@batuterang

Ikon

10Zulhijjah=8Disember=Raya Haji

Raya Haji tahun ini, seperti tahun lalu.

Beraya di kelas.

Itu je nak cakap pon.

Ok. Tukar tajuk.

Pasal satu perkara ni. Aku ingatkan  sudah reda. Rupa-rupanya tidak. Dulu kerap juga keluar. Lepas tu senyap sekejap. Kemudian timbul balik.

Jangan risau. Bukan entri luahan rasa marah. Rileksi diri anda.

STATISTIK

Berdasarkan statistik, ‘hari kiamat’ merupakan terma kedua tertinggi (selepas cetdet) yang orang cari sebelum mereka bertamu ke blog aku. Cuma, mungkin mereka jauh dari berpuas hati dan tidak menemui jawapan yang dikehendaki melalui artikel ringkas aku di sini.

Mana tidaknya, ada yang cari ‘huru-hara kiamat terbaru’!!!

Tidaklah dapat aku menjawabnya.

JOM BACA

Tapi mungkin aku boleh mencadangkan sedikit bahan bacaan.

Buku berbahasa Inggeris ini dikarang oleh Syeikh Imran Hosein berdasarkan kajiannya selama 27 tahun. Selain tempoh kajiannya yang panjang, kulit bukunya juga menarik perhatianku.

Apa kaitan peta Britain, USA dan Israel dengan petikan hadis satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan dan satu hari seperti seminggu?

Ha, kalau nak tahu jom baca. Sejak aku beli buku ini waktu cuti musim panas yang lalu, aku baru membaca 40 muka surat daripada 270 muka surat. Lebih kurang 1/9 isi buku yang baru aku bedah. Lambat, bukan?

Bahasa beliau yang tinggi antara sebab aku merangkak membacanya. Teringin aku mendapatkan bukunya dalam bahasa ibunda. Dengar kata dah masuk dalam pasaran.

Buku ini anda boleh dapatkannya di kedai buku yang jual banyak buku. Kiranya macam Kinokuniya ataupun MPH. Di KLIA juga ada dijual. Kalau tak jumpa juga anda boleh kunjungi SABA Islamic Media di Setiawangsa.

Bagi yang tak semangant (baca:berat) nak membaca, boleh dapatkan syarahan beliau berkenaan tajuk di atas. Yang vcd/dvd ni boleh dapatkannya di SABA Islamic Media dan di KLIA. Di Kinokuniya dan MPH aku tak dapat kesan kewujudannya. Bagi aku, syarahan beliau mungkin lebih mudah difahami.

Buku yang kedua aku cadangkan, ISRAEL Will Collapse in 2020. Aku tidak tahu nak cari gambar kulit buku tu di mana, tapi buku tersebut warna biru putih dan dikarang di Ramallah, ketika penulisnya ditahan dalam penjara. Dah lama aku beli buku ini-di MPH,  tetapi tak habis membacanya. Oh, macam serius sahaja penyakit ini.

JOM LIHAT


Ketika aku meronda-ronda, menziarahi blog orang, aku terhenti di entri ini. Cuba lihat video tersebut. Aku agak terkejut dengan pendedahan tersebut. Bermula dari situ, aku cuba mencari siri pertama (seperti di atas) video bertajuk The Arrivals di youtube.

Ada baiknya anda tonton dari awal kerana penyunting video ini banyak mengaitkan peristiwa yang berlaku termasuk mengaitkannya dengan filem pecah panggung!!! Siri The Arrivals ini boleh ditonton di sini juga.

Itu sahaja bahan yang aku cadangkan. Mungkin ada banyak lagi di luar sana. Cuma, mengenai video itu terserah kepada diri anda sendiri untuk membuat penilaian.

Wallaahua’lam.

Mungkin berkaitan:

NOKTAH SEBENTAR

Filed under: coretan, T.I.M, , , ,

4 Responses

  1. nadia berkata:

    salam ziarah..

  2. batuterang berkata:

    @nadia
    salam ziarah kembali.
    moga dapat manfaat.

  3. nur sakinah berkata:

    salam ziarah juga…hee~

  4. batuterang berkata:

    @nur sakinah
    haish, ini bukan first time. ni dah ber’time-time’. :p

    apapun, salam ziarah kembali.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Laman

Arkib @batuterang

Kalendar Entri

Disember 2008
S M T W T F S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Kategori

%d bloggers like this: