@batuterang

Ikon

Cerita Minggu ke-6

Masih menunggu surat daripada pihak universiti untuk  urusan tempat tinggal, yuran kemasukan dan beberapa perkara lain yang berkaitan.

Aku harap masih ada lagi kekosongan rumah untuk pelajar luar negara walaupun boleh sahaja aku pilih untuk menetap di asrama universiti. Namun, faham fahamlah. As.ra.ma. Selain daripada ruang yang sempit, aku tidak mahu terikat sangat dengan peraturan yang ditetapkan.

Melainkan jika bangunan asrama itu seperti tempat penginapan Ahnaf di Korea (gambar). Ah, tunggu sehingga tanduk tumbuh di kepala kucinglah jawabnya.

PERIKSA

Mulai Selasa ini, peperiksaan terakhir aku di kolej akan bermula. Kali ini, tekanan kurang dirasai. Mungkin kerana hanya 4 subjek yang perlu diduduki.

TAK BALIK

Cuti musim bunga ini aku tidak balik. Aku putuskan untuk pulang waktu cuti musim panas nanti. Ada urusan yang pelbagai bulan 3 ini. Kalau keluar melancong pun, hanya dalam negara (Jepun) sahaja.

FACEBOOK

“Dah ada akaun Facebook ke belum?”

“Bila nak buka akaun Facebook? Best tau.”

“Ala, tinggalkan Friendster, join je Facebook.”

Kadang-kadang, aku ada terima emel jemputan walimatul urus menyertai jaringan sosial Facebook. Namun, hati berat untuk menyambut ajakan rakan-rakan kerana ia akan hanya mengikut kehendak semata.

Cukuplah blog aku yang dua ini. Tidak mahu terjadi seperti akaun Friendster aku yang sudah lama terbiar, tidak dikemaskini. Hanya tunggu hujung bulan ini untuk dipadam.

Namun, andaikata laman sosial ini akan menjadi satu keperluan buat aku suatu hari nanti, aku akan guna juga.

Bak kata orang kulit putih, “Only Allah knows.”

Jya ne.

Filed under: coretan, , , , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Laman

Arkib @batuterang

Kalendar Entri

Februari 2010
S M T W T F S
« Jan   Mar »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28  

Kategori

%d bloggers like this: