@batuterang

Ikon

Atok Bukan Apa

Dah lama atok tidak menulis. Yang paling baru itu pun sekadar kopi dan pasta (copy and paste) dan sedikit komen. Nak kata ketandusan idea, ada sahaja yang selalu bermain dalam kepala. Nak kata tiada cerita, banyak atok ingin kongsikan bersama.

Atok bukan apa.
Bukan malas.
Cuma atok tiada kelapangan waktu.

Sejak kebelakangan ini, banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Dengan kerja rumahnya, dengan ujian tulisan kanjinya, dengan ‘group presentation’nya, dan akan datang, minggu peperiksaan yang ditunggu-tunggu (kurang sebulan lagi).

Awal-awal, atok rasa tertekan juga. Waktu padat dengan ‘study,study,study’ dan makan,makan,makan. Waktu nak bersenam semakin kurang. Kelam-kabut juga waktu tu.

Penat?

Mestilah penat. Masakan yang muda pun penat, apalagi yang tua macam atok ni. Tapi cu kan, dalam kepenatan tu, atok seperti terasa suatu kepuasan. Kepuasan bekerja. Kepuasan dapat menggunakan waktu seeloknya.

Teringat atok waktu sekolah rendah dulu. Sebelum pulang, kami semua dikehendaki membaca doa beramai-ramai yang diketuai oleh seorang pengawas. Setiap petang.

Selepas berdoa, diikuti pula tasbih kaffarah dan surah al-Asr. Dan di akhirnya….

Demi masa.
Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
Berpesan-pesan dengan kebenaran,
Dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

Yup. Bila surah al-Asr diterjemahkan begitu la bunyinya….

Ketika waktu sekolah menengah pula, pernah terbaca:-

Maksudnya:
Dari Ibnu Abbas Radhiallah-‘anhuma dari Rasulullah S.A.W bersabda: Dua nikmat yang manusia kebanyakannya terpedaya dengannya ialah waktu sihat dan lapang. (Riwayat Imam Bukhari)

Kerana apa?

Secara ringkasnya, masa lapang dan kesihatan merupakan dua nikmat yang sangat besar dan tak ternilai harganya.

Kerana masa yang berlalu tidak boleh di’rewind’ kembali. Peparu yang dah rosak pon tidak akan berganti (hanya kerana rokok!!).

Ayuh gunakan sebaik-baiknya nikmat tersebut supaya kita tergolong di kalangan hamba yang bersyukur. Ambil iktibar di sekeliling kita. Atok tak mahu kita selalu memberi alasan dan menyesal di kemudian hari kerana itu bukan sifat muslim yang positif.

p/s:- atok benci rokok. atok kasihan akan orang yang merokok, terutamanya orang yang atok kenal. sedih akan kisah arwah sepupu yang menderita akibat tabiat rokoknya.

Filed under: kisah atok, ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Laman

Arkib @batuterang

Kalendar Entri

Januari 2008
S M T W T F S
« Dec   Feb »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Kategori

%d bloggers like this: