@batuterang

Ikon

Terbuka Jepun

KUALA LUMPUR – Pemain badminton nombor satu dunia, Lee Chong Wei dipaksa bekerja keras sebelum berjaya mengalahkan pemain China, Qiu Yanbo 21-17, 21-17 di peringkat suku akhir Terbuka Jepun untuk mara ke separuh akhir di Tokyo, semalam.

Selaku pemain pilihan utama, Chong Wei diberi tentangan sengit oleh pemain China itu di awal set pertama apabila ketinggalan 10-5 sebelum bangkit menyamai mata 13-13 seterusnya memenangi set pertama 21-17.

Pemain yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu tidak diberi laluan mudah pada set kedua apabila masing-masing saling mendahului mata sehinggalah ke mata 17, Chong Wei tidak menoleh ke belakang lagi untuk menang 21-17.

Chong Wei akan bertemu pemain Denmark, Joachim Persson dalam separuh akhir hari ini selepas pemain pilihan keenam itu menjinakkan pemain Indonesia, Taufik Hidayat 12-21, 21-19, 23-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 53 minit itu.

Sementara itu, cabaran seorang lagi pemain perseorangan lelaki negara, Muhd. Roslin Hashim tersekat di suku akhir selepas tewas kepada Sony Dwi Koncoro, 21-16, 21-11.

Sony akan bertemu pemain perseorangan tuan rumah, Kenichi Tago dalam satu lagi perlawanan separuh akhir selepas berjaya mengalahkan Lu Yi 21-18, 21-17.

Bagaimanapun, Chong Wei tidak keseorangan apabila beregu tunggal wanita negara Chin Eei Hui-Wong Pei Tty turut mara ke separuh akhir selepas mereka menumpaskan pasangan beregu Jepun Aki Akao-Tomomi Matsuda.

Dalam perlawanan yang berlangsung selama setengah jam itu, Eei Hui dan Pei Tty menang dengan pungutan mata 21-13, 21-18.

Menurut Chong Wei, dia tidak mampu untuk membaca pergerakan pemain China itu kerana itu pertemuan pertamanya.

”Saya tidak pernah bertemu dengan dia sebelum ini dan saya tidak pasti bagaimana cara dia bermain.

”Saya tetap berpuas hati dengan tahap permainan saya hari ini dan saya mahu bermain baik setiap perlawanan dengan menggunakan segala kemahiran yang saya ada,” kata Chong Wei.

Ditanya mengenai lawannya dari Denmark, Chong Wei berkata, dia cuba untuk menewaskan Persson sekali lagi dan dia melihat lawannya itu begitu agresif dalam kejohanan ini.

”Saya akan melakukan serangan terlebih dahulu dan saya sangat yakin,” ujar Chong Wei.

Sumber: utusan malaysia online

—————————————

p/s: serangan macam mana tu, chong wei? lawan hang ni macam dah meningkat naik. apa-apa pun, buat yang terbaik. jumpa di saaaaana.

p/s: ekonomi amerika semakin merosot. adakah itu tanda kejatuhan Uncle Sam dan kuasa ‘polis dunia’nya akan berpindah?

Filed under: coretan, , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Laman

Arkib @batuterang

Kalendar Entri

September 2008
S M T W T F S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Kategori

%d bloggers like this: