@batuterang

Ikon

Pusing-pusing Korea

twigim
twigim
sebelah kiri tu oden
sebelah kiri tu oden

“Silap la mai waktu posa. Takleh nak merasa sangat makanan sini.”

“Takpa. Malam kan ada. Hehe.”

Minggu lepas aku menunaikan hajat yang tertangguh selama setahun. Iaitu bermusafir ke Korea Selatan. Kembara ini nak tak nak aku kena lakukan pada tahun ini. Sebab tahun depan aku nak berjalan ke tempat lain pula. InsyaAllah.

Sepertimana di Mesir dulu, aku serah bulat-bulat perjalanan aku di Korea kepada Tawfiq dan Ahnaf. Ikut sahaja ke mana mereka hendak bawa. Tak mau demand sangat. Dirisaukan aku pula yang tidak mampu.

Pasar Namdaemun

Namdaemun (南大門) kalau diterjemahkan secara terus akan membawa maksud ‘Pagar Besar Selatan’. Kiranya ia adalah simbol bandar Seoul.  Namun, pada Februari 2008 ianya musnah terbakar dan kini sedang dalam proses pembinaan semula. Kengkawan boleh klik pada tulisan kanji untuk melihat gambar pagar tersebut.

Berdekatan dengan pintu utama itulah Pasar Namdaemun berada. Di sini macam-macam barangan yang dijual. Murah pula. Rasanya RM 100 sudah cukup. Itu bagi orang biasa macam aku ini. Kalau yang hobinya membeli-belah, mereka ini perlu bawa RM200 ke atas. Jika tidak, akan menyesal.😛

Telah dikhabarkan kepada aku bahawa budak-budak Malaysia di Korea sering berkunjung ke tempat ini untuk membeli ole-ole untuk dibawa pulang sewaktu cuti. Ada juga yang memborong untuk tujuan bisnes. Kebanyakannya akan membeli barang perhiasan. Bukan kain langsir. Bukan juga permaidani. Tetapi…

bruj?bruge? alaah..yang pin kat tudung
bruj?bruge? alaah..yang pin kat tudung tu

gelang
gelang
gelang
gelang

dan gelang lagi!!!
dan gelang lagi!!!

Huuh, silau mata.

Mujurlah aku lelaki. Beli satu dua sudah cukup. Kalau tidak, sehari suntuk aku akan pusing di bahagian perhiasan itu sahaja. Key chain, penanda buku dan lain-lain, nak jeling pun susah jadinya nanti.

Myeongdong

ramai lor
ramai lor

Myeongdong boleh dikatakan tempat tumpuan anak muda kerana di sini banyak kedai yang menjual barangan berjenama. Dari helaian baju hinggalah perkakas kosmetik. Nike, Ikko, New Balance dan sebagainya.

Apa? Kengkawan tak kenal New Balance? Ish ish ish.

Itaewon

luar masjid
luar masjid
dalam masjid
dalam masjid

Di sini terdapatnya Masjid Besar Seoul. Bagi aku, masjid ini terletak di tempat yang menarik. Di atas bukit dan dikelilingi kawasan perumahan dan rumah kedai. Bangunannya besar. Hiasan dalam masjid pula seakan sama dengan masjid di Malaysia.

Sewaktu ‘pendakian’ ke masjid, kita akan dapati beberapa kedai yang diusahakan oleh Muslim. Kedai runcit, kedai daging dan kedai roti. Tidak ketinggalan juga kedai kebab.

Haa, kepada peminat kebab di Jepun, anda patut rasakan kebab di sini. Selain murah, mungkin akan ada yang ‘tapau’ pulang ke rumah nanti. Percayalah. Hehe..

Samgakji

war memorial museum

war memorial museum

Muzium yang dibina untuk memperingati wira-wira sewaktu perang antara Korea Selatan dan Korea Utara yang meletus pada tahun 1950. Puncanya adalah kerana fahaman yang dianuti oleh kedua-dua pihak tidak sama. Itu secara ringkasnya sahaja.

Bendera yang berkibar di depan bangunan adalah bendera negara yang menghulurkan bantuan sewaktu peperangan berlaku. Di dalam muzium ada diletakkan baju seragam tentera negara-negara itu.

menonton vidoe detik-detik bermulanya perang

menonton video detik-detik bermulanya perang

tawfiq dan wira perang

tawfiq dan wira perang

hulurkan bantuan

hulurkan bantuan

Taman Yeouido

lepak di taman

lepak di taman

Taman ini terletak berhampiran dengan Parlimen Korea. Bersih. Cantik. Diurus dengan baik. Oleh itu, tidak hairanlah jika ramai yang mengunjungi tempat ini. Baik pada hari biasa mahupun pada hujung minggu.

Di suatu sudut taman ini terletaknya patung pengasas tulisan Korea. Namanya…err, lupalah.

Filed under: kisah atok, , , , , ,

8 Responses

  1. y4ku24 berkata:

    Salam Ramadhan.

    Dah blk jepun balik ke?
    nama benda alah tu brootch kalo tak silap aku. kalo salah takpa, kita kan lelaki…😉
    gi sensorang je ke kali ni?

  2. batuterang berkata:

    @y4ku24
    Salam Ramadhan kembali.

    Yup. Dah seminggu di Jepun ni. Ooo, ‘bruj’ tu eja lagutu ka. Betul kot tu. Sedap je bunyinye.

    Yup. Ke Korea sensorang je. Dah ramai nak beraya kat Malaysia.🙂

  3. nur sakinah berkata:

    salam..
    ejaan sebenarnya adalah ‘brooch’ atau kerongsang..(”,)..wah,seronoknya dapat tahu tempat-tempat di korea!..lebih-lebih lagi Namdaemun(hehe..)…ingatkan tiada masjid besar di sana..huhuhuhu…isk,kena mula menabung ni,barulah boleh sampai korea pula..:D

  4. zulfahmi berkata:

    seronoknya..aku terperap kt mesir ni jgk la..huhu

  5. batuterang berkata:

    @nur sakinah
    pulllak. ejaan dia camtu ka.
    ah, apa-apa la. asalkan sampai maksud.😉

    @zulfahmi
    eropah kan dekat. hehe..

  6. ahnaf qais berkata:

    ejaan dia brooch la afiq…

  7. ahnaf qais berkata:

    nama pengasas tulisan korea tu sae jong dae wang

  8. batuterang berkata:

    @ahnaf qais
    sankyuu~😉

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Laman

Arkib @batuterang

Kalendar Entri

September 2009
S M T W T F S
« Aug   Oct »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Kategori

%d bloggers like this: