@batuterang

Ikon

JOM

tangan yang menulis
D.U.I.T

Dah lama tak kemaskinikan laman ni. Sekarang pon dah masuk musim panas. Kepanasannya boleh disamakan dengan kepanasan di Malaysia.  Oleh itu, tidak dapat tidak kipas kena ada. Dan, Minggu depan bermulanya peperiksaan akhir bagi semester 1. Tiada apa yang boleh aku katakan melainkan, “Arghhh!!!Tension. Tertekannya aku sekarang ni!”

Hehe…

Jangan risau. Tak serius sebenarnya.

STRESS

Lebih kurang 2 minggu yang lalu, aku menyertai kem motivasi yang dianjurkan MSAJ. Panel jemputan tidak lain dan tidak bukan, Encik Jasri dan abang Ridhauddin, dua nama yang tidak asing lagi di kalangan para pelajar Malaysia di Bumi Sakura ini.

Ucapan Encik Jasri lebih kepada hendak mengingatkan kembali apa tujuan dan tanggungjawab para pelajar yang ditaja JPA datang ke sini. Belajar? Bermain? Berhibur? Kumpul duit? Tepuk dada, muhasabahlah diri. Sebenarnya, ucapan beliau itu sama. Sebiji seperti apa diucapkannya sewaktu orientasi setahun lebih yang lalu. Kenapa beliau sampaikan benda yang sama? Ha…Gunakanlah akal sebaik-baiknya.

Tiba giliran abang Ridhauddin pula, beliau memberi ucapan yang bertemakan STRESS. Menurut beliau, stress ataupun tekanan ini mungkin berpunca daripada kerisauan. Bila seseorang itu risau akan sesuatu, beliau akan stress. Bila nak berucap di khalayak ramai contohnya, tertekan.

Tambah abang Ridhauddin lagi, menurut kajian, setiap hari antara 50 hingga 200 kali kita akan mengalami atau merasai stress. Oleh itu, bolehlah aku katakan, setiap orang tidak dapat lari daripada mengalami stress, termasuklah orang yang sedang membaca tulisanku ini.

Di hujung ucapan, beliau mengingatkan, kepada sesiapa yang kerap ada migrain, cepat-cepatlah jumpa doktor. Itu merupakan salah satu tanda stress yang semakin buruk. Di samping itu, beliau ada memberi  tips mengenai cara-cara mengawal tekanan, yakni dengan mengurus diri dengan lebih teratur. Dengar macam mudah kan? Cuba sekali. Susah bukan? Itulah apa yang aku sedang lakukan.

POLITIK

(perhatian : bab politik ni, korang kena banyak mencari maklumat untuk dibuat penilaian dan jangan percaya terus. aku menulis apa yang aku faham sahaja)

Politik tanah airku sejak kebelakangan ni sekejap membuatkan aku rasa gumbira sekejap membuatkan aku rasa kuciwa.

Sikap (sedikit) keterbukaan yang ditunjukkan pihak kerajaan melalui siaran langsung sidang parlimen dan baru-baru ini debat antara Menteri Penerangan dengan pemimpin pembangkang sedikit ‘meriangkan hati’.

Iye la…Bukan senang dapat tengok debat antara orang ada nama. Kalau tak silap aku, ini kali pertama ada acara sedemikian. Jika diimbas kembali zaman CheDet,  (seingat aku) yang ada hanyalah seakan program melontar pendapat (diskusi[?]) antara CheDet sendiri dengan Allahyarham Ustaz Fadhil Nor. (aku tengok sekerat saja)

Cuma, apabila debat ini berjalan, timbul rasa hampeh dengan Menteri Penerangan tersebut. Walaupun aku tabik dengan Datuk Shabery Chik atas keberanian beliau untuk tampil berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, aku rasa beliau telah mensia-siakan peluang yang ada.

Beliau tidak menerangkan awat pihak kerajaan buat lagu tu, awat lagu ni, sebaliknya sering menyerang peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jika beliau berhujah tidak keluar tajuk yakni yang bertemakan minyak, aku yakin dia dapat mengembalikan kepercayaan rakyat kerana dari gaya berhujah dia lagi hebat. Cuma…tang isi ja yang menguciwakan.

Sama-samalah ambil pengajaran.

Selain drama kes liwat dan lain-lain drama kes yang membabitkan orang yang ada nama, isu terkini yang  hangat adalah mengenai muzakarah PAS-UMNO yang dikatakan akan membawa kepada penggabungan. Mungkin nak bagi sedap sikit, diorang kata kongsi kuasa (di Selangor). Bagi aku sama sahaja.

Aku pelik, kenapalah tiba-tiba PAS nak berpakat dengan UMNO pula sedangkan mereka sebahagian daripada Pakatan Rakyat?

Aku tidak mahu apa yang dikendong berguguran yang dikejar tak dapat dan strategi tembakan senapang dua mata tepat ke sasaran.

Ok. Berhenti bab politik.

PENYAKIT SEKULARISME

Aku tertarik dengan ulasan mengenai penyakit ini oleh salah seorang pengunjung portal IPIJ. Di bawah ini petikan mengenainya:

Mungkin ideologi “sekularism” sudah biasa didengar oleh kebanyakan pengunjung,tetapi apakah pula penyakit “sekularism”?

Penyakit ini pertama kali diperkenalkan kepada saya oleh Ust Khairuzzaman (Uts KZ,seorang guru yang dipanggil gedung ilmu di sekolah saya) dan juga Ust Habin (seorang guru yang menamatkan pengajian ulum hadis di Timur Tengah) melalui kuliah-kuliah mereka “melawan sekularisma”.Apa yang sangat menarik perhatian saya ketika itu adalah,mereka menerangkan bagaimana bahayanya penyakit “sekularisma” ini,dan bagaimana pula bahayanya kepada Malaysia,yang sudah pun dilanda penyakit ini.

Bila saya buca membawa topik ini dalam perbincangan bersama pensyarah lain,rupanya perkara ini sudah pun diketahui mereka.

Berbeza dengan ideologi sekularisma,yang jelas di mata kita ingin mengasingkan hal-hal agama dengan urusan dunia,penyakit sekularisma dikatakan bahaya,kerana kebanyakannya tidak sedar akan penyakit ini.Secara ringkas,penyakit ini adalah “penyakit hati,yang suka menjauhkan diri daripada agama”.

Jika di lihat di Malaysia,ia sudah cukup jelas,kebanyakan pemuda sudah pun dilandan penyakit ini.Barapa ramaikah pemuda pada hari ini,yang begitu rajin menyinggah di masjid,mendengar ceramah,dan solat jemaah.Kebanyakan yang memenuhi masjid adalah warga-warga tua,dan yang mengusahakan program masjid juga warga-warga tua.[Sumber]

Ada panjang lagi sebenarnya. Tapi berkenaan isu semasa, Anwar Ibrahim dan lain-lain. Kalau nak baca klik kat sumber tu.

SUMMERCAMP

Cuti musim panas tiba lagi. Jika tahun lepas aku tidak berkesempatan, InsyaAllah tahun ini aku akan menyertai perkhemahan musim panas yang dianjurkan oleh IPIJ. Tetamu yang diundang untuk kali ini ialah Ustaz Saifulislam.com ataupun lebih dikenali sebagai Ustaz Hasrizal/Abu Saif.

Perkhemahan kali ini akan dilangsungkan pada 13, 14, 15 dan 16 haribulan Ogos dan bertempat di Ibaraki-ken. (Ibaraki ni kat belah utagha sikit. Antara Tokyo dan Hokkaido. Klik)

Oleh itu, kepada rakan-rakan khususnya yang berada di Jepun (Korea pon boleh),  anda dialu-alukan untuk hadir ke perkhemahan ini untuk sama-sama mengutip hikmah dan curahan ilmu yang akan disampaikan di samping membina dan mempereratkan (lagi) hubungan persaudaraan.

JOM DAFTAR

Kepada yang akan hadiri, jom memasak😀

(Anda digalakkan mendaftar untuk memudahkan kerja-kerja penganggaran. Untuk maklumat lanjut, layari http://summercamp.ipij.info)

Filed under: coretan, T.I.M,

6 Responses

  1. ainohikari berkata:

    salam afiq,
    ku tidak mengetahui akan tarikh kamu mula menulis artikel ini tetapi jika tarikh yang tertera di bahagian ats entri ini diambil sebagai bukti tarikh penulisan, maka, hang sudah terlepas maklumat penting bagi mengulas bahagian muzakarah PAS-UMNO.

    disebabkan kamu mengarahkan pembaca untuk membaca dan memeriksa dengan lebih lanjut tentang hal ini, maka, kali ini, ku mengarahkan kamu pula untuk membaca lebih lanjut lagi sebelum mengulas diblog. Dan ini bertetapan dengan firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 6 (sila rujuk tafsir).

    sekian. wassalan ^_^

  2. Naim berkata:

    Jom. (~_^)

  3. mafiqam berkata:

    ainohikari : apa mklumat penting tu?

    naim : jom jom

  4. mafiqam berkata:

    setelah membaca posting ustaz nik abduh, baru dapat gambaran.

    http://nikabduh.wordpress.com/

    sankyu~ kerana mengingatkan

  5. ainohikari berkata:

    alhamdulillah kalau dah dapat gambaran.
    ada masa, baca juga blog ustaz nasarudin tantawi dan ustaz yusaine (dalam blog ustaz nasaruddin ada link dia).

  6. mafiqam berkata:

    sungguhpun dapat gambaran dan penjelasan, saya tetap tidak setuju dengan tindakan tersebut.

    sekian dimaklumkan (ustaz ismail kamus la pulak :P).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Laman

Arkib @batuterang

Kalendar Entri

Julai 2008
S M T W T F S
« Jun   Aug »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Kategori

%d bloggers like this: