
Rasanya ini adalah karya Faisal Tehrani yang ringkas dan pendek yang pernah aku baca. Juga karya beliau yang pertama diterbitkan PTS. Namun, seperti biasa, isinya padat. Ada satu ketika aku perlu berhenti untuk ‘ambil nafas’ disebabkan fakta yang dibentangkan berjela-jela.
Novel ini berkisarkan sekumpulan pelajar Akademi Kesenian Islam yang diberi tugasan, iaitu menyiapkan sebuah dokumentari drama mengenai kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Walaupun para sejarawan tidak menetapkan atau tidak sebulat suara berkenaan hal ini, namun penulis telah mengemukakan pendapat hasil daripada kajian pelbagai sumber beliau yang kita boleh lihat di bahagian akhir novel ini.
Apakah teori yang dikemukakan dalam novel ini?
Haaa, cuba baca dulu.
Tak rugi sebab kisah Wali Songo dan salasilah keturunannya ada diceritakan di samping penulis juga membuat kritikan terhadap beberapa selebriti yang pernah buat heboh sebelum ini. Bagi aku, yang paling menarik adalah pada pandangan beliau berkenaan cara untuk menarik kembali umat nusantara terhadap Islam.
Filed under: coretan, buku, Faisal Tehrani
salam.oooh,ada kaitan dengan sejarah,rupanya.ingatkan novel ciptaan,biasa2 sahaja.mesti best punya..;)..nak bacalah..~
dah beli ke fiq?
dah. kalau nak pinjam boleh bagitau. cuma nak kena cek kotak balik.
pssst..buku ni dh diharamkan di msia…seb baik dan beli buku nih,hee~….kite xbaca lg,jgn hadiahkan kat org lg tau..(“,)
tajuk mcm best..^^ lepas gifu boleh pass ke nagaoka plak..hehe