@batuterang

Ikon

Kembali

1. Peperiksaan pertengahan penggal tamat dengan rasminya hari ini.

2. Berjaya menjauhkan diri daripada komputer selama tiga hari berturut-turut. Secara tidak langsung telah mencipta rekod peribadi yang baru.

3. Buka peti surat elektronik (e-mail box), ada 47 keping. Juga merupakan rekod baru.

4. Buka YM, banyak mesej tutup talian (offline messages) ditinggalkan. Kebanyakannya hanyalah sambungan (link) kepada artikel-artikel dan video. Yang paling menarik adalah video di bawah.

5. Muhasabah pasca musim peperiksaan di KuraZushi. Sambil menyantap, sambil memikir langkah pembaharuan yang perlu dilaksanakan.

6. Tonton perlawanan bola tampar antara Jepun dengan Australia. Sengit sungguh. Esok Jepun vs Argentina. Mesti lihat kerna aku minat sukan (tengok je~). Jika menang, Jepun mara ke Olimpik. Negaraku bila lagi?

7. Entah berapa kali aku terasa hampeh bila baca (via blog, akhbar dll.) atau dengar (via youtube dll.) kenyataan yang tak konsisten. Kali ini mengenai MINYAK pulak. Petrol naik RM0.78, dalam satu malam sahaja. Nampaknya, duit kita akan cepat kering tidak lama lagi.

8. Takde masalah kalau nak naikkan pun. Cuma, janganlah mendadak sangat. Perbuatan macam ni bagai melepaskan mercun bola di tangga. Terkejut isi rumah. Yang mana tak tahan, boleh diserang sakit jantung (na’uzubillah min zaalik).

9. Beginilah, meh nak bagi cadangan. Disebabkan harga barang [mungkin] akan meningkat lagi dan lagi selepas ini, eloklah turunkan gaji dan bermacam-macam elaun yang dikhaskan untuk diri dan pak menteri sekalian. Pastu, eloklah buat usaha pemulihan. Tumpu kepada remaja. Tak perlu lancarkan program nak meng’angkasa’ la nak merawat la koridor la projek mega la. Bagi aku, ayat je canggih tapi angkuh bunyinya.

10. Sampai sini sahaja. Akan aku kembali lagi jika diizinkan-Nya.

11. Dah mengantuk. Ada sesiapa nak sorongkan bantal?

12. Tak mengapalah. Aku sorong sendiri.

Jya ne…

Filed under: coretan, , , , , ,

5 Responses

  1. panglima berkata:

    entah kerajaan ni mmg buat aku geram..mula2 naikkan harga minyak, pastu lps ni akan naikkan tarif elektik plak. Pastu skrg ni, diorg naikkan biasiswa jpa/mara bdak2 ni mesir ni. mendadak jugak..lbh kurg 100% kenaikan.. memang melampau betul la.. ujian…Ujian… UJian… UJIan… UJIAn… UJIAN!!!!!!!

  2. mafiqam berkata:

    uihh
    nak naik dekat 100%!?

    baguih tu

  3. syabab berkata:

    entahnye..dorg pi naikkan pulak biasiswa 100%. bengang betol!! lain kali naikkan la 200% ke..baru la bgus

  4. ahmad berkata:

    undi keluar dr. mashitah ibrahim.

  5. mafiqam berkata:

    lilek ahmad
    lilek🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Laman

Arkib @batuterang

Kalendar Entri

Jun 2008
S M T W T F S
« May   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Kategori

%d bloggers like this: