Utusan menyatakan, Ramai ramal Selangor juara.

TheStar menyatakan, Giant task for Kedah.

Ketiadaan pemain import dan bermain di kubu lawan mungkin merupakan faktor utama mengapa ramai meramalkan sedemikian.

Apapun, kita saksikan malam ini. Tidak kira Selangor ataupun Kedah yang bakal menjadi juara, yang penting main dengan semangat kesukanan. Itu yang akan membanggakan aku, mungkin juga hangpa semua.

Dan suatu perkara yang pasti la ni, aku sokong Kedah.

KEEEEEDAH. KEDAH PANTANG KALAH. WALAU SAKIT JATUH DAN REBAH…

2. Turki membuatkan aku tersenyum. Apa yang menarik mengenai mereka pada kejohanan EURO kali ini?

Turkey had come from behind to beat Switzerland 2-1 and then scored two goals in the final three minutes to beat the Czech Republic 3-2. (sumber:theStar)

Dan ini berlaku juga pada perlawanan suku akhir pagi tadi.

Semih Senturk scored a 120th-minute equalizer Friday for a 1-1 draw after extra time. One minute earlier, Ivan Klasnic gave Croatia the lead at Ernst Happel Stadium. (sumber:theStar)

Akhirnya:

Goalkeeper Rustu Recber then saved Mladen Petric’s spot kick for the Turks to win the ensuing penalty shootout 3-1 and complete their third rallying victory at Euro 2008. (sumber:theStar)

Sugoidesho.

p/s: Bang Mi, aku balaih gambaq dari blog hang.

hijau kuning

3.

Prit priiiiiiiiiiit.

Lega hatiku lega. Riang hatiku riang. Sang Kenari berjaya mempertahankan Piala FA yang dimenangi tahun lepas, menewaskan ‘The Red Giants’ dengan jaringan 3-2. Kemenangan itu, secara tidak langsung [mungkin] berjaya mengubah persepsi orang ramai terhadap kebolehan anak muda kita. La ni depa berjaya membuktikan di peringkat nasional, InsyaAllah mereka juga akan berjaya membuktikannya di peringkat antarabangsa. Itupun jika ketuanya bijak.

Kepada alan, madhan, boshi dan penyokong Merah Kuning yang lain, jangan bersedih no. Lepas ni, mugkin hari anda.

4.

guus hiddink

Kejohanan Eropah kali ini banyak kejutan. Selepas Turki, kali ini giliran Rusia pula. Mereka berjaya menyingkirkan pasukan pilihan, Belanda pada saingan suku akhir pagi tadi dengan jaringan 3-1 selepas bermain selama 120 minit.

Oranje yang menang kesemua perlawanan peringkat kumpulan seakan tidak dapat beraksi sepenuhnya pagi tadi. Asakan bertali arus anak buah Guus Hiddink membuatkan jentera pertahanan kelam kelibut terutamanya ketika ‘counter-attack’ dilancarkan. Rembatan jarak jauh pemain Rusia juga kekadang mencemaskan penjaga gawang Belanda. Sekian ulasan ringkas.

Untuk ulasan yang lebuh lanjut, layarilah TheStar dan Footytube.

p/s: lah, nampaknya tak menjadi realiti harapan dan ko takkan mengahadapi dilema nanti.

[Dikemaskini pada 22062008 1734]

Filed under: coretan, , , , , , , ,