@batuterang

Icon

Up, up and away~

Well, it is time to pay my nazar. Hope to see you there.

Filed under: coretan , , , , ,

7 Kes Baru H1N1

Tujuh lagi kes Influenza A (H1N1) disahkan dalam negara, tiga daripadanya melibatkan pelajar sekolah, menjadikan jumlah kes bagi penyakit itu menjangkau 49 kes setakat ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata seorang daripada pelajar sekolah yang terlibat adalah pelajar tahun lima, yang merupakan rakan kelas pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Jalan Davidson yang dilaporkan semalam menghidap penyakit itu selepas melawat Melbourne.

“Kes nombor 36 semalam yang balik dari Melbourne, menjangkiti pelajar di dalam kelasnya di SRJK Cina Jalan Davidson. Ini menunjukkan bahawa sekolah itu (kini) ada dua kes,” katanya selepas menyebarkan risalah mengenai penyakit itu kepada peniaga dan pengunjung Pasar Batu 11 Cheras hari ini, lapor Bernama.

Menurutnya kelas yang melibatkan dua pelajar SRJK Cina Jalan Davidson itu iaitu kelas 5(I) kini dikuarantin oleh Kementerian Kesihatan.

“Dua lagi pelajar yang terlibat ialah pelajar tahun lima Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Assunta 2 Petaling Jaya dan pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Seksyen 9 Shah Alam,” kata Liow dan menambah pegawai Kementerian Kesihatan akan memasuki sekolah-sekolah berkenaan untuk memastikan ia dalam keadaan terkawal.

“Kami juga akan cadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara dan berbincang dengan Kementerian Pelajaran untuk menutup sekolah-sekolah itu sementara waktu,” katanya.

Liow berkata jika dipersetujui semua pihak, sekolah terbabit akan ditutup sekurang-kurangnya seminggu.

Dalam tujuh kes terbaru ini, beliau berkata enam daripadanya adalah kes import dan satu merupakan kes penularan tempatan.

Katanya daripada enam kes import itu, dua kes melibat lawatan ke Melbourne, dua kes ke Amerika Syarikat, satu ke Toronto Kanada dan satu ke Thailand, manakala satu kes penularan tempatan adalah kes yang melibatkan pelajar SRJK Cina Jalan Davidson.

Beliau berkata kesedaran orang ramai mengenai wabak itu perlu ditingkatkan memandangkan penyakit itu didapati merebak dengan pantas.

Liow berkata semua pesakit yang terlibat sedang dirawat dengan antivirus Influenza A (H1N1).

Sumber: Malaysiakini

Afiq: Masa kes H1N1 ni merebak kat Jepun dulu, riuh sungguh la. Tu baru beberapa kes. Tak sampai 10. Bayangkan 49 kes. Jatuh darurat pa…

Filed under: coretan , , , ,

JUUUSu

jus sayur

Beberapa tahun lalu, seingat aku, kerajaan pernah memperkenalkan jus sayur di kaca televisyen. Hijau warnanya. Seriously, aku tidak tertarik langsung dengan produk baru tersebut. Tiada cinta pandang pertama. Lihat saja warnanya yang seperti rumput itu, anak tekak seakan memberi amaran tidak akan membuka laluan.

“Jus sayur tidak dibenarkan!!!”

Read the rest of this entry »

Filed under: coretan, kisah atok , , , ,

Bijaaaaak bijak

akinator

Pergh, dengan beberapa soalan sahaja dia dapat mengagak ikon yang bermain di kepala aku. Ichiro, Lee Chong Wei hatta Nabi Muhammad S.A.W pun tepat dia meneka. Hmm, mungkin nama mereka besar-besar belaka. Terkenal seluruh dunia.

Oleh itu, aku cuba menduga beliau dengan  seorang selebriti yang mungkin terkenal di Jepun sahaja. Walaupun aku ada bagi maklumat yang kabur, masih tepat tekaannya.

akinator3Shinsuke Shimada

Nak aje aku tabik spring. Bukan kat makhluk warna biru tu. Tetapi  kat programmer game ini. Walaubagaimanapun, tidak semua ikon yang dia tahu. Tapi dia sudi orang ajarkan.

Nak cuba? Klik sini.

p/s: makhluk biru tu tak dapat teka MB Perak.

Filed under: coretan , , , , ,