Waktu zaman kanak-kanak, bila aku tengok suhu termometer yang menunjukkan bacaan 81 darjah, memusing kepala. Jenuh dok pikiaq nak bagi paham.
Kalau 81 darjah, itu darjah kepanasan tahap melampau. Tapi, cuaca hari ini, biasa je. Hmm, tak tercapai akalku.
Bila dah meningkat usia muda remaja, baru aku tahu, selain unit suhu yang kita selalu guna yakni unit Celcius atau °C, ada satu lagi unit yang jarang kita dengar iaitu unit Fahrenheit[°F]. Cuma, ianya masih lagi tidak menjawab persoalan,
“Bagaimana nak kira dari darjah Celcius kepada darjah Fahrenheit?”
Mungkin waktu cikgu ada ajar di dalam kelas, aku terlepas pandang (baca:tidur). Yang pasti, tiada dalam catatan memori.
Setelah beberapa bulan merantau di Jepun, menghadiri kuliah syeikh-syeikh di sini, akhirnya persoalan itu terjawab.
Rupanya, kiraannya hanyalah dengan menggunakan formula
T=9/5・t+32
Sebagai contoh, katakan t=25[°C], maka
T=9/5・25+32=77[°F]
Mudah, bukan?
Ooook.
Disebabkan anda kata senang, jom selesaikan masalah di bawah ini pula.
Jika T=81[°F], t sama dengan berapa darjah Celcius?
Jika tidak sama dengan jawapan seperti rajah di atas, ada yang tak kena dengan jalan kira tu.
Selamat mengira!!
[Dikemaskini pada 22 November 2008, 2030]
Sampai sekarang aku tak terhafal rumus tukar suhu ni isk isk. Bagi tips skit.
Ulang lagi dan lagi
Mungkin sebab pengkhususan mu jarang sentuh pasal suhu, sebab tu tak terhafal.
Sekadar berteori. =)
jawapannya 27.22222222222222222222222222222
btul x?huhu..penat jgak kalau nk congak..
sekadar pertanyaan..kenapa Langkawi?Nape tak Klang ker..
aku tak hafal yang unit Fahrenheit..tapi aku hafal yang unit Kelvin..dalam senmon aku suhu diukur guna Kelvin
[K] = [°C] + 273.15
p/s:Unit Kelvin tiada kaitan dengan Calvin Klein apatah lagi Calvin Nagaoka Kosen batch hang..huhu
p/p/s:berapakah suhu yang terbaik dalam Kelvin untuk Sang Singa berhibernasi wahai Adik BatuTerang?..hihi
@p-yah>
betul dah jawapan tu. maaf sebab terlupa nak letak jawapan sekali.
@asadulqalb>
Kenapa Langkawi?
Sebab takmau letak Klang la =)
Pada pandangan saya,
Sang Singa tidak digalakkan untuk berhibernasi
kerana itu adalah amalan
Sang Beruang
Maaf kerana tidak menjawab soalan 😀
@batuterang
uhu..kalau Klang pula berapa lak suhunya?tolong la try tengokkan
p/s:satu lagi Ops lalang telah selesai dijalankan.Sedikit sebanyak kawasan hutan belukar berjaya diterangkan.
Lawat la blog ana ye syeikh.
huhu..dah terasa macam kat kutub utara la pulak blog ni.Putih dan SEPI..berhibernasi juga ke syeikh?..hihi
oo zul bercakap pasal unit Kelvin ye.
kalau hang power, cuba kira 81 Fahrenheit berapa dalam unit Kelvin ? sila tunjukkan jalan kiranya sekali, haha..
@ainohikari
itu soalan, untuk zul ke aku?