@batuterang

Ikon

Minggu Ke-22

KERJA

Alhamdulillah. Dah masuk minggu kedua bekerja di pejabat. Bahagian quotation. Buat anggaran harga produk syarikat. Awalnya agak kabur dengan cara perkiraan. Sekadar ikut ajaran (baca: arahan) senpai. Tekan-tekan keyboard dan akhirnya keluar harga. Haha.

Tetapi, sekarang ok sedikit sebab dah mula biasa dengan flow kerja. Dan dah tetapkan Ogos ini sebagai matlamat jangka pendek, waktu yang ditunggu-tunggu. Sebab ada cuti seminggu. Hoho.

DEBAT

Antara cerita yang menarik pada minggu ini adalah debat antara orang politik muda. Antara Rafizi dan KJ. Khairy Jamaludin. Tajuknya berkenaan dengan PTPTN.

Aku tak sempat ikuti perdebatan tersebut. Namun, aku cukup gembira dengan perkembangan ini kerana agak sukar untuk kita lihat dan dengar orang politik bersedia membentangkan idea masing-masing. Atas satu pentas dan satu isu.

Tambahan lagi, saya lihat mereka berdua sebagai pemimpin negara akan datang. Masing-masing ada kualiti. Masing-masing ada aura. Mungkin tidak lama lagi, akan sampai masanya pakcik-pakcik kita akan serahkan tanggungjawab negara kepada abang-abang kita. Dan semoga mereka dapat terus memberikan nafas baru kepada politik tanah air sepertimana yang telah mereka tunjukkan pada acara tersebut.

p/s:Lama aku menunggu sejak ‘debat’ antara Shabery Chik dengan Anwar Ibrahim. Selepas ini tidak tahu pula bila. Antara Perdana Menteri dengan Ketua Pembangkang? Mungkin lepas tukar kerajaan kot.

IRSHAD MANJI

“Tuuu dia aih!!”

Macam itulah reaksi saya bila baca apa yang dia bawa. Agak berani dan ‘nampak-seperti’ seorang intelektual. Tahukan apa reaksi masyarakat Islam di Malaysia? Namun saya tertarik dengan cara pemikiran Ustaz Hasrizal bila berhadapan dengan isu ini. Boleh ‘hadam’ artikel  beliau di sini.

Melihat sisi emosional. Ada cerita di sebalik tabir yang boleh diambil iktibar. Daripada subjek dakwah kita.

ECL

Heroes' welcome for triumphant Chelsea

Chelsea juara.  (^^)

Filed under: coretan, , , , ,