@batuterang

Icon

Pusing-pusing Mesir #3

'classmate'

'classmate'

Kuliah tamat.

Aku biarkan ‘rakan-rakan’ dan pensyarah keluar dari dewan terlebih dahulu kerana aku ingin duduk sebentar, ingin menyimpan betul-betul kenangan pertama dan terakhirku di sini.

Terasa sedikit perbezaan suasana pengajian antara Mansoura dan Zarqaziq. Mungkin kerana aku menghadiri kuliah yang tidak sama bidang pengajiannya. Syari’ah di Zarqaziq, perubatan di Mansoura.

Read the rest of this entry »

Filed under: kisah atok , , , , , , , , ,

Pusing-pusing Korea

twigim
twigim
sebelah kiri tu oden
sebelah kiri tu oden

“Silap la mai waktu posa. Takleh nak merasa sangat makanan sini.”

“Takpa. Malam kan ada. Hehe.”

Minggu lepas aku menunaikan hajat yang tertangguh selama setahun. Iaitu bermusafir ke Korea Selatan. Kembara ini nak tak nak aku kena lakukan pada tahun ini. Sebab tahun depan aku nak berjalan ke tempat lain pula. InsyaAllah.

Read the rest of this entry »

Filed under: kisah atok , , , , , ,

Pusing-pusing Mesir #2

Masjid Negeri Zarqaziq

Kalau nak bina bangunan, kontraktor sini mesti boleh jimat, kan? Cuba tengok masjid tu.

Aku merujuk kepada masjid yang tersergam di  seberang jalan.  Coklat pasir warnanya. Disebabkan warna ’semulajadi’nya itu membuatkan aku menyangka ianya masih dalam pembinaan pada awalnya.  Besarnya pula hampir sama dengan Masjid Zahir di Alor Setar, Kedah. Hmm, lebih besar barangkali.

Read the rest of this entry »

Filed under: kisah atok , , , , ,

JUUUSu

jus sayur

Beberapa tahun lalu, seingat aku, kerajaan pernah memperkenalkan jus sayur di kaca televisyen. Hijau warnanya. Seriously, aku tidak tertarik langsung dengan produk baru tersebut. Tiada cinta pandang pertama. Lihat saja warnanya yang seperti rumput itu, anak tekak seakan memberi amaran tidak akan membuka laluan.

“Jus sayur tidak dibenarkan!!!”

Read the rest of this entry »

Filed under: coretan, kisah atok , , , ,

Cuti Musim Sejuk

img_1794

Jalan-jalan Musim Sejuk berakhir secara rasmi  sebaik sahaja kaki melangkah keluar dari Setesen Uozumi. Kelima-lima cop di atas menandakan Tiket Pengembara habis digunakan. Biarpun mahal, ia amat berbaloi bagi kaki musafir seperti aku.

Perjalanan pulang dari Suzuka mengambil masa lebih daripada yang dijangkakan. Semuanya gara-gara aku tersilap platform menunggu densha (keretapi eletrik). Tetapi, aku sempat juga tiba di asrama sebelum jam 10 malam. Jika tidak, terpaksalah panjat pagar.

Read the rest of this entry »

Filed under: kisah atok , , , ,