@batuterang

Ikon

Dari EURO ke Uniqlo

perancis  lawan belanda

sumber foto:theStar online

1. Sebelum ini, juara dunia Itali, sekarang pula Perancis kena belasah Kalah 1-4 dengan Belanda Berbanding perlawanan dengan Romania, corak permainan seakan ada sedikit perubahan, tetapi tetap tidak dapat menahan asakan Oranje Kecekapan penjaga gawang menambahkan lagi tahap ketensenan jentera serangan Kini Itali dan Perancis perlu memenangi perlawanan terakhir di samping mengharapkan Romania kecundang dengan jaringan yang besar di tangan Belanda. Sekian, ulasan ringkas EURO2008 satu noktah. Untuk menonton highlight perlawanan, sila layari footytube.com.

gempa di Iwate

2. Ketika sedang bersarapan, skrin tv memaparkan perkataan berkelip-kelip.

0845: gempa bumi bermagnitud lebih 6 skala Ritcher di Touhoku (Iwate, Miyagi, Akita dll)

Selepas itu, ada beberapa lagi gempa susulan, tetapi tidaklah sekuat awalnya. Setakat ini (yang aku tahu), angka kematian mencecah 6 orang dan beratus lagi cedera.

Rakyat Malaysia apa cerita?

Setakat yang aku tahu, ada yang lawan bola dan ada yang mengikuti program JU (dengar macam menarik, cuma tak berpeluang).

3. Lee Chong Wei menang di Singapura. Statistik boleh rujuk di sini.

UNIQLO

4. Ya, Uniqlo. Jenama pakaian yang susah dipisahkan dari aku sejak mai ke sini. Bagi aku, selain harganya yang murah, coraknya yang ‘simple’ adalah ok. Tetapi tidak bagi segelintir orang yang lain. Maa ne. Masing-masing ada citarasa sendiri.

Kecantikan itu bergantung kepada sang punya mata.

Selama aku berada di sini, 85% pakaian yang aku beli – baju sejuk, stokin, T-shirt dan lain-lain, adalah berjenama ini. Cuma, dalam simpanan almari hanyalah sebanyak 45% sebab aku terlebih bawa baju dari Malaysia dan la ni pun masih boleh dipakai. Ini membuktikan badan aku tidak membesar dan ‘maintain’ kurus. [huh.perasan]

5. Benda ini walaupun lama lagi, yakni dua bulan, aku bagaikan berada dalam dilema. Ke walimah sepupu di Kulim atau SC?

Walimah?

SC?

Walimah?

SC?

Walimah?

SC?

(Ohh…)

6. Dalam kepeningan ini, aku tutup entri dengan sebuah lagu. Terimalah.

Jya ne…

Filed under: coretan, , , , , ,

3 Responses

  1. ainohikari berkata:

    sheikh,
    andaikata enta buat keputusan tak pergi walimah sepupu itu dan ditanya oleh pihak keluarga kenapa tak pergi, enta jawab je, “saya ada KERJA UGAMA yang perlu dibuat sebelum menjadi mayat yang saya taktahu bila akan jadi” .

    Sama-sama cari saham akhirat sebelum bergelar mayat =)

  2. amalina berkata:

    raya lambat lagi da!
    posa dulu posa tu penting!

    -org y kena beraya ngn kertas exam xlama lagi~di hari raya~-

  3. mafiqam berkata:

    ainohikari : dah putuskan

    amalina : err..tu lagu raya ke?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Laman

Arkib @batuterang

Kalendar Entri

Jun 2008
S M T W T F S
« May   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Kategori

%d bloggers like this: