Korang pernah makan makanan seperti gambar di atas?
Ya, sushi.
————————————————————————————–
Ada orang kata, sushi ni asalnya dari Asia Tenggara. Kemudian berkembang ke seluruh China dan seterusnya ke Jepun. Tambah mereka lagi, sushi Jepun tak sama dengan yang asalnya. Mungkin disebabkan cara pemakanan orang kat Jepun ni tak sama dengan orang di Asia Tenggara waktu itu.
————————————————————————————–
Waktu korang nak menjamah sushi tu, ada perasan tak pes yang berwarna hijau di antara kepalan nasi dan ikan mentah tu?
Haa…Itulah WASABI.
Wasabi ni sejenis tumbuhan. Satu keluarga dengan kubis dan kuncu-kuncunya. Ia tumbuh secara semulajadi di kawasan sungai pergunungan. Rasanya adalah pedas. Berlainan daripada cili, rasa pedasnya terasa di hidung[?]. Hidung terasa seakan disengat. Waktu inilah muka korang akan berubah jadi comel akibat daripada tindak balas tak terkawal.
Daripada gambar kat atas ni, dapatlah disimpulkan bahawa harga sebatang wasabi agak mahal. Oleh kerana itu, wasabi yang digunakan di kebanyakan kedai bukanlah yang tulen. Ada sedikit campuran dengan bahan lain. Selalu bahannya digantikan dengan horseradish (aku tak tau tumbuhan apa). Yang tulen punya wasabi, aku pernah rasa sekali. Rasanya sedikit berlainan dengan yang biasa. Wasabi ni rasanya ada dijual di kedai, tapi, setakat la ni aku tak pernah jumpa. Peliiiik pelik.
Sepanjang pengalaman memakan sushi – selalunya di KuraZushi, aku terperasan suatu benda. Wasabi ni, kalau dicalit pada sotong, kerang dan yang sewaktu dengannya, rasa berkali-kali ganda pedasnya. Yang ni, memang aku tak tahan. Tapi seronok mencuba lagi dan lagi.
Akhir kata sebagai penutup kata, ingin berpesan kepada rakan-rakan, terutamanya kengkawan yang kat Jepun ni, eloklah periksa bahan-bahan yang digunakan sebelum berkunjung ke kedai sushi yang pusing-pusing tu. Bukan semua yang boleh dimakan. Klik.
Filed under: tahukah kita?, kurazushi, pes hijau, sushi, wasabi