
- twigim

- sebelah kiri tu oden
“Silap la mai waktu posa. Takleh nak merasa sangat makanan sini.”
“Takpa. Malam kan ada. Hehe.”
Minggu lepas aku menunaikan hajat yang tertangguh selama setahun. Iaitu bermusafir ke Korea Selatan. Kembara ini nak tak nak aku kena lakukan pada tahun ini. Sebab tahun depan aku nak berjalan ke tempat lain pula. InsyaAllah.
Sepertimana di Mesir dulu, aku serah bulat-bulat perjalanan aku di Korea kepada Tawfiq dan Ahnaf. Ikut sahaja ke mana mereka hendak bawa. Tak mau demand sangat. Dirisaukan aku pula yang tidak mampu.
Pasar Namdaemun
Namdaemun (南大門) kalau diterjemahkan secara terus akan membawa maksud ‘Pagar Besar Selatan’. Kiranya ia adalah simbol bandar Seoul. Namun, pada Februari 2008 ianya musnah terbakar dan kini sedang dalam proses pembinaan semula. Kengkawan boleh klik pada tulisan kanji untuk melihat gambar pagar tersebut.
Berdekatan dengan pintu utama itulah Pasar Namdaemun berada. Di sini macam-macam barangan yang dijual. Murah pula. Rasanya RM 100 sudah cukup. Itu bagi orang biasa macam aku ini. Kalau yang hobinya membeli-belah, mereka ini perlu bawa RM200 ke atas. Jika tidak, akan menyesal.
Telah dikhabarkan kepada aku bahawa budak-budak Malaysia di Korea sering berkunjung ke tempat ini untuk membeli ole-ole untuk dibawa pulang sewaktu cuti. Ada juga yang memborong untuk tujuan bisnes. Kebanyakannya akan membeli barang perhiasan. Bukan kain langsir. Bukan juga permaidani. Tetapi…

- bruj?bruge? alaah..yang pin kat tudung tu

- gelang

- gelang

- dan gelang lagi!!!
Huuh, silau mata.
Mujurlah aku lelaki. Beli satu dua sudah cukup. Kalau tidak, sehari suntuk aku akan pusing di bahagian perhiasan itu sahaja. Key chain, penanda buku dan lain-lain, nak jeling pun susah jadinya nanti.
Myeongdong

- ramai lor
Myeongdong boleh dikatakan tempat tumpuan anak muda kerana di sini banyak kedai yang menjual barangan berjenama. Dari helaian baju hinggalah perkakas kosmetik. Nike, Ikko, New Balance dan sebagainya.
Apa? Kengkawan tak kenal New Balance? Ish ish ish.
Itaewon

- luar masjid

- dalam masjid
Di sini terdapatnya Masjid Besar Seoul. Bagi aku, masjid ini terletak di tempat yang menarik. Di atas bukit dan dikelilingi kawasan perumahan dan rumah kedai. Bangunannya besar. Hiasan dalam masjid pula seakan sama dengan masjid di Malaysia.
Sewaktu ‘pendakian’ ke masjid, kita akan dapati beberapa kedai yang diusahakan oleh Muslim. Kedai runcit, kedai daging dan kedai roti. Tidak ketinggalan juga kedai kebab.
Haa, kepada peminat kebab di Jepun, anda patut rasakan kebab di sini. Selain murah, mungkin akan ada yang ‘tapau’ pulang ke rumah nanti. Percayalah. Hehe..
Samgakji

war memorial museum
Muzium yang dibina untuk memperingati wira-wira sewaktu perang antara Korea Selatan dan Korea Utara yang meletus pada tahun 1950. Puncanya adalah kerana fahaman yang dianuti oleh kedua-dua pihak tidak sama. Itu secara ringkasnya sahaja.
Bendera yang berkibar di depan bangunan adalah bendera negara yang menghulurkan bantuan sewaktu peperangan berlaku. Di dalam muzium ada diletakkan baju seragam tentera negara-negara itu.

menonton video detik-detik bermulanya perang

tawfiq dan wira perang

hulurkan bantuan
Taman Yeouido

lepak di taman
Taman ini terletak berhampiran dengan Parlimen Korea. Bersih. Cantik. Diurus dengan baik. Oleh itu, tidak hairanlah jika ramai yang mengunjungi tempat ini. Baik pada hari biasa mahupun pada hujung minggu.
Di suatu sudut taman ini terletaknya patung pengasas tulisan Korea. Namanya…err, lupalah.
Filed under: kisah atok , itaewon, korea, myeongdong, namdaemun, pusing-pusing, seoul
Salam Ramadhan.
Dah blk jepun balik ke?
nama benda alah tu brootch kalo tak silap aku. kalo salah takpa, kita kan lelaki…
gi sensorang je ke kali ni?
@y4ku24
Salam Ramadhan kembali.
Yup. Dah seminggu di Jepun ni. Ooo, ‘bruj’ tu eja lagutu ka. Betul kot tu. Sedap je bunyinye.
Yup. Ke Korea sensorang je. Dah ramai nak beraya kat Malaysia.
salam..
ejaan sebenarnya adalah ‘brooch’ atau kerongsang..(”,)..wah,seronoknya dapat tahu tempat-tempat di korea!..lebih-lebih lagi Namdaemun(hehe..)…ingatkan tiada masjid besar di sana..huhuhuhu…isk,kena mula menabung ni,barulah boleh sampai korea pula..:D
seronoknya..aku terperap kt mesir ni jgk la..huhu
@nur sakinah
pulllak. ejaan dia camtu ka.
ah, apa-apa la. asalkan sampai maksud.
@zulfahmi
eropah kan dekat. hehe..
ejaan dia brooch la afiq…
nama pengasas tulisan korea tu sae jong dae wang
@ahnaf qais
sankyuu~