@batuterang

Ikon

13 Oktober : First Eid di Jepang

Yoshhhha. Selamat Hari Raya. Maaf banyak-banyak.

Tahun ni aku tak beraya macam yang aku buat tiap-tiap tahun. Sengaja nak ubah.

Satu, nak elak makan banyak. Kalau kata boleh tahan tak makan banyak waktu raya ni ‘muhong’ sangat la tu.

Dua, takmo menyusahkan orang. mungkin tak boleh terima kot reason ni. tapi, aku ada sebab yang tersendiri. Tak perlu la cerita.

Tiga, aku nak pusing2 cari tempat menarik sebab waktu ni la masa yang aku ada nak cari port shopping untuk masa depan.

Walaupun beraya di perantauan, aku rasa memang best. Bukan sebab bulan puasa dah lepas. Tapi, Ramadhan kali ini, meme puas. Ada satu perasaan yang masuk kat hati ni. Rindu…

Awal-awal aku ingat dalam masjid sahaja yang akan penuh. Keluar dari masjid tu, Subhanallah…ramainya saudaraku di jepang ni ye. baru perasan.

some of d malaysian

mior and his senpai, halim

::. Aku jumpa diorang waktu keluar dari masjid. Diorang lepas tu nak pergi ke open house. So, sekejap je la kami jumpa. Diorang ke sana, aku stay. Masing2 ikut program masing2.::

Waktu ni dah masuk autumn, so cuaca sejuk sikit. Dulu, kalau suhu macam ni meme tak kan tahan. Asal sejuk sikit, selsema. Asal sejuk sikit, demam. Tapi la ni, badan mungkin dah pandai adjust. Alah bisa, tegal biasa. So, pakai lengan panjang pon dah ok. Tak perlu pakai sweater cam dulu. Buat berat badan je.

Lepas Zohor, saja jalan-jalan sekitar Sannomiya. Seperti yang dah tertulis, nak cari port shopping untuk masa depan. Dalam dok jalan-jalan tu, macam-macam aku nampak. Yang sempat aku tangkap sikit sahaja.

Gambar ni cuma untuk dijadikan bukti yang Jepun dah masuk musim luruh. Nampak tak daun dah tukar warna. Tak lama la tu.

Berdasarkan gambar di atas, rakyat negara manakah orang yang berdiri di sebelah kiri aku?

Cepat cepat.

5…4…3…2…1…0.

Dah jawap ke belum?

Takpe. Lagi lima saat.

5…4…3…2…1…0.

Jawapannya ada dalam cerita seperti di bawah.

Fuuuh…..Dah penat aku berjalan satu hari ni. Mata pun dah dicuci sampai berkilat. Akhirnya, jumpa la jugak port nak beli barang, buku etc. Waktu nak kuar, aku tengok mamat seperti gambar di atas tu tengah sembang ngan tok imam. Habis je dia sembang dengan tok imam, aku terus masuk line nak tanya samada dia yakni tok imam itu ada buku mengenai Islam(dalam bahasa Jepun). Maka, terjadi la satu dialog.

Mamat seperti gambar di atas : Boleh faham ke buku ni?

Aku : Boleh sikit…kot.

Dalam bahasa Melayu dialog tu. Mula-mula aku tak tau dia dari negara mana. Sebab dia speaks in English, so aku mula-mula assume dia dari luar Jepun. Lepas daripada dialog tu, baru aku tahu dia ini dari Indonesia. Mustafa namanya. Kitorang sembang la kejap sebab masing-masing pon nak keluar masjid.

Aku : Rumah kat mana?

Mustafa : Jepun.

Aku blur sekejap.

“Btui ka soklan aku ni ke dia silap dengar soklan?” hatiku tertanya-tanya.

Aku: Sekarang tinggal di mana?

Mustafa: Indonesia.

Sudah. Lagi blur aku dibuatnya.

Melihat akan keadaanku yang tengah confuse, dia memulakan penerangan.

Mustafa : Sebenarnya, saya ni orang Jepun. Tinggal kat Nara. Sekarang ni kerja bahagian logistik di sebuah syarikat kat Indonesia. Dah lama dah tinggal di Indonesia (aku terlupa tempohnya, tapi memang agak lama).

Sampai di kedai makan (aku tak makan lagi waktu tu, dan dia pun tau aku akan singgah kedai makan) kitorang pun salam dan ucap selamat.

Masuk je restoran tu aku rasa rugi sebab tak amik contact dia. Nama Jepun dia pon aku tak sempat nak tanya. Hatiku berkata, “Seribu kali sayaaaaang,” ….dan aku terus memesan makanan.

Sementara menunggu makanan, aku baca novel. Baru baca beberapa perenggan, munculnya Mustafa.

Aku : Aik?! Kata nak balik.

Mustafa : Hari ni kan hari raya. So, tak elok la makan sorang-sorang, betul tak?

Aku cuma boleh tersenyum. Aku kagum sebenarnya. Sampai begitu sekali dia boleh pikir. Aku pun tak sampai camtu.

Sambil makan, sambil tu la kami sembang. Banyak topik yang disentuh.

Mustafa ni mula peluk Islam sejak 6 tahun lepas . Bila ditanya bagaimana reaksi keluarga, dia tak jawab direct. “Pada ikatan keluarga tu jangan diletak bom.”. Itu je yang dia jawab. Ringkas dan penuh makna. Terpulanglah bagaimana hangpa semua nak tafsirkan ayat tu.

Dari cara dia aku tengok, dia tak kisah makanan Jepun ada ke tak. Dia kata takde masalah sangat kalau nak makan kat Indonesia. Kebanyakannya halal. “Lebih kurang Malaysia,” aku menambah.

Dah dua kali dia ke Malaysia. Jalan-jalan dengan kawan. Bukan yang sebangsa tapi yang berlainan, katanya. He didn’t face any problem coz he can speak in Indonesian languange. Tak beza sangat dengan bahasa Melayu…bagi aku. Yang penting boleh paham.

Waktu ni, aku dengar semacam keluhan daripada Mustafa mengenai Islam di Malaysia. Aku dah agak akan terkeluar juga bab ni (pernah baca di blog pasal keluhan ni). Katanya, di Malaysia, agama dan adat sangat rapat. Asal je orang tu Melayu, dia orang Islam. Begini ceritanya, dia pernah singgah di sebuah masjid untuk menunaikan solat. Bila nak masuk perkarangan masjid je, dia kena sergah. “Orang kafir takleh masuk!!!”. Bagi aku keras tuuh.

Lepas tu katanya, tak mesra. Di Jepun, paling kurang kalau antara muslim ni berselisih, ucapan salam akan kedengaran. Walaupun berlainan bangsa, berlainan mazhab. Kalau kat Malaysia pula, selagi tak kenal, selagi tu la tiadanya ucapan salam (tidak dinafikan ada tempat yang elok, tapi berapa kerat je yang buleh jumpa). Aku dengan dia sependapat.

Lagi satu katanya, layanan tak mesra. Di sini (Jepun), kepuasan pelanggan diutamakan. Tak kira la siapa pon, diorang akan layan dengan baik, dengan senyuman. Kalau tak paham, dia akan terang slowly. Kalo dua-dua pun blur, senyum je la. Nak marah pon tak boleh. Hati memang senang kalo nak berurusan.

Pernah terdetik dalam hati, “Alangkah bestnya kalau dapat beristerikan orang Jepun. Cantik, baik, agak bersopan dan banyak lagi.” Tapi itu hanyalah sekadar angan-angan. Siapala aku…Lagipun aku lebih suka mengikut petua mencari calon isteri yang diberikan oleh Rasulullah S.A.W. Cari yang kuat pegangan agamanya. InsyaAllah.

Dah dah. Back to the topic.

Kalau di Malaysia pula, payah nak alami camtu. Ini bukan aku kata, dia sendiri yang cakap. Bila dah balik ke kampung halaman, dia bagaikan terasa suatu nikmat yang sudah lama tidak dikecapi. Aku faham perasaan dia.

Puas kami bersembang malam tu walopun tak lama. Kami sempat bertukar-tukar kad (tulis atas kertas je pon :P).

U wanna know his Japanese name?

Jap….nak amik wallet jap.

Ok…

Namanya Nishimura Takeshi (西村 健志).

Dan kemudian kami berpisah. Begitu la kisah satu hari di hari raya.

Jya ne…

Filed under: kisah atok, , , , ,

2 Responses

  1. Anonymous berkata:

    bravo2..ada bakat tulis novel.keh3.ada org bakar sate ke kat sana?..hehe.kat umah aku ri tu ada lemang,rendang.nasi impit,ketupat..nyum2!!saje nak suh ko meleleh air liur.ha ha ha

    tatau nak komen apa seh…

  2. shakir berkata:

    Comment kedua dariku..

    tak pakai baju melayu n bersmapin ke ?
    terkezut sket org japang tuh.he he

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Laman

Arkib @batuterang

Kalendar Entri

Oktober 2007
S M T W T F S
« Sep   Dec »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Kategori

%d bloggers like this: