@batuterang

Ikon

Golden Week #2

stesen yokohama

udara di yokohama seakan tiada bau. jika di tempat aku, keluar sahaja dari gerabak, terasa segar dan nyaman pabila menghirup udaranya. badan seakan kembali bertenaga. bak kata omputeh, “my body feels like been recharged”.

tapi, disebabkan aku bukan orang tempatan dan baru sahaja tiba, maka tak bolehlah aku mengatakan bahawa tempat aku lebih baik. mungkin apa yang aku hirup di sini lebih berkualiti kandungannya. mungkin deria aku ditipu dengan ke’segaran’ sepertimana ke’hangatan’ yang dijanjikan rokok kepada penghisapnya. ingat, rokok membahayakan kesihatan anda.

kempen terhadap diri

aku ke tokyo yang memakan masa lebih dari tiga jam (jika menaiki shinkansen) bukan saja-saja. bukan untuk men’ziarahi’ disneyland yang memang akan sesak waktu cuti umum sebegini. bukan untuk mendaki gunung fuji yang dijangka meletus beberapa tahun lagi. tetapi, untuk menghadiri sesi perbincangan dan projek bedah buku bersama para senpai yang lain di masjid asakusa. ada satu lagi di yamanashi (山梨). dengar kata menarik. cuma aku tak berkesempatan ke sana.

laporan bedah sedang dibentang

satu T.I.M

penggulung

suasana hangat berlaku pada sebelah malamnya. lebih hangat jika dibandingkan dengan suasana ketika sesi bedah buku dijalankan kerna tema berkisarkan CINTA. sebenarnya, bukan dalam perancangan pun. tetapi, ada la seorang tu (siapa ek?) memulakan sembang-sembang sebelum tidur dengan bertanyakan novel ayat-ayat cinta. seperti gambar di atas, semua memasang telinga. moderatornya seakan-akan bro falah (seakan-akan saja ye :P). aku pun tak pasti sebenarnya sebab mataku semakin berat dan tak berkuasa untuk terus mengikuti perbincangan itu. dan teruslah aku buat apa yang patut. hampar lemet, letak bantal dan mendaratlah aku di atas keduanya.

dengan nama Allah aku hidup dan aku mati.

FLEE MARKET

apa itu flee market?

berbelah bahagi juga aku pada keesokan paginya. samada hendak pergi ataupun tidak. nama sahaja pernah dengar. tetapi, sekali pun tidak pernah ke sana. tetapi, bila ramai yang akan pergi ke sana, kekyoku* aku pun ikut.

rombongan fm

jarak tempat flee market dilangsungkan agak jauh dari eki*. cuma tak terasa bila kawan ada bersama. barangkali, itulah antara hikmahnya bergerak bersama kumpulan.

selama satu perlima abad aku hidup, senarai kenalan yang ada tidaklah seramai rakyat malaysia yang melata di bumi sakura ini. jika dinisbahkan pula dengan penduduk tanah air, jauh bezanya. apapun, aku bersyukur dengan mereka yang ada disekelilingku.

yang sudah jauh ke hadapan, yang meningkat naik, aku jadikan contoh teladan buat diri. yang mana tertinggal di belakang, rasa sedih dan bersalah terbit dalam hati. sedikit kesal kerana tidak menggunakan peluang sebaiknya dulu. tetapi, itu bukan bermaksud aku harus memijak brek dan membuat pusingan U. aku hanya perlu melemparkan pelampung keselamatan kepada mereka dan menyalakan lampu secerah cahaya yang terpancar dari menara api.

“apa yang menarik kat flee market ni. ramai peminat berbaris. panjang pulak tu”, aku bertanyakan diri sebaik tiba di perkarangan dewan. pada waktu yang sama, ada satu konfrens berlangsung di dewan yang berdekatan. cuma, sambutannya tidak menggalakkan. mungkin ianya terhad kepada orang tertentu sahaja. wallahua’lam.

sebaik melangkah masuk ke dalam dewan, aku seperti terkena kejutan.

“flee market macam ni ka? macam pasar borong je.”.

“iye la. yang jual tu kebanyakannya barang chuukou*.”

“huargh!! yarareta*!!”, jerit hati kecil aku. “tak mengapa. alang-alang dah masuk, paling kurang kita borong sampai sama dengan harga tiket pergi dan balik.”, buah fikiran mengutarakan cadangan seterusnya menenangkan keadaan.

selama aku pusing-pusing dalam dewan yang amat luas tu, banyak barang yang aku dapati barang dijual dengan harga yang murah. yang mana dah murah tu, boleh ditawarkan lagi. mungkin itu konsep pasar borong. tidaklah saya tahu.

untuk kesimpulannya, jika siapa-siapa yang ingin membuat hantaran perkahwinan, carilah disini. cincin, rantai, jam berjenama, dompet dan juga kereta (yang chuukou punya) boleh dibeli dengan harga yang berpatutan. aku mungkin akan ke sini bila tiba masanya.

letih berpusing pada siangnya terbawa sampai ke malam. sampaikan pembentangan antara kumpulan kecil pada malamnya tak dapat aku tumpu sepenuhnya. nak tidur, tak elok pula. perkembangan kerja grup lain kena ambli tahu. oleh itu, satu-satunya jalan terakhir untuk mengelakkan daripada dibuai lena ialah menangkap gambar.

pengerusi majlis

kakkoi* seperti tuannya

pengerusi majlis juga

fokus

berjaya menarik perhatian

perkuatkan ikatan

HADIAH

seperti yang telah disepakati, sebelum berpisah ada dibuat pertukaran hadiah sebagai kenangan dan tanda persahabatan. melihat hadiah di depan, berpinar mata hendak memilih yang mana. ada yang besar, ada yang sederhana, ada yang kecil saiznya. aku pilih hadiah yang diletakkan dalam beg thomas and friend. bila dibuka balutan hijau, tersenyum aku dibuatnya.

“akhirnya, ada jugak tempat letak pen. siap dengan memo dan lampu picit pulak tu.”

aku tak tahu siapa pemberinya. biarlah rahsia. apapun, terima kasih kepadanya dan tahniah kepada bro hafiz shafie kerana mendapat hadiah yang aku beli. V(^-^

3.00

di jepun, kedai makanan yang halal banyak diusahakan oleh orang india dan pakistan. aku dapati cara berniaga mereka tidak sama sepertimana di malaysia. jika di malaysia, kedai makan akan dibuka dari pagi sampai ke malam. tetapi di sini mereka akan berhenti pada pukul 3.00 petang dan akan menyambung kembali perniagaan mereka 2 jam kemudian. cara seperti ini, pada kaca mata aku, boleh mengoptimumkan hasil pengeluaran. pekerja ada waktu rehat dan masa untuk membuat persediaan disamping dapat menunaikan tanggungjawab hamba kepada Tuannya dengan tenang. insyaAllah.

menunggu

bila cerita pasai pukul 3 ni teringat kisah sewaktu kami bertandang ke salah sebuah restoran di ikebukuro (池袋). sebelum ke sana, macam-macam aku dengar. makanan dia sedap. banyak pula. lepas tu, harga pun murah. rata-rata yang bercerita berpuas hati dengan kedai tersebut. maka, selepas menunaikan jama’ taqdim zohor dan asar, bermulalah langkah kami menuju ke marhaba, kedai yang dimaksudkan.

dari riak muka, masing-masing kelihatan letih menunggu. tetapi disembunyikan dengan gelak tawa. bila dalam bas pula, mana yang dapat duduk, terus tersengguk, termasuklah aku. tak tahan mata aku menahan kantuk.

sejam kemudian dan ditambah lagi beberapa minit berjalan, sampailah kami di pintu kedai. waktu kami masuk, jam menunjukkan lebih kurang pukul 1440. aku beranggapan, tuan kedai mungkin masih boleh menerima kami. tetapi tidak berapa lama kemudian, terasa aura tuan kedai yang seakan terpaksa menerima kami sedikit demi sedikit. semuanya berlaku dalam masa 15 minit bermula dengan kuantiti hidangan yang disediakan. lain yang diminta lain yang diberi. penyedut minuman ataupun straw jatuh di dalam pinggan. cukuplah tiga contoh tersebut.

layanan sebegitu membuatkan sahabat satu meja bengang. apatah lagi aku. panas hati ini hanya Allah yang tahu. cepat-cepat aku makan supaya dapat keluar awal. gambar di atas tu, aku tangkap sewaktu aku seorang di luar. tangkap papan iklan pun kira boleh lah. jauh di sudut hati ingin sahaja menangkap suasana dalam kedai tetapi terpaksa ditangguhkan.

pengajarannya, kalau nak datang ke restoran halal di jepun ni, aku cadang kena datang paling kurang 45 minit awal sebelum kedai berhenti rehat. kalau tak, bolehlah merasai apa yang kami rasa. jika bernasib baik, mungkin akan diberi layanan yang baik sepertimana aku, jiji, kak inda dan kak as sewaktu bertandang ke restoran yang bernama banjara setelah selesai menyambut dan menziarahi kohai yang baru tiba di osaka. pelayan tunggu sehingga selesai makan. hmm…mungkin lain kedai, lain pe’elnya.

KEBAB

selesai sahaja urusan dengan pihak restoran, kami menuju pula ke shinjuku (新宿) untuk mencari kebab di sana. tetapi malangnya kebab ie (ケバブ家) tutup. seterusnya, bergeraklah kami ke ueno (上野) juga untuk mencari kebab. kedai yang kedua ini, aku tak berapa ingat namanya. tapi hiasannya bertemakan warna oren. yang mengusahakannya orang yang berkulit hitam. boleh berbahasa inggeris. minuman juga ada dijual di sebelah kanan. sambutan dari kalangan orang jepun juga menggalakkan.

aku tidak lama di situ kerana perlu bersegera untuk pulang setelah menangguhkannya selama hampir enam jam.

PENUTUP

terima kasih diucapkan kepada bro jimi sebab semua gambar di atas diambil menggunakan kamera beliau. dan minta maaf juga dipinta sebab menyusahkan beliau sepanjang keberadaan aku di tokyo. dari hal penginapan ( credit also to bro fahmi and his housemate) sehingga hal membeli barang.

kepada sahabat yang lain, moga jumpa lagi di lain waktu. mungkin semasa perjumpaan pada musim panas. mungkin juga pada waktu musim sejuk. itu pun jika diizinkan Rabb Ar-Rahiim.

thanks everyone for making my week shining brightly like gold. ilal liqa.

terhibur hati melihat latah anak ustaz amin ni

Filed under: kisah atok,

One Response

  1. SangPelangi berkata:

    Ee.. geram aku dengan anak ustaz tu.. macam nak cubit2 je.. grrr… hahaha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Laman

Arkib @batuterang

Kalendar Entri

Mei 2008
S M T W T F S
« Apr   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Kategori

%d bloggers like this: