Cerita Minggu ke-30

Cerita Minggu ke-30

Minggu lepas melayan sungguh novel tulisan Maya Iris ini. Jalan cerita yang ringan dan persembahan yang santai ‘memaksa’ aku mengetepikan buku ilmiah yang lain buat sementara waktu.

Dalam dua hari, khatam.

Tempoh itu cukup untuk mengurangkan pening kepala memikirkan hal-hal orang dewasa – pelajaran, persatuan dan rumah. Hmm, bila direnung kembali, jika asyik berfikir dan pada masa yang sama tidak bergerak mencapai matlamat seperti membuang masa.

OK. Perlu sambung ulang kaji pelajaran. Aku masih dalam minggu peperiksaan. Bila sudah mula cuti musim panas nanti, aku akan cuba habiskan episod Pusing-pusing Mesir dan Turki.