@batuterang

Ikon

Cuti Musim Sejuk

img_1794

Jalan-jalan Musim Sejuk berakhir secara rasmi  sebaik sahaja kaki melangkah keluar dari Setesen Uozumi. Kelima-lima cop di atas menandakan Tiket Pengembara habis digunakan. Biarpun mahal, ia amat berbaloi bagi kaki musafir seperti aku.

Perjalanan pulang dari Suzuka mengambil masa lebih daripada yang dijangkakan. Semuanya gara-gara aku tersilap platform menunggu densha (keretapi eletrik). Tetapi, aku sempat juga tiba di asrama sebelum jam 10 malam. Jika tidak, terpaksalah panjat pagar.

Toyama

wg

Kemungkinan besar, yuki (salji) tidak akan turun minggu depan.

Bercampur juga perasaan bila mendengar pengumuman tuan rumah. Suka kerana nanti tak perlu meredah timbunan salji. Tak seronok kerana nanti kempunan hendak bermain salji. Namun,  salji turun selebat-lebatnya sewaktu program dijalankan.

Berkampung di atas bukit dengan suhu yang ekstrim (bagi aku) memang mencabar fizikal dan mental. Jika diikutkan, lagi sedap berguling atas katil. Tetapi, para peserta yang hadir memang bersemangat walaupun terpaksa berulang-alik, turun naik  meredah salji dari tempat penginapan ke dewan kuliah.

Slot-slot kuliah yang bertemakan ‘Redefine Muslim Youth’ disampaikan oleh Ustaz Muhd Ramadhan Fitri bin Ellias. Isi yang disampaikan beliau lebih menekankan bab kepimpinan dan sebahagian daripadanya terdapat kesinambungan dengan apa yang ABU SAIF perkatakan pada SC2008 yang lalu.

serang!!

perang meletus

Best juga buat program di negeri bersalji seperti di Toyama ini. Jika WG2007 aktiviti luarnya ialah bola sepak dan takraw, WG kali ini aktivitinya ialah perang salji. Sejuk, sejuk juga. Tangan siap membeku lagi.  Itu baru dari kaca mata aku, tukang tangkap gambar. Yang berjuang di ‘medan perang’, mungkin berganda lagi bekunya.

Di bawah ini pula, video perang salji ke-2.

ustaz ramdhan fitri bin elliasLama juga aku menanti video kuliah. Bilalah ia akan diterbitkan ya? Tak sabar nak mengulang di kala masa tengah lapang ini. Kalau teknik tukang rakam yang tak berapa bagus merupakan punca kelewatan dan memeningkan penyunting, maaf banyak-banyak ye.

Terkini: Blog Kuliah Redefine Muslim Youth sudah dilancarkan. Klik

Myoko

tiga sekawanSelesai Winter Gathering, aku dan tiga orang pemuda-Afifi, Khairudin dan Ridzuan, menuju ke Myoko pula untuk menyertai aktiviti papan luncur bersama rakan satu batch yang lain.

keletihanKorang pun boleh tahu yang gambar di atas menunjukkan seorang yang keletihan. Memang betullah orang itu keletihan sampai bukan dia yang membaca buku, tetapi buku yang mengamati secara dekat riak wajah sewaktu tidurnya. Dhuan…dhuan.

Aku pun keletihan juga. Tetapi, seganlah kalau hendak dibandingkan dengan keletihan kawan-kawan yang lain. Sebab, aku letih tidur. Ohh.

Nagano

densha ke naganoRancangan ditambah. Alang-alang dah dekat, aku dan Dhuan singgah dulu di rumah Abang Khiaq di Nagano sebelum menuju ke Nagaoka. Ini pertemuan kali kedua dengan beliau selepas Golden Week tahun lepas dan pertama kali dengan zaujahnya, Kak Hanisah dan cahaya matanya yang baru lahir, Nuha Zahirah.

Rumah kediaman mereka dekat sahaja dengan eki. Tidak sampai seminit pun jika berjalan kaki. Dan, bangunan rumah nampak baru tapi Abang Khiaq kata, “Dah lama dah.”

gambar kenangan

Memang khabar yang aku dengar sebelum ini, sama indah dengan rupanya. Nasi India dan Ayam Goreng Berempah yang dijamu Abang Khiaq hari itu sudah cukup membenarkan kata-kata orang. Sedap wa cakap lu. Nak tangkap gambar bentou Nasi India dan Ayam Goreng Berempah pun teringat bila dah siap jilat jari. Yang dapat tangkap hanyalah wajah kepuasan Dhuan.

muka puas

Nagaoka

Angin ribut yang melanda di pertengahan jalan memaksa densha yang kami naiki bergerak perlahan. Lewat juga aku dan Dhuan tiba di Nagaoka eki. Pukul 12 belas lebih sedikit. Mujur ada ‘penebat semulajadi’. Jika tidak, tulang akan dicucuk-cucuk kedinginan malam itu.

Aku datang ke Nagaoka pun sebab tertarik dengan cerita di blog Calvin. Ada sahaja tempat menarik yang dikunjungi beliau. Ingin sahaja aku pergi ke tempat itu. Namun, cuaca mendung sepanjang keberadaan aku di sana melunturkan semangat “Pusing-pusing Nagaoka”ku sedikit demi sedikit. Layan selimut lagi best. Hehe.

Di bandar bernama Nagaoka ini, ramai sungguh rakyat Malaysia. Di Nagaoka Kosen sendiri, majoriti pelajar asingnya adalah dari Malaysia. Kalau tidak silap, 17 orang kesemuanya. Maka, bolehlah aku katakan ada di kalangan mereka ini segala jenis ‘otai’. Daripada ‘otai’ bola sehinggalah ‘otai’  memasak. Tidak ketinggalan juga otaku.

Kalau diberi pilihan, eloklah korang duduk bersama dengan ‘otai’ memasak. Selain boleh meningkatkan kemahiran memasak, korang boleh rasa masakan beraneka diorang. Perut pun terjaga. Cuma tak jamin saiz pinggang tidak akan berubah.

Aku menetap di sini lebih kurang 5 hari. Tetapi, menu tiap kali waktu makan tidak sama. Sering berubah. Mula-mula ayam masak merah, lepas itu pula laksa. Esoknya, ikan masak lemak. Siap boleh merasa kek coklat lagi.

“Bahagianya.”

Tetapi bak kata pepatah, sedapnya makanan itu sampai di tekak sahaja. Selepas itu, akan diproses. Mana yang terlebih akan berkumpul di bawah permukaan kulit iaitu lemak. Oh. Itu yang aku bimbangkan sekali. Yang ada sekarang ini pun sudah cukup. Mujurlah, Fazli Syah ajak keluar bermain pingpong. Jika tidak, terpaksalah beli seluar yang baru.

Waktu nak balik, tak sedar dompet sudah kempis. Cemas giler. Sudahlah hujung minggu pula. Nasib baik ada ATM bank yang beroperasi setelah percubaan berkali-kali mengeluarkan duit dari mesin ATM konbini tidak berjaya.

Perjalanan pulang dari Nagaoka sungguh di luar dugaan. Walaupun menaiki shinkansen, perut ulat besi itu yang sesak dengan penumpang memaksa aku berdiri sepanjang perjalanan ke Tokyo. Sempat juga aku tidur hingga tersengguk-sengguk. Genetik siapalah yang ada dalam badan ni.

Filed under: kisah atok, , , ,

2 Responses

  1. qifuatdamha berkata:

    afiq?
    apa cerita skang?

  2. batuterang berkata:

    @qifuatdamha
    ya saya.
    nak cerita apa habaq mai.😀

    hehe.
    aku tengah perasan sibuk.
    nanti2 kalau rajin, aku tulis entri baru

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Laman

Arkib @batuterang

Kalendar Entri

Mac 2009
S M T W T F S
« Feb   Apr »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Kategori

%d bloggers like this: