@batuterang

Ikon

Tangisan

Bukan rezeki kita kali ini.

Melihatkan permainan Chong Wei sedikit terganggu apabila penjaga garisan tidak memihak kepadanya, lantas diambil kesempatan oleh Sony Dwi Kuncoro dengan menguasai perlawanan dan seterusnya menjuarai Terbuka Jepun bagi tahun 2008 dengan kemenangan 21-17, 21-11.

Pada awal permainan, persembahan Chong Wei tampak meyakinkan dengan ‘placing’ dan permainan jaring yang menarik. Tetapi, Sony tenang membalas dan berjaya menukar rentak permainan yang membuatkan Chong Wei kelam-kabut untuk mengatur kembali strategi.

Ternyata Chong Wei tidak dapat memusatkan kembali tumpuan apabila beliau kerap melakukan kesilapan dan jauh ditinggalkan pada set kedua. Sungguhpun, beliau cuba bangkit, namun sudah terlambat.  Akhirnya beliau terpaksa akur dengan kehebatan pemain muda Indonesia tersebut.

Secara peribadi, aku kecewa dengan persembahan Chong Wei hari ini. Tidaklah aku tahu perkara sebenar. Tetapi,  beliau seakan tidak bersemangat untuk bermain. Kurang ‘jumping smash’ dan ‘dive’.

GOOD FIGHT

Kehampaan aku dan rakan-rakan sorak yang lain sedikit terubat apabila beregu wanita negara memberi tentangan yang amat sengit sebelum tewas 19-21, 21-5, 18-21.

Dari awal permainan, pasangan Wong Pei Tty-Chin Eei Hui mengekori rapat lawan mereka. Keadaan ini mengembalikan semangat dan membuatkan sorakan kami semakin rancak. Bila tiba saat untuk ‘smash’, kami jerit.

Sa!!!

Ternyata laungan sorak yang bergema memberi kesan psikologi terhadap pemain muda China. Mereka kerap melakukan kesilapan dan kadang-kadang tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Hasilnya, set kedua beregu negara menang mudah 21-5.

Tetapi, bila masuk set yang ketiga, mereka seakan hilang rentak. Mudah memberi mata kepada lawan. Kesilapan di jaring merupakan penyumbang utama. Kami menjadi resah kembali. Mungkinkah mereka sudah penat?

Pantang menyerah kalah. Kami terus dengan sorakan kami. Bila dapat mata, kami tepuk.

Fokus!! Fokus!!

Rileks!! Rileks!!

Slow-slow!!!

Jangan gaduh!!

Fikir!!Fikir!!

Eei Hui, cayyok!!

Pei Tty, cayyok!!

Itulah yang kami sorakkan apabila melihat pasangan negara sedikit tergugat. Hasilnya, mereka kembali mengejar mata demi mata dan hampir meletakkan diri pada kedudukan ‘deuce’ sebelum tewas 18-21.

Walaupun kalah, aku tidak bersedih. Bukan senang nak lihat beregu wanita kita sampai ke tahap ini. Dan, aku percaya mereka telah bekerja keras dan melakukan yang termampu. Tangisan itu yang menjadi buktinya.

MUNGKIN

Secara keseluruhan, aku rasa berbaloi datang menonton dan bersorak. Mungkin kerana pengalaman pertama melihat perlawanan di depan mata. Sebelum ini, hanya bersorak di rumah😀.

Selain perseorangan lelaki, kesemua perlawanan ditentukan dengan ‘rubber-game’. Dan, yang menonjol dalam kejohanan kali ini adalah pemain muda terutamanya dari Indonesia. Mungkin kerana pemain berstatus bintang yang lain membuat persiapan untuk Terbuka China yang akan bermula pada 23 September ini.

Inilah rakan sorak yang menggegarkan stadium.

MALAYSIA BOLEH!!!

Filed under: kisah atok, , , , , , , , ,

6 Responses

  1. alanbest berkata:

    chong wei demam..tu yg hilang tumpuan tu.. takpe2.. lain kali buleh.. insya Allah.. tapi ni just Japan Open je.. even dia menang tahun lepas tapi tak la terasa sgt sbb kejohanan biasa yg ada tiap2 taun..

  2. mafiqam berkata:

    oooo…
    demam ka
    tak tau pulak
    yang aku tahu
    dia sakit pergelangan tangan
    sebab tu
    dia tak smash banyak

    hmm..
    biasa la
    sebagai penyokong
    kita harapkan kemenangan
    tapi
    apakan daya
    bukan harinya

  3. AsadulQalb berkata:

    Fuhh..
    Mantap ulasan..
    Boleh ganti Hasbullah Awang ni..
    Nak aku rekomenkan?

  4. The Dreamer berkata:

    hehe.pengulasan yang cukup bagus.
    alanbest betul ke die demam?adakah tu cume spekulasi liar?
    bagus2 mafiqam teruskan sokongan.dapat autograph x?

  5. mafiqam berkata:

    autograph tak dapat.
    sebab tak minta.
    tapi,
    kalau photograph ada la

    Hehehe…

    p/s: rasanya chong wei lebih kepada letih. bukan demam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Laman

Arkib @batuterang

Kalendar Entri

September 2008
S M T W T F S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Kategori

%d bloggers like this: