Olimpik Musim Sejuk.
Aku agak tertarik dengan acara sukan yang dipertandingkan, lebih-lebih lagi acara speed skating kerana kagum dengan kehebatan peluncur-peluncur itu. Meluncur dan membuat pusingan dengan kelajuan yang tinggi. Pastinya memerlukan keseimbangan badan yang betul. Jika tidak, tergolek-golek dan terbabaslah jawabnya
Dan, aku tak boleh bayangkan, bagaimanakah rasanya apabila meluncur laju di atas permukaan ais yang pastinya licin itu. Adakah perasaannya seperti ketika meluncur menuruni cerun bukit menggunakan papan ski?
Ingin sahaja aku mencuba walaupun sekali.
Sepanjang acara itu juga, aku lihat teknologi moden seakan diaplikasi sepenuhnya. Dari meja pengadil sehinggalah pakaian peluncur itu sendiri. Sudah pasti ia menelan perbelanjaan fulus yang banyak.
BUKU
Setelah menerima 2 buah buku yang dicadangkan Brother H, terus aku baca. Berselang-seli antara buku akademik. Penat menelaah, tukar buku. Bila fokus sudah kembali, tukar buku lagi.
Aku tertarik dengan olahan atau persembahan penulis buku ini. Sedikit berbeza daripada buku-buku yang aku beli sebelum ini. Mungkin kerana aku hanya membaca tulisan kaum Adam sahaja selama ini.
Buku yang pertama berkisarkan panduan membina keluarga melalui inspirasi kisah motivasi. Cerita yang ditulis adakalanya membuatkan aku segan untuk meneruskan pembacaan. Namun, aku ‘gagahi’ juga kerana hendak menyelami pemikiran penulis berkenaan tajuk buku itu sendiri dan secara tidak langsung aku juga dapat memperbetulkan cara pandanganku terhadap C.I.N.T.A.
Buku kedua, novel. Ia mengisahkan seorang budak daripada keluarga miskin, yang dipandang hina oleh masyarakat kampungnya. Oleh kerana sudah ‘kebal’ terhadap cara penerimaan jiran-jirannya itu, dia berdikari meneruskan kehidupan. Selain ibunya, dia rapat juga dengan seorang jiran, satu-satunya orang yang melihat dia sebagai budak yang berpotensi. Ya, akhirnya budak itu menjadi contoh apabila meningkat dewasa.
Jalan ceritanya nampak biasa, bukan? Ha, nak tahu biasa atau luar biasa sila dapatkan senaskah dan baca kerana banyak unsur-unsur didikan yang boleh diperolehi sepanjang penceritaan novel ini.
InsyaAllah berbaloi.
BAITUL MUSLIM
Selesai baca buku di atas, terdetik di hati, “Bilalah aku nak kahwin.”
Bunyinya seakan satu keluhan, kan?
Sebenarnya, bukan soal jodoh yang aku risaukan. Tetapi soal diri. Masih jauh dari layak bagiku.
Membaca artikel-artikel Ustaz Hasrizal mengenai rumah tangga, aku sedar perkahwinan bukan perkara main- main. Bukan sekadar suka sama suka. Tetapi, kena fikir sedalam-dalamnya. Sepertimana pemimpin suatu organisasi, ketua keluarga juga harus mempunyai wawasan. Dan, jika mengidamkan sebuah pasukan yang hebat, pengurus juga mestilah hebat.
Semua itu kembali kepada diri. Mahu maju atau kekal berdiri di tempat yang sama.
Sore jya.
Entri yang menarik. Akan dimasukkan kedalam agenda TIM di masa hadapan. 4649 ne~
salaam…
aish,ingatkan nak sambung cerita pasal speed skating tu…last2 soal kahwin juga yang dikupas..haha…matang sungguh mengupas topik tu ye…takkan nak tunggu sempurna baru nak fikir pasal tu,sampai bila??? hehehe…buku yang 1st tu,best…kata sorang kawan..penulis cuba sampaikan pengalaman dirinya secara tidak langsung…hmmm..tu ja yg tau,sebab xbaca lagi…n buku yg ke2 tu,kelihatan menarik.
jya ne~
batuterang: edited :p