@batuterang

Ikon

lega sikit rasanya

sejak buka sekolah ni (baru seminggu je pun), kesabaranku seringkali diuji. setiap hari pulak tu. bukan kerana ujian mata pelajaran. tapi sebab internet. adehh…tensen tensen.

internet

asrama lelaki kolej teknologi akashi-tempat penginapan aku, menggunakan servis internet tanpa wayar (wireless). untuk asrama perempuan, diorang guna kabel, macam dial-up kat rumah tu. cuma canggih (sikit jer :P). tempoh servis internet kitorang kat sini macam kedai 7-eleven, 24 jam.

best, kan?

pastu…kalau nak guna perkhidmatan ni, kena minta kebenaran otai yang jaga internet sekolah iaitu hamada sensei. kat borang tu kena tulis sebab-sebab nak guna. apa lagi, kita ‘goreng’ la kata nak belajar, nak berhubung dengan orang di malaysia dan lain-lain lagi (^-^V.

pepatah

satu kelemahan wireless yang aku dah sedia untuk terima ialah mengenai ketidakstabilan ianya berfungsi. maksudnya internet akan selalu terputus-putus atau terdisconnected dengan tiba-tiba.

so, selama setahun aku rasa best melayari internet. nak telefon pon best. nak berusrah pon best. kalau nak terputus, dalam satu hari, waktu hujung minggu, paling dahsyat tak sampai 20 kali. masih boleh dimaafkan sebab bila line internet sihat, kelajuannya…pergh…tak bisa dikejar pemegang rekod dunia lari 100 meter.

tapi…

benarlah kata pepatah, cuaca tak selalunya cerah.

bila sekolah mula buka dan budak asrama masuk, aku mula sedar mengenai kemerosotan prestasi internet ni. semakin perlahan dan kerap sangat putus. tak macam tahun sudah.

dalam seminggu ni, nak baca paper online pon dah takde mood. apatah lagi untuk kemaskinikan blog ni. pastu, bila bersembang di alam maya, asyik putus sahaja. keluar masuk. keluar masuk. entah berapa kali dalam sejam. keluarga dan kawan-kawan pun pelik. kekadang ada yang ‘angin’.

wireless memang camni.”

itu lah skema jawapan aku setiap kali ditanya. sedikit sebanyak aku kena back up tempat aku nih.

e-mobile

tahun ni, aku akan sibuk dengan kelas dan laporan eksperimen. dan tahun ni juga, penggunaaan internet akan meningkat dua kali ganda dari tahun lepas. oleh itu, kena cari jalan macam mana atasi masalah ni.

gerak kerja ni dah bermula sejak cuti musim bunga bermula. tanya senpai, diorang cadangkan suruh beli macam kad 3G. pastu, alan recommend jenama e-mobile. disebabkan first time dengar, aku simpan dulu dalam memori.

dan, pagi tadi waktu berusrah secara online, geng-geng mencadangkan supaya beli kad 3G. bila ditanya jenama apa, diorang jawab e-mobile. katanya sedang meningkat naik. malangnya, liputan tak sampai ke tempat diorang.

itu tempat diorang. bila periksa kawasan aku, ada coverage.

terus aku buat keputusan untuk pergi ke kedai yang berdekatan. tanya punya tanya, aku puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh cik abang salesman. dan akhirnya aku membeli produk berkenaan.

ok ke tak?

buat masa sekarang ni, kelajuannya lebih kurang 7.2 Mbps dan tak putus. lega sikit rasanya. mungkin sebab baru lagi. dan kalau kawasan anda mendapat liputan, barang ni saya recommend. pilihan di tangan anda.

jya ne…

hijau negeri kedahku juara lagi

Filed under: coretan, , ,

One Response

  1. asuhara berkata:

    gunakan sebijaknya teknologi yg dah dibeli tu!

    gambatte neh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Laman

Arkib @batuterang

Kalendar Entri

April 2008
S M T W T F S
« Mar   May »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Kategori

%d bloggers like this: