@batuterang

Ikon

tiba #2

SUBUH

aku terjaga.

“baru pukul 5 rupanya.”

sedang membetulkan kedudukan bantal, tiba-tiba terperasan akan satu cahaya yang menerangi bilik. bukan cahaya daripada lampu katil. juga bukan daripada lampu bilik. terus aku memalingkan pandangan ke tingkap.

“ya allah. dah terang rupanya.”

mata yang kuyu menjadi bulat. badan yang liat menjadi segar. terus ku kejut rakan sebilik (zarul dan syawal) dan bergegas untuk mengambil wuduk.

SARAPAN

setelah siap berkemas, maka menujulah aku ke ruang santapan. tibanya di sana, ramai kawan-kawan sedang beratur untuk mengambil makanan. tak sangka aku. ingat kot aku yang awal. rupanya mereka lagi awal.

hidangan yang disediakan pagi itu, memang akan membangkitkan selera. udang tenpura, sashimi (ikan mentah), sup miso dan pelbagai lagi masakan jepun. waah… semua aku nak rasa. oleh itu, bermulalah strategi makan iaitu semua jenis sajian diambil dengan kuantiti yang sedikit dan dimulakan dengan pemanis mulut ataupun dessert.

alhamdulillah.

BERLEPAS

“terima kasih. sila datang lagi,” kata akak kaunter ketika aku memulangkan kunci bilik kepadanya. manis senyuman yang dilemparkan.

“ok semua. cepat, cepat. kita kena kejar tren ni,” kata seorang akak yang bertanggungjawab membawa kumpulan aku.

tidak lama selepas tu, kumpulan aku pun bertolak menuju ke eki (lebih kurang stesen komuter). naik densha sampai di stesen tokyo. disebabkan waktu berlepas semakin hampir, kumpulan aku bersegera menuju ke platform shinkansen.

first impression bila tengok shinkansen? nampak canggih…kalah keretapi ktm. walaupun shinkansen ni tiada katil. tapi kerusinya agak selesa. dan, tak dengar sangat bunyi bising dari luar. itu waktu baru naik. bila dah duduk lama dalam gerabak……sangat bosan. nak tengok pemandangan luar pon susah. ye la. dah la laju, pastu banyak kali masuk keluar terowong plak. aduuh, pening mata aku….

tokyo dari dalam shinkansen

Filed under: kisah atok, , , , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Laman

Arkib @batuterang

Kalendar Entri

Jun 2007
S M T W T F S
    Aug »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Kategori

%d bloggers like this: