Beberapa peristiwa yang berlaku akhir-akhir ini menggarukan kepala yang tak gatal. Terkejut. Tetapi tidak pelik.
BUNUH DIRI?
Mayat seorang setiausaha pegawai kerajaan negeri Selangor yang dijumpai bersebelahan bangunan SPRM menimbulkan persoalan. Benarkah dia membunuh diri? Sebab apa? Sebab ditekan sewaktu disoal siasat? Ke sebab dia nak larikan diri?
Aku sekadar nak tulis persoalan yang bermain dalam kepala sahaja. Tak mahu ulas. Biarkan yang ahli sahaja yang buat kerja. Siap kerja, bentang laporan. Tetapi, perlulah telus.
Kalau nak baca teori konspirasi, cuba cari blog politik. Mungkin ada banyak. Aku baca satu dua sahaja. Itupun sudah jemu. Kalau baca banyak lagi teori konspirasi seperti September Eleven dulu, hanya otak yang bergerak. Badannya bila?
Apa pun tidak pelik jika antara teori yang dikemukakan itu ada yang benar-benar berlaku. Sudah lihat drama bersiri The Prison Break?
PRK MU
Pilihan Raya Kecil Manchester United?
Bukanlah.
Pilihan Raya Kecil Manik Urai.
Agak mengejutkan kerana parti PAS menang dengan majoriti yang sangat kecil. Bagaimana di tempat sendiri hanya menang 65 undi? Salah strategi? Ke ada masalah dalaman? Ataupun pertahanan longgar akibat terlalu yakin akan menang?
Eloklah buat post-mortem seteliti mungkin. Kalau tidak jumpa mana yang tak kena, salahkan diri sendiri itu. Tak perlu tunding jari kepada orang lain. Lagi-lagi pada lawan. Kerna satu untuk mereka, satu lagi untuk bumi. 3 lagi?
Kalau rasa dah besar, kaji secara ala kadar dah cukup. Lepas itu dakwa pengundi hantu, rasuah, ada sabotaj dan sebagainya. Asalkan tidak kena batang hidung sendiri.
Maka, tidak pelik jika menang dengan 65 undi. Hmm, kalau menang masih boleh tarik nafas lega lagi. Kalau kalah dengan undi yang kecil, kuyashiijyan?
2-3
Terkejut juga sewaktu melihat keputusan perlawanan antara pilihan Malaysia dengan Manchester United. Bagaimana Manchester United boleh bolos 2 gol?
Seperti yang diduga, bolos kerana leka. Bolos kerana alpa. Bolos kerana Amri Yahyah bijak. Hohoho.
Walaupun pemain Malaysia memang ketinggalan dari segi fizikal, tidak pelik mereka boleh menang jika bijak mengambil kesempatan. Pemain Manchester United pun manusia macam kita juga. Mesti akan buat silap.
Cuma mereka ini manusia yang mendapat tarbiyah yang betul. Diajar meningkatkan keupayaan diri. Dilatih agar kurang membuat silap di padang. Dididik supaya patuh dan taat dengan arahan Alex Ferguson.
Oleh itu, perlawanan timbal balik pada esok hari mungkin akan digunakan oleh Alex Ferguson untuk ‘membalas dendam’. Mungkin ya. Sekadar telahan. Apa pun, tidak sabar menunggu keputusan pada esok hari.
MURAHNYA
Oh roti canai
Oh teh tarik
Lama sungguh tak jumpa
Tapi
Ada baiknya
Sebab
Aku boleh kekal kurus
hohoho
Kedai makanan yang murah-murah mungkin susah hendak cari sekarang. Apatah lagi jika tinggal di kawasan bandar. Kalau ada pun, mungkin di kawasan terpencil ataupun di pinggir bandar.
Hmm, tak pandai aku nak ulas hal ekonomi. Tetapi, pada pandangan aku, jika bertujuan hendak menyenangkan manusia sejagat utamakan kebajikan dulu. Keuntungan akan datang kemudian.
NUR KASIH
Sekadar nak iklankan sahaja. Aku tertarik dengan beberapa babak yang diketengahkan dalam drama bersiri ini. Jika berkesempatan, tontonlah.
Filed under: coretan , drama, ekonomi, pemikiran, politik, sukan


ape kaitan nur kasih dengan teh tarik 60sen?
@AsadulQalb
Itu sekadar iklan.
macam best je cite nur kasih tu..
@zulfahmi
yup. menarik. tolak adegan geli-geleman, ada babak yang aku tunngu perkembangan jalan ceritanyanya.
adegan deli gelemen tu yg mana fiq?aku tak tau pun.part2 camtu laju ke ko yer.
..erm?????….kenapa tjuknye..cerita minggu ke-28,pulak dah????
@nur sakinah
adala…. hehe