@batuterang

Ikon

Pusing-pusing Mesir #2

Masjid Negeri Zarqaziq

Kalau nak bina bangunan, kontraktor sini mesti boleh jimat, kan? Cuba tengok masjid tu.

Aku merujuk kepada masjid yang tersergam di  seberang jalan.  Coklat pasir warnanya. Disebabkan warna ‘semulajadi’nya itu membuatkan aku menyangka ianya masih dalam pembinaan pada awalnya.  Besarnya pula hampir sama dengan Masjid Zahir di Alor Setar, Kedah. Hmm, lebih besar barangkali.

Hari kedua aku dan Zul di Zarqaziq.

Berbanding dengan hari pertama di Mansoura, perasaan kekok di negara orang, perasaan cuak bila terserempak dengan askar Mesir tidak terasa sangat. Sedikit demi sedikit kami dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di sana.

Pagi itu, aku dan Zul ditemani Fikri, keluar menuju ke kawasan bandar. Barangkali masih awal. Jalan raya lengang. Deretan kedai masih belum sedia menerima pelanggan. Hanya kedapatan kanak-kanak berjalan menuju ke sekolah.

Hari ni kita pergi ke Universiti Azhar, lepas tu pusing-pusing bandar Zarqaziq.

Cadangan Fikri terus kami setujui memandangkan aku dan Zul tiada rancangan yang terperinci – di mana hendak pergi, di mana hendak makan dan sebagainya. Kami serah bulat-bulat kepada tuan rumah. Fikri kata kiri, kami akan ke kiri. Fikri kata ada longkang, kami akan lompat.

Jalan Raya

Kami memulakan langkah setelah habis menjamah roti berintikan daging bakar. Waktu itu, jalanraya mulai sesak. Kereta dan van laju meluncur.  Menerbangkan debu di jalanan. Suasana yang hening pada awalnya bertukar hingar. Seperti di Mansoura – bising dengan pekikan hon kenderaan.

HON ITU MUZIK!!!

Ada benarnya kata-kata itu.

Dalam perjalanan, bermacam-macam pemandangan yang aku lihat. Patung Ramses di tengah bulatan jalan. Fesyen tudung anak muda Zarqaziq. Kambing masuk kota. Ditambah lagi dengan bau  tengik yang datang dari kilang seberang jalan.

patung ramses

patutng ramses

fesyen tudung. kalau nampak la...

fesyen tudung. kalau nampak la...

kambing masuk kota...mbekk~

kambing masuk kota...mbekk~

“Fikri, jauh lagi ke?” aku terus bertanya memandangkan beberapa fakulti telah kami lepasi.

“Kat depan lagi.” balas beliau. Menurut Fikri lagi, tempat belajarnya terletak di luar bandar Zarqaziq dan perlu menaiki van untuk ke sana.

Setelah melintasi beberapa pekan kecil barulah kami sampai. Benar, jauh dari bandar. Namun, bukankah tempat pengajian seeloknya begini? Jauh dari hiruk pikuk dan keserabutan bandar. Persekitaran pun tenang.

“Nak tengok gerabak ayam? Kalau sempat kita dapat tengok.” ujar Fikri sambil kami menghirup minuman di tangan.

Beberapa minit kemudian, keretapi tiba. Kelihatan ramai yang turun di perhentian ini. Kata Fikri, gerabak di belakang itulah yang dinamakan gerabak ayam. Murah. Semua boleh naik atau dibawa masuk. Haiwan ternakan juga hasil tanaman sekalipun!!

gerabak ayam macam kat belakang lagi je

gerabak ayam macam kat belakang lagi je

“Ooo..” Tak terkomen aku.

Tidak lama kami di sana. Habis satu kuliah, kami kembali ke pusat bandar.  Waktu itu matahari sudah pun memancar cahayanya yang terik, tinggi di atas kepala. Panas. Namun, bandar sesak dengan orang ramai. Tak tahulah. Mungkin ada cuti tertentu.

Sangkaan awal aku, kalau hendak makan nasi di Mesir kena masak sendiri di rumah kerana makanan utama masyarakat Mesir ialah roti atau yang berasaskan gandum. Rupanya ada sahaja kedai yang menyajikan masakan seperti nasi ayam. Tetapi, roti tetap tidak boleh lari daripada menu mereka.

nasi ayam arab

nasi ayam arab...sedap

Selesai menjamah kami bergerak pulang ke rumah Fikri untuk melepaskan lelah sebelum berangkat ke ‘pusat penginapan’ kami di Mansoura.

Burrp..Alhamdulillah.

Filed under: kisah atok, , , , ,

7 Responses

  1. Ustaz Nazmi berkata:

    Salam..ana sudah merasai hiruk pikuk mesir..cukup mencabar jiwa..namun manisnya tetap ada…

  2. batuterang berkata:

    @UstazNazmi
    Yup, itu tak dapat dinafikan.

  3. am berkata:

    salaam,

    too short, can no longer wait for the rest of the story……. hehehe.

  4. am berkata:

    more picture pls…….

  5. batuterang berkata:

    @am
    sabar big bos. sabaar. :p

  6. nur sakinah berkata:

    salam..
    ooo..begitu ceritanya..bunyi hon yang bingit tu pun boleh jadi muzik ye..kalau nak tahu…di Siwa amat berbeza,kerana cukup susah kalau nak dengar hon2 kenderaan di jalan…damainya terasa..:)

  7. nur sakinah berkata:

    salam..
    keretapi ..ya,untuk pertama kali dalam hidup.dapat naik keretapi…!.pergi ke alex dari mansoura..seronok jugak…bolehla nak kata menepati masa jugak keretapi mesir ni…takla rasa kecewa..macam keretapi kat malaysia tu..(dengar dari pengalaman orang lainla..hehe)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Laman

Arkib @batuterang

Kalendar Entri

Ogos 2009
S M T W T F S
« Jul   Sep »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Kategori

%d bloggers like this: