@batuterang

Ikon

Cerita Minggu ke-5

Hari ini ke Nishinomiya. Ada jamuan perpisahan bersama rakan-rakan dan keluarga angkat. Terutamanya dengan makcik-makcik Jepun yang suka mengusik aku, mungkin kali kedua terakhir aku dapat bergaul dengan mereka sebelum berpindah, menetap jauh dari Kansai.

Oh, penuhnya perutku.

BUDAK NAKAL SUMO

Ingat lagi Asashoryu?

Boleh rujuk entri 2 minggu lepas untuk melihat rupanya. Dia secara rasmi telah bersara dari dunia sumo. Bukan kerana dibelenggu kecederaan seperti pemain bola sepak, tetapi didesak atau seakan di’tekan’ untuk berbuat demikian setelah beliau dilaporkan telah mencederakan orang ketika dalam keadaan mabuk.

Bagi aku, tindakan yang diambil ahli sumo kelahiran Mongolia ini ada baiknya. Aku tabik. Cuma, persaraan beliau membuatkan aku rasa kurang berminat hendak menonton perlawanan sumo selepas ini selain aku ‘bengkek’ dengan orang yang menguasai persatuan sumo itu yang (pada aku) suka melihat beliau berhenti daripada meminta maaf secara terbuka.

Hmm, mungkin kerana cara pandangan aku dan mereka berbeza. Mereka mungkin melihat Asashoryu sebagai ‘budak jahat’ yang perlu dikeluarkan dan aku melihat beliau seperti seorang ‘budak nakal’ yang perlu didisplinkan lagi.

Dan dengar khabar, berita ini gempar juga di Mongolia sehinggakan media di sana menuduh persatuan sumo itu yang menjadi penyebab utama persaraan ahli sumo kesayangan mereka. Malah, kawan Mongolia di sini pun seakan tak puas hati dengan langkah yang telah diambil oleh Asashoryu.

PALING LAJU

S Korea, Japan have world’s fastest web links

TOKYO —Japan, South Korea and Hong Kong are the best wired in the world with the highest number of fast broadband connections to the Internet, according to a report by U.S.-based network provider Akamai Technologies.

South Korea boasts the world’s highest average connection speed at 14.6 megabytes per second (mbps). Japan had the second highest average connection speed of 7.9 mbps, followed by the Chinese territory of Hong Kong with 7.6 mbps, said the report.

(baca seterusnya di sini)

Malaysia tidak tersenarai. Maksudnya tidak lajulah, kan?

Ada dengar juga mengenai hal perkhidmatan internet di Malaysia. Perlahan. Cukup-cukup makan lajunya. Dan macam-macam lagi. Sampaikan aku pernah terbaca, antara penyebab kurangnya pelabur asing datang ke negara kita  adalah disebabkan sambungan internet yang perlahan. Sudah tentu susah hendak berurusan.

Apapun, itu yang aku dengar. Perlu alami sebelum nak kritik dengan lebih lanjut.

Ok. Nak sambung tulis tesis.

Jya ne.

Filed under: coretan, , , , ,

3 Responses

  1. nbo_3 berkata:

    Cerita minggu ke-4?

    Di Malaysia sudah ada beberapa 3rd party internet provider. Tetapi kesemuanya wireless.

  2. batuterang berkata:

    @nbo_3

    Tak terluang masa untuk menulis pada minggu ke-4. Sebab itu terlompat.

    Wireless? Hmm, memang ketinggalan sungguh la kawe.

  3. nur sakinah berkata:

    salaam…
    saja2 nk berpantun..baru belajar dari seseorang…

    Pak Mat naik ke atas sampan,
    hendak pergi mengail ikan,
    abangku akan hadapi imtihan,
    sukses selalu sentiasa kudoakan.

    Syok menonton Wanita Hari Ini,
    sambil pegang bunga Melati,
    imtihan tengah bulan 2 ni,
    moga lulus masuk universiti.

    ok,gambatte ne….!..jya ne~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Laman

Arkib @batuterang

Kalendar Entri

Februari 2010
S M T W T F S
« Jan   Mar »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28  

Kategori

%d bloggers like this: