“God, is killing me.”
Sayu aku melihat rakaman di youtube. Tangisan Roger Federer, sang juara. Sungguhpun cuba ditahan, mengalir jua air matanya sewaktu sedang menyampaikan ucapan.
Mungkin beliau berasa sedih kerana tidak dapat mempertahankan kejuaraan Terbuka Australia sekaligus gagal menyamai rekod 14 kali kejuaraan Pete Sampras setelah ditundukkan pemain muda yang juga pilihan pertama kejohanan,ย Rafael Nadal.
Aku tidak menonton perlawanan akhir tersebut, tetapi aku baca laporan dan melihat siaran ulangannya. Rupanya Federer tidak mudah memberikan kemenangan kepada Nadal. Walaupun banyak kesilapan yang dilakukan, beliau tetap memberi tentangan yang hebat sehingga perlawanan tamat.
Pertarungan 5 set yang memakan masa lebih daripada 4 jam itu boleh dianggapย antara yang menarik dalam sejarah dunia sukan tenis.
Aku kagum dengan sikap Nadal, sang juara baru. Umurnya masih muda. Jika tidak silap, sebaya dengan aku. Tetapi pemuda Sepanyol itu tenang dan tampak berhati-hati serta cermat menyusun kata. Tiada nada ANGKUH.
Sebelum itu, setelah menerima piala kejohanan, dia tidak terus ke depan untuk menyampaikan ucapan. Sebaliknya mendekati Federer dan membisikkan kata semangat supaya menyambung kembali ucapan yang terhenti pada awalnya.
Dan, aku tabik juga kepada Federer, pemuda tinggi lampai dari Switzerland. Walaupun sukar, dia telan juga pahit kekalahan berturut-turutnya di tangan Nadal. Tidaklah dia terLOMPAT-LOMPAT menyatakan itu tak kena danย ini tak kena. Apa yang beliau kata,
“See you next year guys.”
Menandakan beliau akan merawat luka dan akan kembali lagi.
Gentleman, bukan? ๐
macam nak mengaitkan dengan sesuatu, tapi tak tercapai dek akal la pula kaitan.
p/s:aku pun gentleman sebab aku man, bukan woman
@AsadulQalb
ada la sket nak main kait-kait
tapi
memang nak citer pasal diorang dua