@batuterang

Ikon

Ke Akhir

20 minit!?

Aku hanya mampu melihat. Seakan tidak percaya apa yang aku saksikan. Chong Wei mengalahkan Joachim Persson 21-6, 21-4 dalam masa yang amat singkat. Sangkaan aku bahawa pemain Denmark itu akan memberi tentangan sengit setelah menewaskan Taufik Hidayat semalam, ternyata meleset sama sekali.

Mungkin Chong Wei memaksudkan apa yang telah beliau nyatakan semalam di akhbar (boleh rujuk entri lepas). Dari awal permainan, beliau melakukan serangan di samping teknik kawalan bulu tangkis yang kemas membuatkan lawan kadang-kala mati langkah. Hasilnya, kutipan mata yang ke-11 hanya dalam masa 3 minit. Percaya tak?

Aku dan beberapa rakan yang aku baru kenal di sana, pada awalnya amat teruja dengan persembahan tersebut, tetapi lama-kelamaan menjadi bosan kerana boleh dikatakan tiada tentangan daripada pemain Denmark tersebut. Maka, diputuskanlah suara sorakan disimpan untuk esok hari.

Hmm…

Tapi, bila difikirkan balik, ada 2 sebab yang menyumbang kepada persembahan tak menentu beliau. Mungkin…

  1. kerana beliau kepenatan- Setelah berlawan dengan Taufik Hidayat hampir satu jam! [Konkritkah jika diberi sebab sebegini?]
  2. kerana beliau tiada penyokong – Sepanjang perlawanan, sorakan yang didengari hanyalah untuk Chong Wei. Langsung tiada untuk pemain Denmark tersebut. Menyedari hal itu, rakan-rakan cuba sorak, memberi semangat untuk beliau supaya bangkit memberi tentangan. Ternyata sia-sia. Kesilapan demi kesilapan beliau lakukan. Mungkinkah beliau bengang dengan sorakan itu? [Entahlah]

Perlawanan bagi peringkat separuh akhir hari ini juga menyaksikan beregu wanita Malaysia, Chin  Eei Hui-Wong Pei Tty menewaskan beregu Indonesia, Marissa Vita-Natsir Liliyana. Set pertama menang mudah 21-11.

Tetapi, perlawanan sengit di set kedua membuatkan kami resah. Pasukan sorak Indonesia semangat bersorak tatkala melihat corak permainan beregu kita sedikit kelam kelibut dan akhirnya beregu mereka menang 21-18.

Set ketiga juga menyaksikan perlawanan semakin sengit. Corak permainan semakin pantas dimainkan dan sorakan semakin kuat dilaungkan. Teknik ‘drop-shot’ dan ‘cross-court’ yang digunakan menyebabkan beregu Indonesia kerap melakukan kesilapan. Dan, sedikit sebanyak menghiburkan para penonton. Akhirnya, pasangan beregu kita menang 21-18.

Peringkat Akhir

Esok aku jangkakan perlawanan sengit antara Lee Chong Wei dengan Sony Dwi Kuncoro, yang telah menewaskan pemain tuan rumah, Kenichi Tago. Oleh itu, kebarangkaliannya 50-50. Untuk beregu wanita pula, kebarangkalian yang aku rasa adalah 40-60. Kenapa aku letak sebegitu?

Kerana, lawan mereka ialah beregu China yang telah menewaskan beregu tuan rumah merangkap pilihan pertama kejohanan. Senang faham, bukan?

Apa-apa pun, kita saksikan esok. Sesiapa yang berdekatan dengan Tokyo, jom kita sorak!!!!

Yang berada jauh, anda boleh mengikuti perkembangan di sini.

p/s: Abang Ridhaudin telefon tadi. Katanya, ada baki satu lagi tiket percuma. Aku apalagi:D

Filed under: kisah atok, , , , , , , , , , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Laman

Arkib @batuterang

Kalendar Entri

September 2008
S M T W T F S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Kategori

%d bloggers like this: