@batuterang

Ikon

JUUUSu

jus sayur

Beberapa tahun lalu, seingat aku, kerajaan pernah memperkenalkan jus sayur di kaca televisyen. Hijau warnanya. Seriously, aku tidak tertarik langsung dengan produk baru tersebut. Tiada cinta pandang pertama. Lihat saja warnanya yang seperti rumput itu, anak tekak seakan memberi amaran tidak akan membuka laluan.

“Jus sayur tidak dibenarkan!!!”

JEPUN

Sehinggalah aku tiba Jepun, ‘perasaan’ aku terhadap jus sayur ini berubah sedikit demi sedikit.

Kamu dan aku pun tahu bumi Sakura ini sangat maju pembangunan teknologinya. Maka, tidak perlu terkejut ataupun hairan jika ada sahaja produk diperkenalkan dalam selang masa yang pendek.

Esok keluar komputer jenis ni. Selang dua tiga bulan kemudian, keluar pula jenis yang baru. Kamera digital pun sama. Selang beberapa bulan, keluar yang baru.

(Tapi sekarang ni macam tengah slow la pulak. Ke aku dah lama tak usha?)

Jus sayur pun tidak boleh lari. Awal kedatangan aku di sini, tidak banyak pilihan yang ada. Selalunya aku pilih jus sayur yang berwarna oren. Selain warnanya yang berjaya meyakinkan anak tekak, rasanya dekat dengan sayur kegemaran aku iaitu lobak.

(Rrrrrrrabittt…)

Tetapi, sekarang ini pelbagai warna dan rasa boleh didapati. Ada yang berwarna ungu (seperti di atas) hasil campuran beberapa jenis sayur dan buah. Ada yang berwarna oren juga, tetapi dicampur sehingga 20 jenis sayur!!!

Apapun, minum jus sayur ini memang baik untuk badan. Lebih-lebih lagi untuk perut. Sesiapa yang susah hendak buang air besar, digalakkan minum jus sayur. InsyaAllah, akan melancarkan proses pembuangan.

Kim yang tidak suka sayur pun akan minum jus ini bila ada masalah perut. Itu cerita dululah. Entah dia masih minum jus sayur sekarang ini atau tidak,  tidaklah aku tahu. Kena melawat rumah dia di Tokyo baru tahu.

MESIR

kedai jus buah

Sepanjang pengembaraan aku di Mesir, aku seakan ketagih dengan jus buah. Lebih-lebih lagi jus mangga. Sudahlah harganya berpatutan, rasanya pun sedap. Manis. Kena lagi waktu itu cuaca sedikit panas, badan terasa segar tiap kali meneguk minuman tersebut. Puas sungguh.

PILIHAN AKU

Kalau hendak banding antara jus sayur Jepun dengan jus buah Mesir, aku lebih kepada jus buah Mesir.

Kedua-duanya baik untuk kesihatan badan. Tetapi, jus buah Mesir lebih segar dan terasa lebih dekat dengan semulajadi. Tidak seperti jus sayur Jepun yang perlu melalui pelbagai proses di kilang. Rasa macam mesin pula bila meneguk bahan proses.

Apa-apa pun, aku sedang berusaha mengurangkan penggunaan makanan proses dalam kehidupan seharian. Ada masa, akan cuba buat sendiri. Tak kisah kalau jadi seperti Lauk Hijau sekalipun. Tiada masa, ‘puasa’.

Jya…

Filed under: coretan, kisah atok, , , ,

8 Responses

  1. Zulfahmi berkata:

    Kalau macam tu, kena selalu datang Mesir lah!😀

  2. AsadulQalb berkata:

    tu bukan gambar kedai runcit kat Alex ker..

  3. batuterang berkata:

    @Zulfahmi
    Kalau doktor support boleh je. ^_^)

    @Asadulqalb
    Hmm, bila tengok balik macam ye je. huhu..

  4. nur sakinah berkata:

    salaam…
    ooo…suka jus mangga rupanya….ada cerita tau di sebalik jus tu,….#&@%!!!..haah,sebab itulah…hehehe,jus tamar hindi pun sedap jugak…slurpp..!!..jus ‘asaab(tebu).hmm..sedap jugak…tapi tidak pernah rasalah(kecuali sedikit)…dengar khabar dari kawan sahaja…(@.@)

  5. batuterang berkata:

    @nur sakinah
    apa yang dimaksudkan dengan #&@%?

  6. y4ku24 berkata:

    salam. jus mangga dari timur tengah memang sedap, sebab pekat. mula2 dulu aku pun ingat sbb mmg 100% jus, tp bila baca kandungan dia..ooo, naruhodo…

  7. AsadulQalb berkata:

    ape yg ade dlm jus mangga mesir?

  8. batuterang berkata:

    @y4ku24
    macam boleh teka je…

    @AsadulQalb
    rasanya gula kot yang banyak. tu yang rasa pekat kot.😀

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Laman

Arkib @batuterang

Kalendar Entri

Jun 2009
S M T W T F S
« May   Jul »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Kategori

%d bloggers like this: