@batuterang

Ikon

Bila Kiamat?

[Al-A’araf:187]
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: “Bilakah masa datangnya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut”. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”.

Walaupun tidak diketahui bila,  aku diberi ‘HINTO’ mengenai tanda-tanda hampirnya kiamat. Antaranya :

  • Peperangan dan Kekacauan
  • Gempa bumi
  • Kemiskinan
  • Kehancuran moral
  • Pengingkaran terhadap agama dan ajaran al-Quran
  • Ilmu sains dan teknologi
  • dan berbagai lagi

Bila melihat diri dan sekeliling, seakan sudah memenuhi syarat tersebut.

  • Peperangan dan kekacauan – Uihh…satu dunia tengah kacau la ni. Sejak aku lahir, dah banyak peperangan dan pembunuhan berlaku. Perang Dingin la, perang kat Afghanistan la, perang kat Iraq la dan mungkin akan berlaku di Iran. Perang bunuh, bunuh perang. Nyawa, melayang begitu sahaja.
  • Gempa bumi – tahun ni sahaja, setakat yang aku tahu, 2 gempa besar berlaku. Satu di Sichuan, senang kata di China, dan satu lagi di Iwate, Jepun.
  • Kemiskinan – Dimana- mana. Dari timur hinggalah ke barat.
  • Kehancuran moral – Seks bebas, homoseksual, lesbian dan bermacam-macam lagi keruntuhan akhlak di kalangan remaja yang kononnya ingin bebas dari sebarang ikatan. Mau ikut kata hati sendiri.
  • Ingkar terhadap ajaran agama – Halalkan yang haram. Hak tidak diletakkan pada tempatnya-ZALIM.
  • Ilmu sains dan teknologi – Jarak beribu-ribu kilometer. Naik kapal terbang amik masa beberapa jam je. Jarak beribu-ribu kilometer. Tekan satu butang je, boleh cakap, ” Hai di sana, saya di sini” dan sebagainya.

Sungguhpun tanda-tanda ini jelas, malangnya aku masih tidak sedarkan diri. Masih leka dengan PSP, sembang di alam maya, EURO 2008, Tenis Terbuka Wimbeldon dan sebagainya (huh. banyaknya senarai).

(Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara MENGEJUT“. [Al-A’araf:187]

Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. [Al-Infithaar:6]

p/s: Nadal menang Wimbeldon 2008 (oh..)

Rujukan

Filed under: T.I.M, , ,

2 Responses

  1. suzana berkata:

    assallammualaikum, adakah tanda2 kecil semua telah keluar? adakah tanda besar juga sudah keluar?

  2. batuterang berkata:

    @suzana

    wa’alaikumsalaam wbt.
    saya tak kiralah pulak samada semua tanda-tanda itu telah keluar. mungkin ada lagi tanda-tanda yang saya tak senaraikan. begitu juga dengan tanda-tanda besar. apa yang saya boleh katakan, kita kena sentiasa buat persediaan. dan salah satunya ialah bergabung dengan jemaah/kumpulan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Laman

Arkib @batuterang

Kalendar Entri

Julai 2008
S M T W T F S
« Jun   Aug »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Kategori

%d bloggers like this: