@batuterang

Ikon

Matematik Perenggan: n+1

n=1

Aah, sedang mengemas halaman, menebas lalang yang tingginya sudah  separas pinggang. Segan aku pada tetamu yang sering singgah di sini.  Rasanya ingin melihat khabar berita. Tetapi, seperti mengunjungi rumah terbiar pula. Daun kering di sana-sini. Maka, mereka berlalu pergi apabila mendapati tuannya seakan tiada.

2 minggu pertama persekolahan yang memeritkan sudah berlalu. Untuk seketika, aku boleh menarik nafas lega. Untuk seketika sahaja. Tiada jaminan bahawa ia tidak akan kembali. Barangkali esok. Barangkali juga hari ini. Mahu tidak mahu aku perlu sentiasa bersedia. Siap siaga. Rohani dan jasmani.

n=2

Waktu kecil, bila ditanya ingin jadi apa bila besar nanti, aku jawab doktor, peguam, jurutera, juruterbang bla bla bla bla. Jawapannya mesti berbeza tiap kali ditanya.

Pernah terdetik di hati,  “Macam best je jadi Perdana Menteri. Ada duit. Boleh tolong orang”. Itupun sebab terpengaruh. Biasalah, waktu itu masih budak hingusan. Masih kanak-kanak. Orang pilih A, kita pun ikut sekali.

Bila sudah meningkat dewasa, paling kurang pun ibu jari kaki sudah mencecah alam realiti. Apa pilihan orang itu, tidak sewenang-wenangnya aku ikut melainkan setelah membuat timbang tara. Mana yang banyak? Kebaikan atau keburukan. Faedah atau rugi.

n=3

Anak muda seperti aku, biasalah. Jika ingin mencapai atau memiliki sesuatu, mesti nak cepat. Tamak? Gelojoh? Rakus? Hmm, gopoh rasanya lebih tepat. Tetapi, bila melihat dan merenung kembali kisah orang terdahulu, orang gopoh ini ‘kuasa’nya tidak akan tahan lama. Apatah lagi  akan dibenci orang sekeliling.

Anak muda seperti aku, biasalah. Mudah panas. Kena cucuk sedikit, berapi. Bila terasa diperbodohkan terutamanya oleh orang politik, akan melenting.  Semestinya ayat-ayat ketidakpuasan hati akan diungkapkan. Boleh jadi juga kata-kata kesat akan turut dihamburkan. Mujurlah dinding kesabaran yang seringkali diperbaiki masih kukuh bertahan.

Anak muda seperti aku, biasalah. Mudah tertarik kepada hiburan. Ingin bebas. Ingin bersuka ria. “Lepas tension,” aku selalu beralasan. Tetapi bila diimbas kembali, masa yang digunakan untuk berhibur selalunya melebihi had. Waktu berkualiti yang sepatutnya digunakan untuk belajar menyantuni  selalu menjadi mangsa. Aku telah tidak berlaku adil, ohh.

Benar kata pepatah, “sesal kemudian tidak berguna lagi”. Walau aku menangis air mata darah sekalipun masa yang terkorban itu tidak akan kembali. Namun, itu bukan bermaksud pengakhiran hidup. Aku akan terus mengatur serta memperbaiki gerak langkah harian. Langkah awal aku akan cuba :

Eat that frog

Eat that frog

Eat that frog

Filed under: coretan,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Laman

Arkib @batuterang

Kalendar Entri

Mei 2009
S M T W T F S
« Apr   Jun »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Kategori

%d bloggers like this: