@batuterang

Ikon

7 Kes Baru H1N1

Tujuh lagi kes Influenza A (H1N1) disahkan dalam negara, tiga daripadanya melibatkan pelajar sekolah, menjadikan jumlah kes bagi penyakit itu menjangkau 49 kes setakat ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata seorang daripada pelajar sekolah yang terlibat adalah pelajar tahun lima, yang merupakan rakan kelas pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Jalan Davidson yang dilaporkan semalam menghidap penyakit itu selepas melawat Melbourne.

“Kes nombor 36 semalam yang balik dari Melbourne, menjangkiti pelajar di dalam kelasnya di SRJK Cina Jalan Davidson. Ini menunjukkan bahawa sekolah itu (kini) ada dua kes,” katanya selepas menyebarkan risalah mengenai penyakit itu kepada peniaga dan pengunjung Pasar Batu 11 Cheras hari ini, lapor Bernama.

Menurutnya kelas yang melibatkan dua pelajar SRJK Cina Jalan Davidson itu iaitu kelas 5(I) kini dikuarantin oleh Kementerian Kesihatan.

“Dua lagi pelajar yang terlibat ialah pelajar tahun lima Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Assunta 2 Petaling Jaya dan pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Seksyen 9 Shah Alam,” kata Liow dan menambah pegawai Kementerian Kesihatan akan memasuki sekolah-sekolah berkenaan untuk memastikan ia dalam keadaan terkawal.

“Kami juga akan cadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara dan berbincang dengan Kementerian Pelajaran untuk menutup sekolah-sekolah itu sementara waktu,” katanya.

Liow berkata jika dipersetujui semua pihak, sekolah terbabit akan ditutup sekurang-kurangnya seminggu.

Dalam tujuh kes terbaru ini, beliau berkata enam daripadanya adalah kes import dan satu merupakan kes penularan tempatan.

Katanya daripada enam kes import itu, dua kes melibat lawatan ke Melbourne, dua kes ke Amerika Syarikat, satu ke Toronto Kanada dan satu ke Thailand, manakala satu kes penularan tempatan adalah kes yang melibatkan pelajar SRJK Cina Jalan Davidson.

Beliau berkata kesedaran orang ramai mengenai wabak itu perlu ditingkatkan memandangkan penyakit itu didapati merebak dengan pantas.

Liow berkata semua pesakit yang terlibat sedang dirawat dengan antivirus Influenza A (H1N1).

Sumber: Malaysiakini

Afiq: Masa kes H1N1 ni merebak kat Jepun dulu, riuh sungguh la. Tu baru beberapa kes. Tak sampai 10. Bayangkan 49 kes. Jatuh darurat pa…

Filed under: coretan, , , ,

One Response

  1. nur sakinah berkata:

    salam…hmmm…dengar kata,kat mesir pun ada dah swine flu…kat tahrir..jadi,masa sakinah naik metro menuju ramsis(stesyen bas)…..sakinah dah disuruh oleh sorang kawan untuk pakai topeng sebagai langkah berjaga-jaga…sangat prihatinlah mereka tu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Laman

Arkib @batuterang

Kalendar Entri

Jun 2009
S M T W T F S
« May   Jul »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Kategori

%d bloggers like this: