@batuterang

Ikon

Pusing-pusing Hokkaido #3

nama pon hotel hilton. semua ada class. bilik pon selesa. cuma, malam tu aku tidur dalam kesejukan. tengok punya tengok, rupa-rupanya…danbou* tak pasang da(-_-“).

misi

“ohayou gozaimas. nan mei sama deska?”
“roku mei des.”

lebih kurang pukul 7 pagi hokkaido, semua peserta kena turun sarapan sebab bas akan bertolak lagi 40 minit.

jus oren dan corn flakes

itulah sarapan aku pagi tu?!!!

anda jangan terpedaya. walaupun kata orang, menu kat atas ni cukup, tapi bagi aku, waktu sarapan mesti pekena nasi jugak. (tu dulu. la ni dah tukar cara pemakanan :P)

peta

haa..kengkawan, kalau nak tahu, tanah besar hokkaido rupa bentuknya seperti rajah di atas. garisan berwarna tu pulak mewakili perjalanan bas kami. untuk hari kedua ni, rombongan akan singgah di 旭山動物園 (zoo asahiyama) dan akan menetap di 阿寒ビューホテル(hotel akan view) pada malamnya. di samping itu juga, bermula hari ini gerakan mencari omiyage* bermula termasuk misi mencari barang pesanan kim-白い恋人(shiroi koibito).

shiroi koibito

nampak macam sedap –sumber

sejenis biskut yang kat tengah-tengahnya ada white chocolate. dijual di hokkaido sahaja. harganya bergantung kepada pek. yang paling mahal untuk 28 pek kecil ialah 1575 yen dan yang paling murah 630 yen untuk 12 pek kecil. antara produk yang laris kat sini dan boleh dikatakan terkenal juga terutamanya di kalangan pelancong seperti aku ni. cuma, aku tak boleh makan.

“bahan yang digunakan ada yang datang dari sumber haiwan.” kata cik akak operator, membalas pertanyaan aku beberapa hari selepas pulang. dan perkara ini, aku akan tanya sekali lagi melalui emel untuk mendapatkan kepastian black and white.

zoo

lebih kurang 3 jam memanaskan kerusi bas, akhirnya kami sampai di zoo asahiyama dan diberi masa satu jam setengah untuk pusing-pusing kawasan sekitar.

pada mulanya, kami turun sekali, tapi terpisah di pertengahan jalan setelah aku melencong menuju ke bilik rehat. alamatnya aku kena pusing keseorangan. disebabkan topik kecil ialah zoo, tidak perlu aku menulis panjang, lihat sahaja gambar di bawah.

comel ooo
walaupun besar, laju renangannya

mana harry potter?

sepatutnya burung ni terbang bebas…huhu

sedang berhibernasi

pandai posing

pi mai pi mai tang tu

ku ingatkan permaidani, rupa-rupanya…
mengaum atau menguap?

kasihnya pada makhluk

aku cuba cari bangunan yang menempatkan anak-anak mereka, tapi tak jumpa di samping masa yang tidak mengizinkan. dan menu tengah hari itu hanyalah pau kacang merah atau dalam bahasa jepunnya, anman (あんまん). sedikit tetapi cukup dan sedap (^.^

setelah itu, bertolaklah kami ke tempat penginapan untuk malam ini.

bersambung…

danbou (暖房)- alat pemanas / heater
omiyage (おみやげ)- cenderehati / souviner

Filed under: kisah atok,

4 Responses

  1. dayah nuyi berkata:

    sungguh comel penguin itew huhu owh nway grus japonensis tu burung pe? bangaukah?

  2. mafiqam berkata:

    tengok rupa macam bangau, kan?
    bangau kot tu
    cuma lain daripada yang kita biasa lihat
    hehehe…

  3. dayah nuyi berkata:

    bangau yg sedikit gebu kot hehe.da lme ke study kt jepun nih?

  4. mafiqam berkata:

    lama jugak
    lebih kurang
    setahun lebih sikiiiit je🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Laman

Arkib @batuterang

Kalendar Entri

April 2008
S M T W T F S
« Mar   May »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Kategori

%d bloggers like this: