@batuterang

Icon

Pusing-pusing Mesir#1

Honk honk ho~nk.

Tiba-tiba bunyi hon kereta semakin perlahan kedengaran. Lagi ditekan, lagi semput ianya berbunyi. Bagaikan ada yang sedang menyekatnya keluar. Aku yang sedang cuba ‘khusyuk’ di kerusi penumpang terus membuka mata. Dan, tidak lama selepas itu kereta yang menuju ke Zarqaziq berhenti di bahu jalan. Melihatkan kepada usaha abang pemandu yang cuba berkali-kali menghidupkan enjin, fahamlah aku bahawa kereta sedang menghadapi masalah. Mungkin bateri sudah ‘kong’, bukan kehabisan gas.

“Tulah hang, dok main hon dari awai lagi sapa suruh”, hati aku cuba membuat lawak.

Read the rest of this entry »

Filed under: kisah atok , ,

Lauk Hijau

lauk hijau

Banyak yang aku belajar dari ‘otai’ tukang masak sepanjang pengembaraan  ke utara Honshuu-pulau paling besar di Jepun. Bila dah pulang ke asrama, tangan mulalah menggatal nak cuba apa yang telah dilihat. Sebagai permulaan, aku beli mesin kisar dan sedikit alatan pastri.

Read the rest of this entry »

Filed under: kisah atok , , ,

1 Oktober : Second Eid di Jepang

“Aik?! Apsal jadi kuning pulak ni?”

Aduuh…

Hasil pertukangan aku tidak menjadi lagi. Lain yang hendak dibuat, lain pula jadinya. Tetapi, aku tetap merasakan lauk berbuka di petang akhir Ramadhan adalah istimewa. Kerana itulah yang pertama kali.

“Assalamu’alaikum. Ummi, kenapa rendang kita bertukar jadi masak lemak?”

Aku terus bertanya saat suara ibuku kedengaran di talian. Sambil bercerita bermula dari input sehinggalah ke output, seperti diduga, ibuku gelak sayang kepadaku.

Read the rest of this entry »

Filed under: kisah atok , , , , , , , , , , , ,

Tangisan

Bukan rezeki kita kali ini.

Melihatkan permainan Chong Wei sedikit terganggu apabila penjaga garisan tidak memihak kepadanya, lantas diambil kesempatan oleh Sony Dwi Kuncoro dengan menguasai perlawanan dan seterusnya menjuarai Terbuka Jepun bagi tahun 2008 dengan kemenangan 21-17, 21-11.

Read the rest of this entry »

Filed under: kisah atok , , , , , , , , ,

Ke Akhir

20 minit!?

Aku hanya mampu melihat. Seakan tidak percaya apa yang aku saksikan. Chong Wei mengalahkan Joachim Persson 21-6, 21-4 dalam masa yang amat singkat. Sangkaan aku bahawa pemain Denmark itu akan memberi tentangan sengit setelah menewaskan Taufik Hidayat semalam, ternyata meleset sama sekali.

Read the rest of this entry »

Filed under: kisah atok , , , , , , , , , , ,

Twitter?

PAPAN

portal
wg2009

Komen Terbaru

am pada Salam Aidiladha
nur sakinah pada Salam Aidiladha
nur sakinah pada Kukus
am pada Kukus
nur sakinah pada Kukus