@batuterang

Ikon

7 Oktober : Kobe

” Afiq, jom buka posa kat kobe ramai-ramai. ”

” Wokeyh…no hal,” sahut aku.

Perjumpaan rakan-rakan PPKTJ. Itulah program yang aku tunggu-tunggu selepas tidak dapat ikut sama pada cuti musim panas yang lepas. Walaupun kehadiran tidak akan seramai dulu, bagi aku sudah memadai. Cukuplah dengan melihat dahulu keadaan mereka yang tinggal di kawasan berdekatan.

Menurut khabar, ada yang rambutnya sudah berfesyen. Yang mana kerinting, diluruskan. Yang mana hitam diwarnakan. Aku cuba membayangkan rupa mereka yang akan ku jumpa nanti.

Menunggu

Sampai di stesen Kobe 10 minit sebelum waktu yang ditetapkan, pukul 1 petang.

“Ossss….aku sampai lebih kurang kol 1, 2.”

Aku boleh menunggu.

“Afiq, aku sampai pukul 3 la. Silap tengok jadual.”

Haaa. Ini yang membuatkan aku tidak boleh menunggu.

Silap Stesen

“Wess…Aku dah sampai.”

“Wokeyh…Aku tunggu kat bawah.”

Beberapa minit kemudian…

“Bek, mu kat mana la ni?”

“Kat Kobe la.”

“Aik?! Awat tak nampak mu pon. Dah lama aku tunggu ni. Betui ka mu ada kat Kobe? Mu turun kat mana la ni?”

“Kat Sannomiya.”

“Lorr….Mu kata kena turun kat stesen Kobe. Awat la mu turun kat sana. Takpa2. Mu nek densha len. Jarak dua stesen je. Aku tunggu.”

Petangnya

Lepas solat Asar di Masjid Kobe, terus aku bergegas ke tempat berkumpul. Pukul 5.05 petang aku tiba di eki.

“Awai lagi ni. Sempat kot beli buku yang telah disurvey tadi. Kalo tak dan nak kumpul sekali pon, InsyaAllah jumpa gak kat restoran nanti,” kata hatiku.

Sewaktu menunggu ketibaan rakan-rakanku itu, sempat aku menjenguk-jenguk buku di kedai. Ada beberapa judul yang menarik. Bukan beberapa, barangkali banyak yang telah menarik perhatian aku. Tetapi, memandangkan ‘bank bergerak’ terhad sumbernya, terpaksalah aku fikir banyak kali buku mana yang patut dibeli. Akhirnya, aku membeli buku yang berkaitan dengan bahasa dan matematik. 2 buah buku kesemuanya.

Dah dah. Kembali ke topik.

Aku ingat waktu itu sudah ditinggalkan. Rupa-rupanya tidak. Sebaik sahaja keluar daripada kedai tersebut, terus mataku menangkap kelibat sekumpulan remaja. Setelah diamati itulah rakan-rakan aku. Alhamdulillah…Semuanya sihat.

Makan Malam

Kami menuju ke Restoran Fisherman’s Market yang terletak berdekatan dengan pelabuhan. Memandangkan hari ini merupakan hari Ahad dan esoknya seluruh Jepun akan bercuti, maka tempat yang ditujui itu dipenuhi dengan orang ramai dan memaksa kami beratur sebentar di luar.

Setelah mendapat meja di tingkat atas, sekali lagi kami beratur untuk mengambil makanan. Melihat kepada kepelbagaian jenis masakan laut, aku menjadi rambang mata. Udang, ketam rebus, ikan dan macam-macam. Kalau boleh semua hendak ku capai. Iya lah. Makan ala-ala buffet katakan. Ambillah banyak mana sekalipun, harga tetap sama. Tetapi, aku tetap berhati-hati. Di negeri orang ini, bukan semua yang boleh aku rasa. Bukan semua yang boleh aku telan.

Hendak tahu apa yang aku makan?

Nasi, salad, sushi, sotong, ketam dan buah-buahan. Rasanya tidak semua yang aku yakin boleh makan aku makan. Kerana perutku sudah tidak boleh diisi lagi. Kalau dipaksa masuk mungkin sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Cukuplah setakat itu.

Pelabuhan

Orang kata, pemandangan di sini lawa pada waktu malam.

Mungkin ini maksud mereka. Hmm….Boleh diterima.

Gomennasai

“Jom ke Osaka men boling.”

” Sori kawan. Aku nak ke Sannomiya. Tido kat sana,” jawabku.

Kulihat reaksi kawan-kawan aku. Rata-ratanya menunjukkan riak muka yang kecewa. Sewaktu aku turun di stesen Sannomiya, masih juga kelihatan walaupun cuba disembunyikan.

Gomen na minna
Bukan aku tak mahu pergi
Cuma
Waktu sahaja tidak kena
InsyaAllah
Di lain masa

Filed under: kisah atok

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Laman

Arkib @batuterang

Kalendar Entri

Oktober 2007
S M T W T F S
« Sep   Dec »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Kategori

%d bloggers like this: