@batuterang

Ikon

28 September: Nyamuk…nyamuk

Hari ini hari Jumaat. Ada sebahagian dari sahabat-sahabat yang telah menjadi tua setahun daripada aku. Tetapi, tidak mengapa. Aku tak kisah. InsyaAllah lagi dua bulan giliran aku pula. Sama juga nanti.

Sewaktu aku menulis ni, satu hari tak study. Bangun awal, bangun dah. Mungkin sahur makan banyak sangat kot. Bila dah makan banyak sangat, ai….faham-faham la. Panggilan katil lebih diutamakan daripada panggilan buku. Kesian buku. Keseorangan pagi ni.

Ingat nak tidur 15 minit je. Betul….tak tipu. Siap pasang alarm lagi. Tapi, sedar-sedar dah pukul lapan. Terkejut aku dibuatnya. Nasi sudah menjadi bubur. Waktu tu la nak menyesal. Rugi 3jam waktu belajar.

Disebabkan dah terlajak, aku dah tak ada mood nak study. So, terus buat keputusan pergi ke Kobe Mosque selepas mandi. Lebih kurang pukul 10 bertolaklah aku menuju ke Kobe dengan menaiki densha.

Apabila aku menjejakkan kaki ke kawasan masjid tu, aku tengok jam.

“Ya Allah….awai lagi rupanya,” aku bermonolog.

” Takpe-takpe, kita buat kerja yang berfaedah,” sambung kata hatiku.

Selepas mengambil wudhu, aku masuk ke ruang solat dan terus mencapai al-Quran selepas melakukan sunat tahiyyatul masjid. Aku membaca, membaca dan membaca sehinggalah azan zohor berkumandang.

Sebelum bermulanya khutbah dalam Bahasa Arab, tuan Imam menyampaikannya dalam Bahasa Inggeris supaya hadirin yang tidak memahami Bahasa Arab akan memahami dahulu tajuk yang akan disampaikan nanti.

Apa yang tuan Imam sampaikan?

“Ada dua golongan dalam bulan Ramadhan ini. Golongan yang berjaya dan golongan yang rugi.”

Itulah main point yang aku dapat. Tak susah memahaminya, kan?

I’m Japanese???

Sewaktu aku melangkah keluar masjid, ada seorang hamba Allah menegur,” Are you Japanese?”. Waktu itu, aku hanya mampu memberi sekuntum senyuman. “No. I’m Malaysian,” aku menjawab beberapa ketika kemudian.

“Hairan aku. Macam mana la diorang buleh kata aku ni macam orang Jepun. Nak kata kulit cerah, tak jugak. Kulit aku kaler coklat. Nak kata rambut lebat berfesyen, tak jugak. Rambut aku pendek. Nak sikat pon tak boleh. Nak kata badan tough, pon tak jugak. Badan aku mana ada otot-otot yang solid. Berisi lemak ada la. Heran…..heran,”.

Itu lah yang timbul dalam kotak pemikiran waktu dalam perjalanan pulang. “Mungkin ada orang lain juga mempunyai pengalaman yang sama macam aku. Mungkin lagi menarik,” kata hatiku.

Nyamuk…nyamuk

Bila hari beransur gelap, aku terpaksa bersedia menerima kehadiran tetamu yang tak diundang setiap kali aku hendak berbuka. Bukan manusia, tetapi nyamuk. Sejak seminggu yang lepas aku berusaha menghalau nyamuk ni. Kalau tutup tingkap, berkuaplah bilik nanti. So, nak tak nak, terpaksalah berperang dengan angkatan nyamuk ni. Setiap hari bilangan tak sama.

Awal-awal aku bersilat dengan nyamuk ni, “Pergh….. seekor pon tak kena. Pandai diorang mengelak. Siapa la tok guru diorang ni,” getus hatiku yang rasa tercabar. Tetapi, kehebatan diorang ni sekejap je. Dalam dua, tiga hari langkah diorang berjaya aku patahkan. Tak payah susah-susah belajar teknik baru. Korbankan diri dulu. Bila rasa diorang dah ‘gemuk’ sikit baru melancarkan counter-attack (bukan counter strike ye). Nasib la nyamuk ni tiada akal. Kalau ada, tak tidur la aku. Hehe…Nyamuk….nyamuk.

Jya ne…

betul ke merah itu cinta??

Filed under: kisah atok

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Laman

Arkib @batuterang

Kalendar Entri

September 2007
S M T W T F S
« Aug   Oct »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Kategori

%d bloggers like this: