@batuterang

Ikon

Cerita Minggu ke-8

Jumaat lepas telah berlangsung pembentangan tahun akhir. Aku dan rakan sekelas yang lain perlu berdiri di hadapan dan ‘bercerita’ tentang hasil kajian masing-masing.

Alhamdulillah. Berjalan dengan lancar. Cuma, aku perlu lebih bersedia lagi selepas ini.

Semalam pula rakan sebilik aku, Terakawa sudah pulang ke rumah. Pada malam hari, terasa sunyi sedikit bila hanya bertemankan bunyi pemanas dan tiupan angin di luar.

Hmm, tak dapat aku bayangkan bagaimana perasaan aku apabila melangkah keluar dari kawasan kolej 20 hari nanti. Meninggalkan satu tempat yang merakam hampir kesemua episod kehidupan aku selama di Jepun ini. Suka duka. Pahit manis. Juga tempat yang memberi aku ketenangan untuk aku berfikir tentang segalanya.

Sekarang, hati seolah-olah memberitahu ia hendak terus kekal di sini. Berat untuk berpisah. Berat hendak melangkahkan kaki menuju ke destinasi yang tidak diketahui, apakah kesenangan yang menunggu? Ataupun dugaan?

Ohh, beginikah perasaan hamba yang cinta akan dunia? Yang apabila dijemput menemui Tuhan, dia bukan tersenyum kerana meyakini janji-Nya, tetapi sugul kerana terpaksa berpisah dengan timbunan harta yang dikumpul selama hidupnya.

A’uzubillah. Aku memohon perlindungan dari-Mu.

InsyaAllah. Baki waktu yang ada, akan digunakan untuk bersedia.

GEMPA

Bulan lepas, gempa besar di Haiti. (link)

Bulan ini pula di Chile (link) dan Okinawa, Jepun (link).

Besar-besar ya gempa bumi tahun ini. Mungkin kerana tahun harimau agaknya. Hmm.

MENARIK

Aku suka menonton sesetengah rancangan televisyen Jepun. Selain sama dengan waktu makan malam, rancangan tersebut banyak informasi berguna di samping menghiburkan. Mungkin kerana kehadiran selebriti dan artis dalam rancangan tersebut.

Antara rancangan yang dimaksudkan ialah “Sekai Ichi Uketai Jyuugyou”. Melalui ‘kelas’ ini, macam-macam pengetahuan dapat diperolehi. Sebagai contoh, berkenaan pergerakan angin dan aplikasinya dalam kehidupan harian. Boleh lihat video yang aku selitkan (di atas). Rasanya boleh faham. Walaupun dalam bahasa Jepun, sedikit pengetahuan asas yang telah dipelajari sewaktu sekolah menengah dulu sudah memadai.

Selain itu, rancangan yang aku minati ialah “Himitsu Kenmin SHOW“. Rancangan ini memaparkan perbezaan antara negeri-negeri yang ada di Jepun. Perbezaan dari segi makanan, fesyen dan sebagainya. Sebagai contoh boleh lihat video di bawah. Ia berkenaan perbezaan seaweed yang dimakan bersama onigiri (nasi kepal). Perbandingan di buat antara penduduk Kantou (belah Tokyo) dan Kansai (belah Osaka).

Menarik.

Manusia walaupun asalnya satu, hakikatnya ada perbezaan.

Filed under: coretan, ,

2 Responses

  1. nur sakinah berkata:

    salam alaik…
    wah…dah nak masuk universiti ya…penulisan abang semakin matang…menyentuh hati pembaca(cam sakinah)..padahal,ia sekadar coretan biasa..isu dunia..bukan sahaja gempa,new zealand telah dilanda ribut salji bebrapa hari lepas,kawasan sekitar terkena tempiasnya.
    macam di mesir..masih sejuk walaupun sekarang sepatutnya suhu meningkat,yelah giliran musim luruh bertandang
    ok,lah..musim imtihan semakin tiba,doakan sakinah ya….take care,salam alayk..
    jya ne~

    batuterang:edited😉

  2. am berkata:

    Alhamdulillah smuanya telah selesai……….
    Tahniah d atas kecemerlangan yg diidamkan…..
    Perjalanan masih jauh ….. ,doa2 dari kami sentiasa bersama mu…… insya ALLAH….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Laman

Arkib @batuterang

Kalendar Entri

Februari 2010
S M T W T F S
« Jan   Mar »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28  

Kategori

%d bloggers like this: