Cerita Minggu ke-19

Cerita Minggu ke-19

Tu diaaa.

Lima minggu.

Lama benar aku tak tulis padahal ada sahaja cerita baru semenjak aku bermukim di Yamaguchi. Di tanah air juga ada isu hangat yang timbul, namun malas hendak aku sentuh. Bukan depa baca pun. Lagipun, manalah aku reti ulas. Nanti, cerita A terjadi cerita B. Oleh itu, lebih baik aku play safe. Diam.

PIALA THOMAS

Jumaat lepas, sewaktu menonton siaran langsung di kaca televisyen aku terlihat satu sepanduk yang tertulis (lebih kurang) “Bring home, Thomas Cup“. Terus aku tersenyum. Bukan hendak memperkecilkan. Tetapi memang masanya belum tiba lagi. Lihat saja permainan pemain negara kita waktu set kedua. Semuanya tidak mampu mengikut rentak pemain China. Banyak kesilapan setelah diasak.

Ya. Banyak lagi yang perlu diperbaiki. Perlu juga melakukan perubahan. Bukan ke atas pemain utama negara sahaja. Tetapi, termasuklah juga pemain pelapis.

Apapun, Lin Dan masih jauh di atas Lee Chong Wei dan China memang hebat. Sungguhpun begitu, aku harapkan Indonesia dapat mencuri satu mata menerusi beregu pada perlawanan akhir petang ini. Mana boleh kita biarkan China menang bergaya, betul tak?ย  ๐Ÿ™‚

MUSIM PANAS

Sedikit masa lagi, musim panas akan tiba. Cuti hampir 2 bulan. Ingin sahaja keluar melancong. Sedang memikir hendak ke mana. Tetapi, Mesir bukan destinasinya. Semestinya di sana panas membahang. Aah, elok balik rumah dahulu.

3 thoughts on “Cerita Minggu ke-19

  1. salaam,

    elok la tu…… balik kampong….., balik kampong…..kami semua sedia menunggguuuu…. di kampong pun msim panas…..

  2. wassalam..huhuhu,abah,harap x lupa kat nur…(nk balik jugakla..!!!)..huhuhu..kat mesir pn tgh musim panas,dtgla sini…hehehe~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s