@batuterang

Ikon

tiba #1

masuk hari ni, sudah dua bulan lebih aku di jepun, bumi sakura.

ketibaan aku dulu di lapangan terbang narita, tokyo, disambut awan mendung. suram pemandangan di luar tingkap kapal terbang seakan menggambarkan sikap rata-rata penduduknya. dingin. susah bergaul. begitulah kata orang.

selesai urusan dengan pihak imigresen, aku bergerak bersama rakan yang lai n. 71 orang kesemuanya dan diiringi pegawai jpa. tika itu, perasaan aku bercampur baur. ada rasa gembira, sayu, dan berdebar. biasalah bagi yang berjauhan dengan insan tersayang.

tatkala kaki baru sahaja melangkah keluar dari airport , tiupan angin menerjah ke muka. ya Allah…sejuknya. terus badan menggigil. dingin pagi seperti itu, adalah yang pertama. papan tanda berdekatan menunjukkan angka lapan yang bermaksud 8 darjah celcius!!!

bertolak dari chiba international airport (dari dalam bas)

sampai di hotel, sedikit taklimat daripada pihak kedutaaan dan persatuan (MSAJ dan KUJ). selepas tu check-in dan rehat. rakan yang lain ada yang dah mula pusin

g-pusing sekitar bandar tokyo. excited agaknya. samalah aku…tapi elok rehat dulu. petang sikit baru jalan-jalan.

aku jalan-jalan ngan geng ni

ada yang macam tengah blur….bagi aku la

tapi, dalam keseronokan itu ada sedikit rasa terkilan. jelik dan pelik rasanya. ke mana hilangnya rasa malu mereka, aku pun tak tahu. kita kena ingat, selain imej keluarga dan negara, imej ISLAM pun sepatutnya dijaga. kalau kita buat perkara yang bertentangan dengan agama (free-hair,couple dll.), secara tidak langsung orang sekeliling akan keliru dengan ISLAM. mereka akan menganggap sama sahaja. tiada apa yang beza.

perkara ini yang membuatkan aku susah hati

Filed under: kisah atok, , , , , ,

2 Responses

  1. Wan berkata:

    ok fiq.walopon aku bukan sape2,tp aku nk bg markah.ko lulus.boleh terus tulis blog.menulis boleh bantu kita kenal diri sendiri,boleh buat bench mark ttg kefahaman kita ttg sesuatu perkara, dan boleh sampaikan pandangan peribadi.tu pada pendapat aku.jd,tulis jgn xtulis.nT buat ayat power2.kasi lunak hati org baca.gambatte…i`m looking 4wd 4 ur next chapter.

  2. Anonymous berkata:

    haah..aku sokong dak wan ni walupun aku tak kenal die…
    ko menulis ni tak perlu skema2 mcm sekola menengah dulu..ang bantai je tulis ape2..lebih baik kalu ang dapat tulis pengalaman hidup ang kat dlm blog ni..tambah ngan gambo2 kat jepun tu..kalu ade gambo antu jepun pun ko boh gak..oryte gak tu…pastu pesanan aku kat ang…bdasarkan pengalaman aku…dok obesea ni bukan kite leh suke suki je…kne bina pengalaman hidup..jmpe memcm org…matnagkan pemikiran..blaja bdikari..blaja masak kari…blaja selesaikan masalah…jimat cermat n etc..jgn lupe gak duit yg ang makan tu duit rakyat..so, jgn la bei bende yg tak pekdah..takut nnt mati kne soal lak..pastu blaja betul2 tau..kalu ade usrah org ajak tu join je..kalu takde usrah aku leh tlg carikan utk ang kat jepun tu..just bgtau aku nak@tak..? selamat hidup n survive kat negara org..blk tlg agama sendiri ok?
    sekian salam~syafi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Laman

Arkib @batuterang

Kalendar Entri

Jun 2007
S M T W T F S
    Aug »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Kategori

%d bloggers like this: