Honk honk ho~nk.
Tiba-tiba bunyi hon kereta semakin perlahan kedengaran. Lagi ditekan, lagi semput ianya berbunyi. Bagaikan ada yang sedang menyekatnya keluar. Aku yang sedang cuba ‘khusyuk’ di kerusi penumpang terus membuka mata. Dan, tidak lama selepas itu kereta yang menuju ke Zarqaziq berhenti di bahu jalan. Melihatkan kepada usaha abang pemandu yang cuba berkali-kali menghidupkan enjin, fahamlah aku bahawa kereta sedang menghadapi masalah. Mungkin bateri sudah ‘kong’, bukan kehabisan gas.
“Tulah hang, dok main hon dari awai lagi sapa suruh”, hati aku cuba membuat lawak.
TIBA DI MESIR
Perjalanan dari Tokyo ke Kaherah memang letih dan membosankan. Selama 17 jam, tiada apa yang dapat aku buat melainkan makan, tidur dan tengok movie. Itulah perkara rutin yang bertukar-tukar setiap masa.
“Khalas,” ujar Abdullah Tahir kepada pakcik si pemandu sambil menutup pintu van. Maka bertolaklah kami ke Mansoura, 2 jam lebih perjalanan dari Kaherah.
“Pakcik ni selalu bawa budak Malaysia. Kalau kami nak balik, panggil pakcik ni la. (Salah) satunya sebab murah. ” jelas Abdullah Tahir.
Aku tak bersembang lama dengan Abdullah Tahir kerana melihatkan keadaannya yang tampak keletihan dan katanya baru kebah demam. Lebih baik aku biarkan dia berehat. Kesanggupan dia bersekang mata menjemput kami dari tempatnya yang jauh, ku kira sudah cukup baik.
CUAK
Merenung ke luar tingkap terinko (tak tahulah ejaan betulnya), aku tidak dapat membayangkan suasana sebenar bumi Mesir yang terhijab di sebalik kegelapan malam. Sunyi. Jalan raya pula bercahayakan lampu malap. Boleh aku katakan permandangan tersebut adalah biasa, seperti apa yang aku jangkakan sebelum sampai.
“Kawasan pinggir bandar barangkali.”
Namun, aku tidak dapat melelapkan mata. Ada suatu perasaan yang menyelubungi jiwa. Aku menoleh ke arah Abdullah Tahir dan Zulhelmi. Pelik. Enak sahaja mereka dibuai lena seakan tidak terkesan dengan situasi waktu itu.
“Laju beno pakcik-pakcik ni bawa.”
Aku mula cuak bila menyedari bukan sahaja van yang aku naiki dipandu laju, bahkan kenderaan lain juga begitu. Tidak kira saiz. Kereta biasa ke lori saiz S ke saiz M ke, semua meluncur laju di jalan raya.
Pernah suatu ketika, terinko ini berlumba-lumba dengan lori saiz XL. Menyelit kiri. Menyelit kanan. Ditambah lagi dengan keadaan jalan raya yang tidak sempurna-berbonggol-bonggol dan berlubang. Risau sungguh waktu itu sehinggakan mataku menjadi segar disebabkan adrenalin yang menjalar ke seluruh tubuh.
Rasa cemas berkurangan setelah van perlahan memasuki kawasan perumahan. Dengan izin Allah kami selamat tiba di Mansoura tika penduduk tempatan baru selesai solat Subuh berjemaah di masjid.
Pagi itu, aku dan Zulhelmi tidak jadi pusing sekitar Mansoura kerana baru sahaja kami keluar suku jalan sudah terserempak dengan sekumpulan askar. Pegang senjata. Yang real pula tu. Maka, elok beno kami pulang ke rumah Abdullah Tahir and the gang dulu memandangkan kami belum mengetahui situasi sebenar.
Masa yang ada digunakan dengan memantapkan lagi perancangan. Mana yang kosong kami isi sampai padat. Setelah perbincangan beberapa hala dilakukan, kami putuskan Zarqaziq sebagai destinasi pertama kami.
Filed under: kisah atok , mesir, pusing-pusing
gamba takde ke wei?
@y4ku24
ada la orang tu pegang
smp la ni pon tak bagi-bagi lagi
sabo sabo
haha.boh gmbo la wei. gmbr hang kat alexnnt2 la aku bg ye
@syafi
ni sorang lagi.
sabo sabo
jangan taruh lama lama gambar tu
nanti expired pulak
hehe..
Salam.
…..Welcome To Egypt!…prnah dgr x??…..sronokkan kat mesir ni….stp hr dgr bunyi hon kreta,hehe…tu tndanya mrka tgh eratkn silaturrahim kat ats jln tu….jln rya pn slalu busy n advnture….nk lntas pun kna bt2 brani….naik tksi n tremco dia plak…cam naik kreta lmba ja kn…kdang2 rsa cam naik besi bruk…hehehe…..mula2 dlu,rsa cam “x snggup ja”,rsa cam lbih baik jln kaki ja…tp bla tgk senior2 slamba ja…cam xda prasaan…kta pun rsa cam besa ja…hehe…(tu br citer psal trnsport)….(@_@)..
Tak sabar nak tunggu cerita sampai Tanta pula. Nak tengok apa yang hang nak mengarut. Haha. Ejaan sebenar bukan ‘terinko’. ‘Tramco’ atau ‘tremco’. Apapun terima kasih kerana sudi ziarah kami di sini.