@batuterang

Ikon

Kampung?

dua tahun yang lalu, sewaktu kelas tamat….
“田舎はどこですか (inaka wa dokodeska)?”, tanya Hieda Sensei, guru bahasa Jepun sewaktu di Malaysia.

“ジョホル州とクアラルンプウルにあります(johorushuu to kuararunpuuru ni arimas)”, aku, budak baru belajar membalas.

sepi seketika. wajahku direnung dengan penuh kehairanan.

“apsal plak ni?”, hati aku tertanya-tanya.

“kampung kamu di mana?”, sensei aku bertanya soalan yang sama buat kali kedua. kali ini dalam bahasa ibundaku.

“satu di johor dan satu lagi di kl”, balas aku, juga dengan jawapan yang sama.

maksud begitu rupanya

sekali lagi, raut wajah penuh kehairanan ditunjukkan lagi. tetapi kali ini beliau terus bertanya, “bagaimana kampung kamu ada dua?maksud saya, rumah di mana?”.

soalan yang terakhir tu membuatkan aku sedar bahawa….

~rupanya aku tersilap faham~

kerana sebelum itu, bila perkataan kampung disebut, apa yang boleh dibayangkan hanyalah rumah datuk aku yang dikelilingi dusun buah-buahan yang boleh dikatakan ‘macam-macam ada’. rambutan ada, manggis ada, ciku ada,durian pun ada. buah yang selain yang aku tak cakap tadi, yang tu sahaja yang tiada. hehe..

kampung

hampir setahun duduk di negara orang, rasanya aku semakin memahami apa yang dimaksudkan dengan ‘kampung’. bagi aku, “kampung (halaman) adalah tempat di mana sang perantau berasal”. mungkin lagu “balik kampung” dendangan Allahyarham Sudirman boleh membantu untuk memahami maksud tersebut. kepada yang akan pulang ke tanah air cuti kali ini, ambo ucap selamat.

jya ne.

Filed under: kisah atok, ,

3 Responses

  1. SangPelangi berkata:

    Salam Afiq.
    Isk2.. awat aku tak merasai kehadiran blog ni? adeh..jom la meriah2 sket.
    Haha..

    Jom2..;p

  2. mafiqam berkata:

    jom jom (^-^

    hehe…

  3. syabab berkata:

    jom2..mari kita pulang ke kg…mari2…jom kita pulang ke kg..kwn2..jom kita pulang ke kg…kg2..jom kita pulang ke mari..pulang2..jom kita ke mari….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Laman

Arkib @batuterang

Kalendar Entri

Februari 2008
S M T W T F S
« Jan   Mar »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
242526272829  

Kategori

%d bloggers like this: