@batuterang

Ikon

1 Oktober : Second Eid di Jepang

“Aik?! Apsal jadi kuning pulak ni?”

Aduuh…

Hasil pertukangan aku tidak menjadi lagi. Lain yang hendak dibuat, lain pula jadinya. Tetapi, aku tetap merasakan lauk berbuka di petang akhir Ramadhan adalah istimewa. Kerana itulah yang pertama kali.

“Assalamu’alaikum. Ummi, kenapa rendang kita bertukar jadi masak lemak?”

Aku terus bertanya saat suara ibuku kedengaran di talian. Sambil bercerita bermula dari input sehinggalah ke output, seperti diduga, ibuku gelak sayang kepadaku.

KAMPUNG

Sudah menjadi kebiasaan, setiap tahun aku akan menyambut Syawal di Kuala Lumpur dan menjelang hari yang kedua, akan  bertolak ke Batu Pahat, Johor.

Beraya di kota metropolitan adakalanya menyenang dan menenangkan. Jalan raya lengang dan orang pun tidak ramai, memudahkan lagi perjalanan dan suasana sepi yang amat didambakan merehatkan minda.

Tetapi, selalunya rasa kebosanan akan cepat datang menerjah. Mana tidaknya, makan, tengok tv, tidur.  Bila tetamu datang, kita layan, makan, tengok tv dan tidur. Begitulah pengulangan kata kerja yang akan berlaku bila beraya di apartment. Nak bersukan, ruang yang terhad menyukarkan keadaan. (alassan)

Lain pula jika aku beraya di Parit Raja (Laut) – kampung yang semakin membangun. Suasananya terpusing 90 darjah ke atas. Lebih meriah dengan berbagai-bagai aktiviti kerana adanya halaman yang luas. Dengan adanya halaman yang luas, nak main mercun boleh, nak main layang-layang pon boleh.

Jika cuaca tak mengizinkan, koridor yang sempit pon boleh dijadikan tempat bermain bola. Tak kira yang badan besar ke yang badan kecik ke, semua masuk. Bola pula, luar biasa. Tetapi, mudah dibuat. Hanya memerlukan kertas surat khabar, getah dan plastik.

Itulah kenangan di era 90an.

Bila memasuki era yang baru, terutamanya pesta membakar mercun tidak lagi menjadi acara yang dinanti-nantikan. Mungkin masing-masing sudah meningkat matang dan melihat perbuatan itu seakan-akan  membakar wang selain membahayakan diri sendiri. Nasib baik tiada kemalangan tragis yang menimpa seperti yang disiarkan pihak media di kaca televisyen dan juga dada akhbar.

Sebaliknya, sepupu aku lebih gemar bersembang mengenai pengalaman sendiri ataupun bertukar-tukar maklumat mengenai kereta (sebagai contoh). Seronok mendengar cerita dan berkongsi pengetahuan dengan mereka.

Raya akan menjadi lebih sakan jika jatuh pada musim buah. Sambil menolong yang tua memetik, sambil itu merasa.  Selalunya, hasil kutipan lebih dari mencukupi. Tidak perlu keluar membeli. Boleh makan sepuas-puasnya sehingga panas satu badan (jangan tiru seperti ini). Beruntung rasanya kerana rumah dikelilingi pohon rambutan, manggis, langsat dan DURIAN!!

Beruntung lagilah orang yang menanam pohonnya. Hasilnya dinikmati bukan sahaja oleh keturunannya, tetapi juga makhluk yang berteduh di celah daunannya.

Dan, kini buah tidak lagi sebanyak dulu gara-gara datuk aku yang suka ber’eksperimen’.

KELAS

“Esok raya kat kelas?” tanya ibuku.

“Gitu la gamaknya,” balas aku.

“Alahai..Kesiannya”.

Oh..

Awalnya, aku amat gembira bila mengetahui kuliah akan bermula sehari lepas raya yakni pada hari khamis. Bolehlah nanti bertakbir dan solat sunat hari raya beramai-ramai bagi mengukuhkan semangat yang dibina untuk musim persekolahan yang akan tiba. Mungkin juga aku boleh bertemu lagi dengan Mustafa, yang khabarnya akan pulang beraya, sepertimana tahun lepas.

Akan tetapi, 2 hari sebelum hari lebaran, baru ku sedari bahawa hari lebaran tahun ini jatuh tepat dengan tarikh bermulanya kelas untuk semester baru. Itu semua berpunca daripada diri sendiri yang ingat bulan September ada 31 hari.

Addduuh.

Maka, aku terduduk dan berfikir untuk seketika.

 Mula dengan 1,2,3 hingga 12

“Yang tinggi tu mewakili bulan yang ada 31 hari. Yang rendah pulak 30 hari.” Teringat kembali tunjuk ajar kawanku ketika usia muda remaja.

“A a ek. Sejak bila bulan 9 ada 31 hari?” bisik suara hatiku.

Namun, awan mendung di wajahku tidak berpanjangan tatkala menerima kiriman poskad daripada Sakinah, adikku yang memilih liku perjalanan seorang Thabiibah. Banyak yang aku belajar daripadanya. Yang paling terkesan, bagaimana dia ajar cara-cara menyiang sotong. (Hehe)

KISAH KUIH RAYA

Sisa yang tinggal

Ketiga-tiga kuih raya di atas, semuanya aku terima. Tiada satu pun yang aku beli. Walaupun bukan almond london dan lain-lain kuih raya yang biasa terhidang di ruang tamu, bagi aku masing-masing ada nilainya.

Kuih pertama yang aku terima adalah daripada sahabat ayahku, Uncle Zaharul.

Adalah diceritakan bahawa mereka berdua adalah rakan sekerja suatu ketika dahulu. Kemudian terputus hubungan apabila berpindah ke bumi Hijau Negeri Kedahku. Namun, mereka kembali bertemu setelah kebetulan menunaikan haji pada tahun yang sama. Kini, mereka bekerjasama menjalankan perniagaan. Aku mendoakan akrab persahabatan  mereka berkekalan walaupun diuji dengan ujian kesusahan dan kesenangan. Amin.

Melihat isi bungkusan, aku teringat kek buah yang dibakar ibu setiap kali pulang beraya. Sudah dua tahun aku tidak menjamah tetapi masih ku ingat rasanya. Manisnya bukan kerana gula. Tetapi, manisnya kerana buah.

Kuih raya yang kedua aku terima adalah daripada keluarga Mak Ngah. Aku terima ketika dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur. Walaupun aku tidak tahu, tapi aku mungkin dapat meneka siapa yang membakar biskut ala Famos Amos. Aku respect dengan kebolehannya bukan sahaja membuat biskut tetapi juga kek!  Cuba lihat gambar diatas. Yang mana tinggal sedikit, itulah buatan tangannya. Aku sedang cuba berjinak-jinak dan sekarang ini dalam fasa mengumpul bahan-bahan. Kalau jadi satu jenis pun, aku berpuas hati.

Kuih raya yang ketiga pula aku terima daripada Ateh, mak saudaraku. Asalnya aku menolak kerana ruang bagasi aku sudah penuh. Tetapi, aku beralah juga kerana lagi kita menolak, lagitulah dia bersungguh nak memberi.

Moga murah rezeki selalu.

LANGKAHAN

Kata-kata mengatakan, tahun 4 di kolej merupakan tahun yang paling sibuk dan berat.

Ya, aku setuju.

Tekanannya semakin terasa setelah beberapa hari kelas bermula dan menyebabkan entri ini tertangguh sehingga hari ini (alasaaaan je). Oleh itu, selepas ini mungkin blog ini akan aku penuhkan  dengan entri pendek (enpen). Apa-apa pon, itu hanyalah kemungkinan. Dan, tekanan itu akan cuba diproses menjadi kekuatan untuk menggerakkan langkah menuju ke Hiroshima.

Filed under: kisah atok, , , , , , , , , , , ,

9 Responses

  1. nbo_3 berkata:

    Kuih rayanya nampak sedap. Atas urusan apa ke Hiroshima?

  2. mafiqam berkata:

    atas urusan masa depan, bang😀

  3. indahayatisamsi berkata:

    Best baca entry ni…
    “Beruntung lagilah orang yang menanam pohonnya. Hasilnya dinikmati bukan sahaja oleh keturunannya, tetapi juga makhluk yang berteduh di celah daunannya.”
    Tetiba rasa nak tanam pokok… tapi tangan bukan tangan yang sesuai bercucuk tanam, sebab semua pokok yang dijaga mahupun mula dibaja… mati dengan kadar segera.

  4. mafiqam berkata:

    takpe kak.
    belajar dari pengalaman.

    p/s: saya teringin nak tanam terutamanya pokok tomato dan juga cili. cuma, boleh buat bila dah pindah masuk rumah. hurm…

  5. JHaZKiTaRo berkata:

    salam syawal dari bumi Dublin, Ireland. Rajin2, singgah la my blog.🙂

  6. mafiqam berkata:

    salam syawal kembali😀

  7. amalina berkata:

    afiq…ko aku tag kat blog aku….
    g buat….
    xsilap aku…syaza or joyce pun tag ko jugak…pi buat..
    double triple tag tu~

  8. amalina berkata:

    url tadi salah
    kat sini baru betul tau!

  9. mafiqam berkata:

    ooook
    tapi, bukan dalam masa terdekat ni ye…(peace)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Laman

Arkib @batuterang

Kalendar Entri

Oktober 2008
S M T W T F S
« Sep   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Kategori

%d bloggers like this: